25 December 2016

Thailand X China Solo Trip Day 3 : Xi'an (Arrival)





...belum sampai pun lagi Xi'an nye


Pagi tu aku bangun seawal pukul 4.30 pagi. Bersiap, lepas Subuh terus check out daripada hotel. Untuk tidak memberatkan backpack, ada sesetengah baju dan barang yang aku simpan dekat hotel. Cas simpan beg 20 Bhat sehari. 




Sampai stesen keretapi pukul 5.30 pagi. 

Pergi kaunter nak beli tiket. Staf kata, tren pergi Don Muang pukul 5.45am tu ada 2nd class seat sahaj (tiket mahal = 325 Bhat). Kalau tren 3rd class harga dia 5 Bhat, tapi pukul 6.30 pagi. Nah kau kira sendiri berapa banyak dia punya beza. 

Nak tunggu tren pukul 6.30 karang lambat pulak. Ambik pengajaran daripada kes Ayutthaya semalam. Haha. Belilahhh mahal pun. Dahla international flight, lambat lambat karang missed flight pulak. 




Keretapi 2nd class seat.





Daripada stesen keretapi. Naik ikut jejantas ni pergi ke airport. Don Muang Airport seberang jalan je, tapi takboleh lintas macamtu je sebab TERLALU SIBUK. Kena pakai jejantas. 




Dekat Domestic Departure ada satu kedai halal, Bang Mad nama dia. Sempat gi beli Green Tea kejap. And it was the best green tea I ever had in my life. Dengan pekatnya, tak terlalu manis just nice. 500 Bhat. 




Aku takdelah nak expect tinggi sangat dengan China ni lepas baca dan tengok berita pelik pelik dekat TV and Harian Metro semua kan, sangkut dekat mesin basuh lah dalam tong lah kencing dalam flight lah hikhik. Aku tahu mak aku paling bimbang bila aku travel sorang, tapi sebelum pergi aku dah mintak restu dan mintak dia doakan perjalanan aku selamat. Itinerary tu sebijik sebijik aku bagi dekat mak aku tau. 

Pukul 8.30 pagi aku masuk departure hall. Orang punya lah ramai, semua dah pakai jaket sejuk. Lepastu semua muka China/ Siam. Takde langsung muka Melayu, apetah lagi perempuan yang pakai tudung. Aku berdebar macam nak pecah jantung. Aku pun tak sangka akan fly ke tengah tengah negara China. Sorang sorang pulaktu. Kalau berlaku apa-apa dengan flight ni memang muka aku sorang terpampang dekat Utusan Malaya haha. 

Harap Allah permudahkan segalanya, Insya Allah. 




Daripada boarding hall penumpang dibawa ke flight menggunakan bas khas. Dalam bas semua dah cong ceng cong ceng dengan girang...




Naik je flight, aku punya PMS emo datang lagi. Asal naik flight je nak emo. Nangis senyap senyap sampai tertidur. Sedar sedar dah ada arrival card, kena isi sebelum masuk China.




Flight ke Xian lebih kurang 4 jam. Dekat dekat nak sampai boleh nampak banjaran Mount Huashan daripada kanan flight. Pilot siap announce lagi. Insya Allah ada rezeki, Mount Huashan ni antara salah satu tempat yang aku akan jejaki dekat Xian nanti. 




Dah sampai Xianyang Airport, Xian, China. 


Daripada atas flight boleh nampak bandar Xian ni sangat tersusun dan terancang. Macam lego pun ada. Susun kemas je. Tapi, agak foggy. Mengikut maklumat yang aku dapat, pencemaran udara di China agak tinggi jadi thats why the foggy skies. 


Jejak je airport, aku terus search WIFI ada tak. Kalau ada, bolehla update status dekat mak. 


Dekat airport ada WIFI tapi seperti yang kita sedia maklum, kerajaan China memang menyekat penggunaan Google Play, Whatsapp, Facebook, dan sebagainya. Tapiii... korang boleh download siap-siap apps VPN dekat Malaysia ke dalam telefon untuk membolehkan korang pakai FB & Whatsapp macam biasa. Aku download Betternet & Turbo VPN. Kalau either one tak ok, boleh cuba the other one. 


Dekat airport ada tourist information centre tapi yang lawaknya... bila aku tanya, staf dekat situ pun cakap English dengan slang yang agak sukar untuk difahami. Tu dekat airport. Apetah lagi dekat tempat tempat lain. Kebanyakannya, tak boleh berbahasa Inggeris. Tourist centre diorang sebenarnya dikhususkan untuk pelancong/rakyat China sendiri, bukan international tourist. 




Daripada airport ke city centre (hotel aku), aku ambik Airport Bus Line 6 . Harga tiket adalah 25Y.

Xian Airport - Xian Bei Railway Station

Xian Bei = North Xian, iaitu stesen keretapi yang serve high speed/ bullet train sahaja ok. 

Aku plan, nak terus beli tiket bullet train pergi Huashan nanti. Gunung yang aku nampak daripada atas flight tadi. 




Lepas perjalanan lebih kurang setengah jam (aku sempat tido tido lagik) bas pun berhenti... dekat satu tempat yang tak diketahui. Lepastu semua orang turun. Alamak... nak turun jugak ke? Ok turun jelah. Aku tunjukkan map mrt dekat drebar bas : aku tanya, Beikezhan? Xian Bei? Dia angguk angguk je. Betul lah kot. 


Aku pun jalan ikut kata hati. Orang lain ramai-ramai yang turun bas tadi tak tahu ke mana dah. Takut jugak perasaan. Ye lah, takut dia turunkan dekat tempat lain. Entah mana-mana. Nak cari transport pergi hotel... tak ada. Orang semua tak pandai speaking. Matilah kakak. 




Jalan ke depan lagi... aku nampak bangunan ni. Eh. Ni ke North Xian Railway Station???




Xian Bei Railway Station. 

Betul la. Alhamdulillah... Cuma masa aku berjalan ke arah bangunan ni, semua orang pandang semacam dol. Kakak takottt! Masa dekat Jepun ataupun Australia, takde pun orang pandang pandang macamni. Dekat China ni menjadi perhatian masyarakat pulak. Huuuu. Pelik kot tak pernah tengok orang Melayu muka hitam pakai tudung. 




Jumpa Ticket Counter. (Ticket Counter dia banyak tau, dan ada di setiap aras). Tapi aku jadi blurr kejap. Tengok papan tanda dekat atas... semua tulisan Cina. Aku jadi blur dan ketakutan. Pastuh aku cakap dekat diri sendiri, esok esoklah beli tiket. Google translate tulisan Cina dulu baru datang balik hahahaha. Kemudian cari pintu masuk metro. 




Kawasan dia agak luas jugak tau, tapi jangan risau sebab papan tanda English ada disediakan. Jadi, takdelah korang sesat dalam tu. 

Daripada stesen keretapi Xian Bei tu aku naik metro (stesen metro yang connected dengan Xian Bei = Beikezhan) terus ke stesen Zhonglou yang berdekatan dengan hostel aku menginap. 

Beikezhan - Zhonglou 
4Y, 30 minit

Dalam metro pun kena pandang semacam dengan locals. Dah aku sorang je yang hitam dalam tu mana tak kena pandang kan tsk tsk. Ha, satu lagi yang special setiap kali nak masuk metro bag kita akan discan oleh security tau. Scanner macam nak check in bag dekat airport tu ha. 




Sampai aje Zhonglou, nak pahamkan peta dia dah satu keje. Peta semuanya dalam bahasa Cina ok. Tapi aku dah download peta kawasan ni siap siap simpan dalam phone, jadi dah familiar. Aku try keluar ikut Exit C. Dalam kembara ke satu-satu tempat yang baru, semuanya adalah 'try an error' tapi at the same time kau pastikan kau selamat jelah. Kalau rasa-rasa macam bahaya, just turn back. 




Keluar dekat dataran ni. Tak ada lah sejuk sangat aku rasa. Biasa-biasa je. Mungkin sebab tak berangin.




Lorong dia cantikkk! Aku mula suka dengan tempat ni. Macam, blend of old and modern. 

Aku stay dekat area Muslim Quarter. Untuk pengetahuan korang, dekat Xian ni ada komuniti China Muslim, iaitu kaum Hui. Dan Xian ni juga terletak dalam Laluan Sutera. Kaum Hui ni asalnya daripada penyebaran agama Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke China pada zaman dahulu. 

Dekat sini juga ada masjid yang tertua di China iaitu Xian Grand Mosque. Aku berhajat nak singgah solat Asar atau Maghrib dekat situ lepas dah check in nanti.




Muslim Qaurter

Hostel aku dekat lorong yang sibuk ni.


SILK ROAD HOSTEL


Tapi nak jumpa hostel nya punya lah susah Ya Allah. Aku berpusing pusing dalam sejam dengan backpack atas belakang nak cari hostel. Dia punya pintu tu tersorok sangat. Papan tanda masuk ke hostel ada... tapi sebab bercampur dengan billboard lain yang colorful, lampu neon... Memang susah nak perasan. Bila dah jumpa tu, syukurnya Ya Allah. Lenguh, tahu? bawak backpack lama-lama. Boleh kena penyakit tulang belakang. 



Pintu masuk hostel yang agak terselit di celah-celah kedai.


Aku check in, terus bayar. Ok, satu yang best dekat China ni... hostel dia murah gila, like dirt cheap. But still menawarkan penginapan yang bersih dan selesa. Aku punya hostel cuma RM24 satu malam. Total 3 malam baru RM72. Dorm 4 katil, dan yang best lagi bilik air dekat dalam bilik tu jugak. 


...bersambung


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE