21 September 2015

Taman Negara Bako, Sarawak



Dah lama aku mencari peluang ke sini.
Alang alang menetap di Sarawak... Nak lah explore habis habis sebelum berpindah.


Kebetulan masa cuti Merdeka aku ke Kuching untuk jemput adik aku (dari airport) yang nak sambung tahun kedua di UNIMAS, dan kami deal untuk jalan jalan ke Taman Negara Bako.




Maklumat pasal Bako (pengangkutan, tiket, what to bring dan sebagainya) di internet tak banyak dan kurang jelas. Kebanyakan maklumat aku dapat daripada housemate aku yang pernah datang ke sini. Harap pihak berwajib dapat improve lagi penyampaian maklumat pada masa akan datang sebab tempat ni berpotensi besar untuk tarik lebih ramai pelancong. 

Aku nak kongsi serba sedikit pasal Taman Negara Bako berdasarkan pengalaman aku. 




Transportation to Taman Negara Bako: Dari bandar Kuching pandu ke Kampung Bako (Google Map) lebih kurang 30 minit untuk ke Bako Terminal (jeti ke Taman Negara Bako). Kawasan parking kereta di terminal tak besar sangat, jadi lebih baik datang awal untuk berebut parking hehe (free je).




Kalau nak naik public transport pun boleh. Naik Bas Asia No 1 (Bako) yang akan berhenti betul-betul di depan terminal. Bas ni daripada bandar Kuching (tapi tak tahu ambik penumpang dari mana, huhu sorry!). Harga tiket RM3.50 sehala dan kekerapan setiap jam bermula 7.00 pagi.  




Taman Negara Bako sebenarnya merupakan sebuah pulau. Untuk ke pulau kita perlu menaiki bot. Aku dengan adik aku eksaited lebih, pukul 7.20 pagi dah sampai terminal jeti,  to know that the ticket counter will only open at 8am.


Harga tiket bot dari Terminal Jeti Bako ke Taman Negara RM15 (one way)

Kena bayar juga Park Conservation Fee sebanyak RM10 per person. 




Pulau tu dekat, seberang je. Tapi, untuk sampai ke bangunan HQ di pulau mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan bot. Sepanjang perjalanan boleh nampak kawasan paya bakau, kawasan berbatu, dan paling menarik Gunung Santubong di sebelah kiri.




Dekat Taman Negara tak ada jeti rupanya, jadi bot akan berhenti di tengah laut dan kita kena redah air ke pantai. Ikut waktu air pasang surut jugak. Jadi, wajib bawak selipar jepun. Bagus lagi kalau pakai selipar dari awal. Bila nak trekking nanti baru korang tukar sportshoes.




Kami tak expect macam ni, jadi kami datang dengan sportshoes semata. Terpaksalah bukak kasut, bukak stokin lepastu berkaki ayam masuk air. Kalau pantai biasa seronok nak main air, tapi dekat sini pasir dia macam geli-geli sikit, macam ada cacing halus. Jadi untuk mengelak kegelian bawa lah selipar dan pakai selipar ok.

Kawasan pantai tempat kami diturunkan ada batu besar pelbagai bentuk yang terhakis oleh angin dan ombak. Memang cantik ala-ala batu dekat Krabi, but I think this is not limestone.



Ada sesetengah batu ni terbentuk macam rupa sesuatu. Contohnya batu dekat belakang tu (if your imagination is the same as mine…,) you’ll see a man face. Nampak tak? Almost real kan.




Adik aku bengong, dah tahu nak trekking boleh pulak lupa bawak sportshoes. The night before, I forced him to buy one. Aku cakap, kau nak tanggung ke kalau kena kejar dengan babi dalam hutan nanti bersembam tak dan lari. Nak ke mati sia sia???

And… he bought himself a simple sportshoes.




Finally we reached the park HQ after 5 minutes’ walk from the beach. We need to write our names at the counter before trekking, just in case… Don’t hesitate to ask for guides/advices from the person in charge. They’ll give you trail maps too.

Aku dan adik aku breakfast dulu di kafeteria. Sebab beria sangat pagi tadi sampai makan pun tak sempat. Ada nasi, mee, mihun goreng, ayam goreng, sandwich, telur, hotdog, pisang, bakeries, boleh la. 

500ml bottled water is RM2, so bring your own drink if you want to save money.




Baru nak start trekking , baru keluar sikit je dari kawasan HQ tiba tiba kami ternampak ia. The babi. THEY ARE REAL!!! Besar pulaktu. Aku tanya adik aku, tali kasut dah ikat molek ke?? (Acah nak berlari selamatkan diri). Tapi rupanya babi baik yang tak kacau orang pun. They have (and live) their own life. Bravo man!




Babi ini spesies bearded pig. Atau dalam bahasa mudahnya, Babi Berjambang. Kalau babi yang biasa kita lihat wajah mereka licin sahaja tetapi yang ini penuh jambang di muka. Look at those hair around his face… jangan tanya aku kenapa dia malas hendak shave sampai jadi begitu sekali, kerana aku tak tahu. Hidung dia pun lain, terjojol keluar macam tudung botol. So it’s easier for them to smell things? No?




Tak lama kemudian sekumpulan kera datang entah dari mana macam WOW, THIS IS SO MUCH LIKE A FAIRYTALE WORLD. I mean animals come to us like we were Snow White or something lol. Kera kera ni ikut je kitorang berjalan dari belakang ramai ramai haha. 




Lepastu ada seekor ibu kera dengan bayinya, duduk betul betul di tengah jalan buat muka sedih macam kena tinggal laki. Taknak beredar langsung sampai kitorang pulak yang kena kona ambik jalan lain. But seriously the monkeys look cute, I wish I could touch them tapi takut pulak ibu dia ingat sebagai ancaman. Kau jangan main main dengan kera sekali kena tampar dengan diorang… it’s not fairytale world anyomore its neraka!




Trekking is the main activity in Bako National Park. There are 16 trails here, and you can choose any you want depends on your fitness level, how long you want to spend your time here and what do you want to see. For example, if you want to have sight of Proboscis Monkeys you can choose Tanjung Paku trail (800m). Or, if you want to go to the waterfall you can have the Tajor trail for 3.5km. 




We choose Tanjung Pandan Kecil trail (the most popular) which going to take around 2.6km, which promise a beautiful viewpoint overlooking beach from up above. You can see the Bako Seastack from there, too. 




The estimated time to finish Tanjung Pandan Kecil trail is 1.5 hour. 




Persimpangan dilema...




Pada pendapat aku, trek dia tidak terlalu sukar. Kalau fitness level biasa-biasa macam aku pun boleh. Bahagian yang curam ada disediakan tangga.




More stairs...




Jarakkan sikit daripada kumpulan lain supaya dapat bergambar tanpa rasa malu hehe.





Dalam sejam setengah berjalan akhirnya kitorang sampai ke viewpoint and it was beautiful!




Cantik sebab pasir di bawah tu nampak halus, macam tak terusik. Kalau korang perasan batu batu dekat bawah tu bertindan tindan atas satu sama lain. 




Ingat dekat France je ke yang ada pemandangan teluk pantai berbatu batu macamni. Dekat Sarawak pun ada you. 




Bergambar, bergambar jugak. Jangan sampai bergolek ke bawah sudahla. 




Lepastu kitorang turun ke bawah (ke pantai dekat bawah tadi). Batu besar sebelah kiri gambar, tadi kitorang berdiri atas tu lah.




Pantai Tanjung Pandan Kecil. Cantik. Nampak tak seastack Bako di kejauhan? 




SWIMMING AT ALL BEACHES IN BAKO NATIONAL PARK IS NOT ALLOWED DUE TO SIGHTING OF A CROCODILE AT PANDAN KECIL BEACH (dekat sini lerr). IF YOU STILL WANT TO SWIM, SWIM AT YOUR OWN RISK. 
-       Notis di kaunter tiket bertarikh 31 Julai 2015. Masih baru. 




. We can actually hire a bot from here (Tanjung Pandan Kecil Beach) to go back to HQ for RM35 per boat. So you can skip all the trekking back. Kitorang share 4 orang dengan satu lagi couple.




The best part is, the trip is actually includes the close-up sightseeing of the seastack. Boleh tengok dan ambik gambar dari dekat. Aku tengok batu ni macam buaya yang tengah berdiri muka macho sambil sorok tangan di belakang badan.




Bako Seastack from different angle.




Pakcik boat bawa kitorang berpusing pusing dekat kawasan berbatu tu. Dahla ombak kuat gila, terumbang ambing bot. Lepastu baru aku perasan kitorang semua tak pakai lifejacket. Kalau bot terlanggar batu, pecah, bisa mati lemas percuma aja donk…




Lepastu… ada satu lagi batu yang menarik. Iaitu batu bentuk kucing. Nampak tak? Jap nak suruh pakcik bot pergi dekat sikit.




Tak payah nak imaginasi tinggi sangat, orang yang takde imaginasi pun boleh perasan batu ni macam bentuk kucing. Lebih tepat lagi macam binaan Sphinx dekat Mesir. Hebat kan. Hanya kerana hakisan angin dan air. 


Dah sampai di HQ, kitorang  beli tiket bot untuk balik (RM15). Trip balik ke Terminal Bako pada jam 1, 2, 3, dan last 4 petang. 


Sampai di terminal jeti terus pecut balik, sampai Kuching dalam pukul 2 petang. Kos keseluruhan RM50 seorang sahaja. Berbaloi baloi. Taman Negara Bako is very RECOMMENDED!


Yang sebenarnya kalau ada peluang aku nak datang lagi. Nak ikut trek Tanjung Paku pulak, cari monyet Proboscis. Aku nak picit picit hidung dia sampai hidung dia jadi tak ada. See U soon Probo!

Salam Sayang dari bumi Kenyalang
Bye bye

18 comments:

cEro said...

...and then termasuk laa satu lagi entri ke dalam list tempat yg aku nak pergi.
Thank you utk semua info :)

Syahira Mansor said...

cero, kalau datang sarawak bagitahu lah mana tahu aku boleh jadi tour guide haha!

Wak Lat said...

hebattz., ;p

Zara AB said...

I just did this trail last month, malangnya masa tue jerebu teruk di Kuching. tapi tak nak lepaskan peluang jugak sbb alang2 dah sampai. What we did is, we took the boat to Tg Pandan Kecil and balik dengan trekking which is it's vice versa with what you've did earlier. Tapi menarik la Bako ni!

Prettyvrach said...

cantik rupenye...tapi nak ke sana dengan baby macam xde chance je gayanye :)

Unknown said...

hai... boleh nyatakan tak harga penginapan kat bako ni. saya masih tak jelas, either menginap kat jeti or kat pulau itu sendiri

Unknown said...

thank you for the info. i tengok banyak website dan blogs tulis boat dari parking ke HQ harga rm 90+ but you naik hanya rm 15 sorang. can you give more info? Thanks~

Syahira Mansor said...

Hi Jino. I think, rm90+ is actually the price for the whole boat which means for 6 persons.

Anonymous said...

Salam cik. Saya Haris drpd KL. Saya ada beberapa soalan tentang trip ke Bako ni kerana kebanyakan website yang saya jumpa menawarkan pakej yg mahal sedangkan cik hanya pergi ke sana dengan kos RM 50/person. Boleh saya dapatkan email cik? Email saya: htq_90@yahoo.com.my

Respond cik amat saya hargai.

Unknown said...

Hi sy dr sarawak.. Mmg bajet rm50. Kos utk pegi dan balik pengangkutan bot rm30. Then kemasukan rm10 person

Anonymous said...

Hello, sgt menarik entri di atas. Cuma nak tanya cik, pukul berapa cik habis hiking di bako and kembali ke jeti? Nak tahu berapa lamakah lawatan ke bako. Setengah hari?

Syahira Mansor said...

Lawatan bergantung pada laluan yang awak trekking. Kalau laluan yang besar, maka lawatan pasti jadi lebih panjang. Tapi saya cuma ambil the shortest route, which ends at noon. I return back to the jetty at around 1pm.

Budak Letrik said...

Terima kasih atas info berguna ni !

Jumpa jugak maklumat yang dicari !

Dayana said...

Hi nak tahu did you hire any tour guide? Lepastu boat korg naik tu ikut masa dia ke?

Anonymous said...

Hmmm...ruginya tak pergi taman negara bako hari tu masa visit kuching 😐

ERNY SUHAIDA said...

jom esok pegi sama nak? kami 3 orang je..hihii nk cuba redah je ingatnya...

Tuty said...

Hi nak tanya, ada tour guide tak ?

Unknown said...

Hai nanti saya akan ada program csr and kitorang dicide nak buat csr dekat taman negara bako kat sarawak . Can u advise us what og kind activity that we can do there?

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE