09 March 2016

Japan Day 4 Matsumoto



(Masih lagi hari ketiga... lepas balik daripada Tateyama)

Daripada Matsumoto Station… aku tak ambil masa lama untuk mencari hostel penginapan untuk malam tersebut Matsumoto Backpackers. Letaknya kira-kira 5 minit berjalan kaki daripada stesen. Dan disebabkan Matsumoto terletak di kawasan pergunungan maka sejuknya lebih luar daripada biasa.



Tarikan di Matsumoto ialah Matsumoto Castle


Tempat penginapan aku merupakan rumah Jepun 2-tingkat yang ditukar menjadi hostel. Masa sampai, aku terkejut bila disambut oleh sorang kakak cantik bermata biru. Eh. Aku ingat owner nya orang Jepun… tapi kenapa orang putih pulak yang bukak pintu?

Tapi kejutan berkurang bila tengok backpack aku dah sampai dengan selamatnya dan tersadai atas rak depan pintu masuk. Alhamdulillah…



Kakak tadi bawak aku ke common room yang menempatkan 2 other guys. Rupanya kakak tu dan seorang lagi lelaki bekerja part-time dekat hostel sebagai reception. Diorang pun traveler jugak. Tapi long term traveller. Kakak tu dah 3 minggu dan si lelaki pulak dah setahun di Jepun.


Ada cerita dekat sini

Sebenarnya dekat Matsumoto, ada satu je backpackers hostel. Yang lain semua full service hotel. Bed yang available dekat sini untuk tarikh 28 Nov, masa aku check dalam Booking.com cuma Mixed Dorm. Pening aku nak pusing itinerary. Nak taknak kena bermalam di Matsumoto. Last last aku gamble, booked je Mixed Dorm. Dengan harapan…bila dah sampai hostel nanti aku akan kawtim dengan owner untuk selit masuk dalam Female Dorm, since hostel ni pakai futon je bukan katil (futon tu: macam toto lipat style Jepun) so tak ada masalah lah kot.

Dah siap check in dan bayar… aku slow slow tanya kakak mata biru, boleh tak nak aku nak tumpang masuk dalam Female Dorm. Katanya… Female Dorm dah penuh (ada 3 orang occupied termasuk dia sendiri) tapi dia bincang dulu dengan the other guy yang senior.

tik tok tik tok. Berdebarnya… 

Lepastu kakak tu keluar , dan dia kata OK. You'll change room with mine... Alhamdulillah! Nangis dalam hati. Tuhan lindung. Maksudnya, dia akan tukar ke Mixed Dorm dan aku akan masuk ke Female Dorm. Kitorang angkut futon masing-masing bertukar bilik. Masa dok angkut angkut tu aku minta maaf, harap dia tak kisah. Dia jawab, I’m pleased to do so, its ok… Huhuhu. Terima kasihla… Bagi orang putih, staying in mixed dorm means nothing tapi bagi kita ni… it means everything.


Matsumoto Castle

Lepas bersiap sekejap… dalam pukul 740 malam aku keluar. Mula mula ingat nak rehat je tapi bila dapatkan pendapat kakak tadi… katanya it is safe to walk alone in Matsumoto at night. Dekat Matsumoto ada satu castle cantik, which quote among 3 most beautiful castle in Japan. Jarak dalam 20 minutes walking daripada hostel. So kenapa tidak ambik peluang untuk melihatnya?


Aku gunakan laluan kaki lima kedai untuk sampai ke castle park. Walaupun belum pukul 8 tapi banyak kedai dalam proses nak tutup atau dah tutup sepenuhnya. Di kiri kanan jalan banyak decoration lampu lampu yang colorful. Tak susah pun nak cari castle sebab… papan tanda dan peta jalan ada merata-rata. Malah, setiap bandar Jepun yang aku lawat, papan tanda dengan peta ni memang mudah dijumpai.



Bila sampai… boleh masuk ke dalam castle park dengan senang lenang, tak ada pagar dan tak ada guard pun. Orang pun tak ada. 

Memang cantik sangat Matsumoto Castle ni… dikelilingi tasik. Lepastu imej castle terpantul di permukaan air … Fuhhh. Memang berbaloi datang.




Dalam tasik pulak ada ikan koi besar besar dan swan putih 2 ekor. Lama aku tunggu swan tu lalu depan, supaya boleh snap gambar swan ber latarbelakangkan castle ni.




Dah berenang depan aku. Diorang pegi depan sikit, lepastu boleh patah balik berenang depan aku! Dasar haiwan gila glamor! Nak masuk dalam gambar lettew. Tapi besar jugak swan ni. Ke ada budak dalam tu pakai sarung swan ke apa tak tahulah kan.




Suasana dekat sekeliling castle boleh tahan seram. Pokok pokok semua takde daun. Macam tempat pembunuhan. Tapi, kalau datang musim bunga ia akan bertukar jadi tempat percintaan sebab pokok tu akan mengeluarkan bunga-bunga sakura yang cantik.




Sunyi......




Ni kalau tiba tiba keluar hantu kubur Jepun... tak tahu aku nak lari ke mana.




Dahla bulan mengambang. Nge he he he (sound efek langsuir)




Dalam perjalanan balik, aku singgah convenience mart. Tapi tak beli apa pun. Masuk cuci mata je. Lepastu jalan balik ke hostel dan sampai lebih kurang pukul 9.




Satu benda yang aku perasan (dan bersyukur), dekat Jepun ni tak ada anjing liar berkeliaran. Jadi, rasa secured walaupun berjalan malam.


Surprise Birthday Party

Bukan birthday aku lah tapi. Masa aku sampai hotel, dah mandi semua tengah baring baring nak tido, kakak mata biru tadi masuk, dan dia ajak aku dengan sorang lagi dorm-mate (girl Jepun) untuk join surprise birthday party for the other guy yang manage hostel tu.

Ada lagi 4 orang guest yang terlibat, semua Caucasian kecuali aku dengan perempuan Jepun tu. Aku macam segan sebenarnya, tapi join je lah kejap. Tak join macam tak kena pulak, orang dah bersopan sopan dengan kita. Kitorang menyorok dekat dapur (dapur tu bersambung dengan common room) dan kakak tu pegang birthday cake. Yang nak dirai pulak dekat bilik air. Bila dia keluar, nak masuk dapur… ada tukang yang tutup suis lampu. Lepastu bila lampu dibukak semua macam jerit, SURPRISEEE! HAPPY BIRTHDAY! haha. 

Dalam ramai ramai tu ada sorang tinggi serupa pokok kelapa, aku tanya dia... kau ni makan apa sampai jadi tinggi macamni… yang sorang lagi bagitahu dia tu Netherlands. Dekat negara dia ketinggian macam tu consider normal, ramai yang lagi tinggi. Aku paras pinggang dia je kot haha. 

Lepastu diorang bukak movie tayang dekat dinding pakai projector dan tengok ramai-ramai. Kakak tu pelawa kek birthday, tapi aku bagitahu dah gosok gigi takmau makan dah. Minum air je sikit. Lepastu mintak diri nak tidur, esok nak bangun awal. Girl Jepun tu pun ikut masuk jugak. Dia pun jenis penyegan macam aku.




Matsumoto Backpackers

Syukur untuk segalanya. Rehat badan untuk hari esok pulak.

Goodnight Matsumoto


No comments:

DISABLE