11 September 2015

Bali Day 2 Tanah Lot



Perjalanan diteruskan ke Tanah Lot. Tanah Lot ni pun salah satu tempat suci bagi penganut Hindu Bali. Kitorang sampai dah lewat lebih kurang pukul 5.30 petang. Ada masa sejam sebelum matahari terbenam.


Tanah Lot
Entrance: Rp10.000


Ukiran macam ni sangat common di Bali. Ini adalah pintu gerbang utama. Pak Udin tak ikut kami ke dalam, dia cuma tunggu di bahagian luar. 




Layannn~




Dekat entrance kawasan Tanah Lot ada banyak gerai gerai menjual souvenirs. Harga kena pandai tawar menawar lah. 




Aku ada berkira kira nak beli ukulele kayu. Macam kemas jugaklah ukiran dia. Harga Rp180.000 lepas tawar kira-kira RM53. Murah kan? Kalau Malaysia mana nak dapat murah macamtu woi. Lepas pikir pikir aku tak jadi beli. Karang balik rumah terkejut mak aku. Sejak bila kau jadi Kassim Selamattt ni hah! Tapi sebenarnya, kalau nak jadikan sebagai room deco ia sangat unik.




Tiba tiba ada perarakan masyarakat Hindu Bali berpakaian serba putih. Diorang bawak bendera, payung dan kain rentang. Kurang tahu la pulak aku fungsi benda benda ni semua. Tapi, diorang ramai gila tau. I think hundreds. Sebab agak lama jugak perarakan ni. 






Lepastu aku ternampak sesuatu yang menakutkan…




Kelawar besar yang sedang melakukan aksi kurang sopan!!! huhu




…dan seorang budak yang telah tercemar minda nya… (kerana melihat aksi kurang sopan)




Kalau korang pernah dengar, kopi luwak diproses daripada penyahtinjaan musang luwak. Musang yang dibela akan diberi makan biji kopi, kemudian bila ia berak, biji kopi tersebut akan dicari semula daripada najisnya… kemudian diproses supaya ia sesuai untuk diminum secara komersial. 

Musang ni nampak letih je sebab hari hari kena paksa makan biji kopi lepas tu hari hari kena berak. 

Dengar katanya sedap kopi luwak ni. Jeng jeng. 





Jalan sikit lagi ke depan, nak sampai dah dekat pantai. 




Ramai nya lahai orang masa ni. 




Now tell me how could you take a good photo having so many people around?




Kalau air pasang, air limpah dekat sini. 




Indah alam menutup tirainya…



Daripada Tanah Lot kitorang balik ke Kuta, dan singgah ke Krishna Market dahulu sebelum balik hotel.


Krisna ni macam, pasaraya (ala-ala Mydin) yang menjual oleh-oleh khas Bali. Katanya lahh. T Shirt, keychain, barang perhiasan, kopi, kerepek, semua ada. Agak besar jugakla Krishna ni. Kalau nak beli souvenir boleh borong dekat sini. Harga fixed tapi murah dari market market tepi jalan tu semua yang kena tawar menawar.

Pendapat aku, Krishna ni murah, tapi ada sesetengah barang dia tak cantik sangat. Sesetengah. Contoh, design fridge magnet biasa je kat sini. Key chain pun design biasa, tapi memang murah sepaket 5 keping keychain boleh dapat Rp6.000 (RM1.50) HAHA. Aku seronok beli sabun lulur dengan sabun mandi tu semua dekat sini. Sebab best pakai. Pembelian paling win dekat Krishna aku rasa lukisan acrylic saiz 9 x 9 atas kanvas dengan harga RM6.20 sahaja. Lukisan bunga warna kuning, nampak macam 3D kalau dilihat dari jauh. 




Dari Krishna, Pak Udin tinggalkan kami di depan Discovery Mall. Baru jam 9.30 malam (BARUU?!! Erkk) Perut rasa lapar kerana last makan ialah tengah hari tadi. So jalan jalan dulu sekitar Kuta ni melihat sisi malamnya. 




Sepanjang jalan Kuta ada kedai-kedai kecil menjual souvenirs, money changers, restoran-restoran seafood dan lain-lain. 




Dah ambil gambar suasana malam serba sedikit, kami kembali ke Discovery Mall dan tapau Pizza Hut bawak balik makan di hotel sahaja. Besok nak balik dah. Yahuuu!



3 comments:

amira faqihah said...

aah penah dgr jugak pasal kopi luwak tu,even cara pemilihan biji kopi dia mcm geli tp orang kata sgt sedap ;D

Padin said...

seronok je tgk orang mengembara :D

Nieda Ramly said...

SEKALI TENGOK MACAM ANJING PULA SI MUSANG TU

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE