30 August 2016

Western Australia Day 5 Perth City & Fremantle Part 1


Hari terakhir. Makin lama makin malas nak menulis. Adoi. 

Hari ke 5.



Bangun pagi, aku bakar fries dalam oven.  Ni first time bakar, biasa makan yang bergoreng je. Rupanya sedap. Tabur dengan black pepper dekat atas. Lagi lah umph. Cicah sos. Terpaksa lah makan ni je dah takde dapur nak masak mihun. 

Pastu ada lagi Maggi Mee Kolo yang aku bawak dari Sarawak (perisa ni ada dekat Sarawak je tau, Semenanjung belum ada). Tak dilupa kopi susu. 

Lepas simpan barang dekat reception, kitorang check out dan dijangka akan datang balik ambik barang malam nanti sebelum ke airport. 




Ambik gambar depan Curtin University ni. Sebelah hotel aku je. 




Suasana waktu pagi hari weekend. 




Aku jalan kaki je dengan ayah aku ke Perth Station. Dekat je dengan hotel. Lokasi pertama yang nak dilawat ialah Western Autralia Art Museum & National Museum of Western Australia. Letaknya di seberang Perth Station.




Bunga-bunga cantik di depan Museum...

Bayaran masuk adalah PERCUMA ya! Memang best. Teringat masa dekat Jepun tahun lepas... Hampir semua museum berbayar. Dahla mahal bila convert huhu. Tapi dekat sini banyak attractions yang percuma. 




Oppss masuk masuk terus ternampak scene 18SX. Blog aku ni tak ada pembaca bawah umur kan??? Haha. Patung ni memang real... 




Ini bahagian tayangan... Kita boleh duduk dan layan movie. Maksudnya museum ni... bukan sekadar objek maujud tapi ada movie, lagu, dan interactive arts yang kita boleh pegang dan sentuh. 




Gegelung ni pun menarik. Dia berpusing pusing lepastu bayang-bayang dia menghasilkan gambar...




Ni bahagian lain pulak. Agak luas la museum ni, dan ada 3 tingkat tak silap aku.




Ni kakmah dan handbag nya...




Yang kain kain ni lawak, aku punye lah pergi main selak selak kain tu nak tengok apa bende yang tersembunyi disebaliknya... Sekali ayah aku datang sergah dekat belakang... HEI TAK NAMPAK KE TANDA PLEASE DO NOT TOUCH TU. Hahaha. Lepastu ayah aku dok gelak gelak dia kata guard tu ikuttt je aku takut aku main pegang pegang benda lain jugak. haha.




Contohnya bendalah kayu ni... duk pegang pegang karang berterabur semua. Dah jadi satu keje nak susunkan balik. Memang tak jadi hasil seni dahla. Jadi longgokan kayu api je kot. hahaha




Dekat kawasan museum...




Western Australia Museum

Museum ni tak masuk dalam pun. Sebab main hall dia yang free tutup, ada pameran berbayar je yang harga dia $17 macam mahal je, takpayahla...




Saje nak bagitau, sweater plain hijau yang aku pakai tu aku beli dekat Big W Bunbury semalam harga $3 je. Aku terjumpa dekat kids section saiz 14. Actually ada banyak pilihan tau. Yang comel comel ada squin ada patch funky funky pun ada. Harga dalam $10- $15. Tapi nak beli banyak banyak... sedar diri Malaysia kan terlebih panasss. Bila nak pakai tak tahu. Yang ini pun dah tersadai dalam lemari je. 




Daripada museum tadi... terus tunggu bas untuk pergi King's Park. Kitorang naik CAT bus yang free. Sebelum ni driving kan, jadi belum biasa sangat dengan sistem bas. CAT bus ada beberapa route yang disimbolkan dengan warna berbeza. Kitorang nak naik bas color merah ke biru... Tapi bas tu rupanya tak beroperasi hari Sabtu. Jadi terpaksa naik CAT bus warna lain.




Luas gila King's park ni.... Dan cantik. Pokok dia pulak besar-besar. 




Tengok map pun rasa nak pengsan dah sebab luas. Hahahaha. Rasa-rasa macam kena cari spot solat kat sini je sebab lepasni nak pergi Fremantle memangla tak ada tempat nak solat dah. 




Besar besar pokok dia kiri kanan...




Tempat ni berangin cool, tak terlalu sejuk. Bersih sangat dan padang rumput dia pun cantik. Kings Park ni luas tapi aku tak habis explore semua. Kena separuh hari kot baru setel satu taman, bawak sandwich ke kerepek ke sambil lepak lepak meniarap atas rumput baru best. Kitorang nye kejap lagi nak pergi Fremantle lagi, memang tak sempat lah kan. 




Pemandangan Perth CBD daripada view deck. 




Jalan sampai sini je lepastu patah balik... Orang Malaysia pun ada aku ternampak  dekat sini lepak lepak atas rumput, kitorang bertukar babai je lah. 




Fuhhh stail dol. 

On da way keluar, ada satu pondok. Bersolat jamak dekat situ je. 




Ini, bus stop Cat Bus (yang free) ada logo rimau dahan.

Naik CAT Bus dan turun di Perth Station. 




Untuk perjalanan seterusnya... aku beli tiket ni - FAMILY RIDER yang valid sehingga 6 orang kot (dewasa + kanak) untuk perjalanan tanpa had menggunakan tren dan bas. Tiket ni valid sehari je. Memang jimat gila lah. Boleh cover pergi balik Fremantle, dan bas ke airport malam nanti jugak... Tapi tak silap aku, tiket ni boleh dibeli pada hujung minggu sahaja... Kalau weekdays tak dijual rasanya. 




Ayah aku bergambar depan Perth Station. Hehe beliau memang excited dengan stesen keretapi sebab ayah aku kerja KTM. 




Tren diorang macam komuter kita je... Tapi lebih reliable dari segi masa... Kalau korang tengok view dekat luar ada pelabuhan kan... Dah sampai Fremantle tu. Fremantle bandar pelabuhan...




Sampai Fremantle dah pukul 3.40 petang. Terus pergi E-Shed sebab takut kedai tutup awal. Karang melepas nak beli souvenir... bijik mata tinggal yang putih jer. Korang nak kerrr?




Kena seberang jalan keretapi ni pergi E-Shed...




Tada!!! Dah sampai. Sunyi sepi jek? Hello ada orang ke tidak ni???




Pintu masuk pun macam sunyi sepi hambar je? First day aku dah nampak E-Shed ni tapi sebab hari Rabu, dia tak bukak. E-Shed hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja ye. Itu pun sampai pukul 5 petang je. Pukul 4 dah kemas-kemas. Jadi kena awal kalau nak pengalaman membeli belah yang lebih menggembirakan. 




Kedai ni menarik.... Magnet macam macam jenis. Tapi aku pergi kedai lain dulu. Bila tuju kedai ni balik, dah tutup dah. 




Kedai makan halal ada sebuah dekat foodcourt dia. Jual kebab. Nampak macam sedap... Tapi dah nanti aku plan nak gi makan dekat Kailis...




Terus tuju kedai MEGABES ni. Ikut review dekat blog2 travel. Kedai ni paling murah dan owner friendly. Masa aku sampai tu pun, owner ni cakap, THIS IS THE CHEAPEST SOUVENIR SHOP THAT YOUVE SEEN IN THE INTERNET. Tapi sebenarnya kan, kedai Indonesia depan dia pun harga competetive jugak. Try la survey survey bandingkan harga dulu, baru beli. Just if you have a lot of time lah kan. 




Rambang mata jugak. Sweater boleh dapat less than $10 ikut jenis. Topi, fridge magnet tu semua memang murah lah. Keychain koala dekat sini satu paket (10pcs) cuma $2 je!!! Kalau kedai souvenir dekat Perth CBD sana... harga satu paket $10. Haaaa kau jangan terkejut tengok beza dia. Bila aku selidiki dan bandingkan kualiti... oh patutla. Yang keychain dekat Perth tu memang kualiti bagus, bulu halus dan jahitan pun kemas... Tapi yang dekat E-Shed ni jahitan dia macam cakio sikit haha. Adik aku cakap, kak koala ni sakit ke? Hahahaha. Padanla harga murah kan. Tulisan I LOVE AUSTRALIA dia pun macam kabur kabur gitu. Jadi... mungkin boleh campur campur beli yang kualiti dengan kurang kualiti untuk kepuasan berganda.


Owner kedai ni memang friendly tak dinafikan. Ramah melayan, boleh bercakap Melayu dan dia ada warning supaya jangan sentuh satu souvenir ape bende entah, sebab diperbuat daripada kulit babi. 


Memang gila dalam kedai ni. Semua benda nak beli... Terutama patung patung koala kangaroo tu semua lah. Tapi... ayah aku tak kasi pulak (walaupun nak pakai duit sendiri). Adoyyy. Kalau aku sorang sorang memang aku beli dah hahahahaha. 


bersambung...



1 comment:

cEro said...

Betul ke yg 18sx tu patung dua-duanya? Real gila arr. Hehe

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE