14 March 2016

Japan Day 5 Shizuoka


29.11.2015 (Day 5)

Aku check out daripada hostel pukul 8 pagi dan berjalan kaki daripada hostel ke Matsumoto Station. Tema hari ni Caca Marba. Semua ada.

Daripada Matsumoto aku naik tren Wide Wiew Shinano ke Nagoya.

Matsumoto 836am – Nagoya 1045am (Wide View Shinano Limited Express)

Wide View Shinano

Dekat Jepun ada beberapa route tren Wide View, yang mana tren jenis ini mempunyai saiz tingkap yang lebih besar daripada tren biasa dan melalui kawasan dengan pemandangan scenic. Susah payah aku nak selitkan Wide View trip dalam iti.

Dekat Jepun sebab banyak sangat jenis keretapi, jadi perjalanan dekat Jepun ni macam agak heaven lah untuk peminat keretapi macam aku. 




Daripada Matsumoto, tren Shinano ni akan melalui kawasan gunung dan Lembah Kiso (Kiso Valley) sebelum turun ke kawasan yang lebih rendah di Timur Jepun. 




Macam macam pemandangan boleh dilihat. Tapi sebahagian besarnya adalah bukit bakau.




Pokok semua dah kering.




Kawasan penempatan di lembah bukit...




Semasa tren membelok aku nampak kawasan pergunungan bersalji. Tak silap aku, itu merupakan Japan Alps. 




Cantik...




Meninggalkan kawasan pergunungan cantik...


Sampai di Nagoya, aku bertukar shinkansen ke Shizuoka.

Nagoya 1056am – Shizuoka 1214pm (Kodama Shinkansen)

Sampai aje di Shizuoka Station , aku terus cari travel office. Kebanyakan stesen utama memang ada travel office ni, boleh dapatkan travel guide for free. Aku nak dapatkan maklumat untuk pegi Nihondaira

Aunty dekat office tu, aku tanya English masalahnya dia pegi jawab ikut Jepun. Satu haram tak faham. Bila dia tunjuk pamplet, baru aku tahu… rupanya bas ke Nihondaira pukul 1223pm. Lagi 5 minit. Aku rasa macam tak sempat, dengan backpack belum simpan dalam locker, nak cari bas lagi, aku pasrah… so aku target bas seterusnya pukul 1.23pm.

Ok jalan jalan dulu dalam mall sebab Station Shizuoka tu bersambung dengan mall. Boleh tahan besar jugak mall dia. 2 kali round aku nampak satu cafĂ©. Menu haram tak ada, hati pun kata yakin, so aku masuk. 




Aku order sandwich udang dengan wafer strawberry. Udang besar besar jugak 3 bijik, dia rebus. Kepit dengan roti, bawang dengan salad. Udang tu juicy, sedap. Wafer biasa je.

Bab Halal Haram

Ramai sedara & kawan yang tanya, makan macam mana dekat Jepun? Susah ke senang?  Aku bawak bekal sikit-sikit daripada Malaysia. Lepastu, aku bukan jenis yang wajib makan nasi hari hari, jadi kalau dapat makan ringan ringan pun dah ok. Air minum biasanya aku beli juice, atau susu yang 100% milk tak dicampur benda lain. Makanan aku rujuk dekat page FB Halal Food in Japan sangat membantu dari segi jenama-jenama makanan yang halal/ tak ada kandungan haram. Selebihnya… ikut gerak hati dan banyak berdoa supaya Allah jauhkan daripada yang haram.

Contohnya… masa dekat Kyoto aku jumpa aiskrim kon cantik molek dalam bekas, rasa macam teringin je. Tapi tak beli pun. Rupa-rupanya member aku yang tinggal dekat Jepun bagitahu aiskrim jenama tu memang tak halal. Dan banyak lagi… jumpa dan nampak makanan, teringin nak rasa… tapi tak tergerak untuk beli. Aiskrim kon green tea dekat Miyajima Island tu…lagila. Tempting dol. Tapi sepanjang dekat Jepun satu kon aiskrim pun aku tak beli sebab tak berapa yakin.

Kita nampak makanan tu macam ok, macam, takkanlah ada babi atau arak pulak dalamtu. Tapi… tak mustahil. Sebab kadang-kadang dalam sekecil-kecil bahan yang diguna mungkin ada lemak babi… atau mungkin dicampur dengan alkohol. Banyak jugak kedai roti yang aku masuk, kadang-kadang aku sampai terjenguk jenguk dapur dia, sebab nak tengok ada botol arak tak (kadang kadang ethanol ada dimasukkan dalam roti). Walaupun macam tak ada je, tapi masih tak beli. Sebab gerakan hati kata… jangan. 




Pukul 1.23 petang tepat. Bas sampai. Aku dah ready dekat bus stop 10 minit awal. Shizuoka tak sejuk sangat. Biasa-biasa je. 




Tadaa! Dah sampai. Dekat bawah tu adalah bandar Shizuoka dan Shimizu Port. 




Dekat Nihondaira ada temple dan ropeway. Tapi aku tak turun dekat Nihondaira sebab takmau naik ropeway. Aku turun stesen sebelum Nihondaira. Tempat ni nama dia The Terrace, macam bangunan foodcourt mewah untuk minum sambil tengok view Mount Fuji. Tambang 520 yen one way. Daripada bas, aku masuk dalam bangunan tu dulu sebelum tembus ke sebelah padang ni. Memang mewah lah dalamnya.




The Terrace

Kawasan padang ni cantik, dan rasa lebih sejuk. Mungkin sebab atas bukit…



Apa yang specialnya dekat sini? Tenang, cool dan boleh tengok view Shimizu Port with the background of Mount Fuji. For free! Mula mula tu clear. Lepastu awan dah tutup separuh Mount Fuji. 




Kalau masa panjang boleh duk lepak sini je sambil baca buku atau menulis...


Balik daripada The Terrace… aku ambik peluang untuk berjalan dalam bandar Shizuoka sementara menunggu tren seterusnya. Dalam bandar ni ada satu castle ruins site. Tapi jauh jugak daripada stesen. 1.2km, kalau return dah 2.4km. Nak pegi ke taknak? Nak pegi ke taknak? Last last. Jalan jelah.




Castle di tengah tengah bandar Shizuoka




Bas unik…

Dalam perjalanan balik ke stesen entah macam mana aku boleh tersesat. Aku pergi dekat Shizuoka Tokaido Local Line Station instead of Shizuoka Station (for Shinkansen). Cuak lah kejap. Last last jumpa jugak dalam keadaan kaki yang dah terhincut hincut. Ambik backpack dari locker, terus ke platform shinkansen…

Shizuoka 4.37pm – Shin Yokohama 5.22pm (Hikari Shinkansen)




Dah Maghrib.. Tak nampak sangat view Mount Fuji. Nak ambik gambar pun tak lepas sebab reflection cermin. Bandar seterusnya… YOKOHAMA! Aku nak pergi Sakuragicho. Tapi sekadar persinggahan ringkas sebelum bermalam di Tokyo.

Shin Yokohama – Higashi Kanagawa (via JR Yokohama Line Local)

Higashi Kanagawa – Sakuragicho (via JR Keihin – Tohoku Line)

...bersambung



2 comments:

cEro said...

Dari gambar nampak macam Shizuoka ni sngat peaceful dan saujana mata memandang (ewah!), my kind of fav place to go :)

jaja said...

Nak tekan button like bia tgk Mount Fuji tu tapi takda plak kt blogspot ni haaa. Hahaha.... Macam tak puasa pandangMount Fuji tu :)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE