Good Morning Tokyo!
Nasib baik sengal dan sakit kaki semalam dah hilang sepenuhnya. Lepas bersiap aku
pegi lepak dekat common room hotel.
Minum kopi yang dibeli daripada vending machine dan online kejap cari maklumat.
Last-last takde yang kejap nye kalau dah dapat internet laju. Pukul 11 pagi
baru check out.
Tema hari ini… Keretapi dan Gunung Fuji
30.11.2015 (Day 6)
Projek hari ke 6 ulang alik naik
keretapi sambil tengok pemandangan je. Gunakan JR PASS sampai lebam
sementara valid. Lagipun semalam dah sakit kaki, jadi hari ni aku kurangkan
pergerakan kaki dengan berada lebih banyak di dalam tren.
Tapi sama je. Keluar
masuk stesen pun menggunakan pergerakan kaki yang banyak – kena naik turun
tangga… Tinggi tinggi pulaktu tangga diorang. Patula orang Jepun kebanyakannya slim slim.
Untuk hari ini sahaja
aku bertukar tren sebanyak 13 kali daripada Tokyo sebelum sampai di destinasi
terakhir di Hiroshima di selatan. Belum dapat explore Tokyo. Tokyo
sekadar persinggahan bermalam. Nanti kita jumpa ye,
Asakusa – Ueno (via Tokyo Metro Ginza Line)
Ueno – Tokyo (Hayate Shinkansen)
* Yang ini shinkansen
within Tokyo city, 2 koc pendek je tak macam long distance shinkansen.
Tokyo – Mishima (via Kodama Shinkansen)
Daripada stesen
Mishima ke stesen Fuji boleh nampak Mount Fuji dalam jarak yang agak dekat
(sebab tren macam mengelilingi Mount Fuji) dan tren ni slow je tak laju macam
shinkansen, jadi boleh tengok Mount Fuji rileks rileks sikit dan sempat nak
ambik lebih banyak gambar.
Mishima – Fuji (via JR Tokaido Line)
Mount Fuji di sebalik bangunan dekat Fuji Station.
Di stesen Fuji
aku beli orange juice dan sambil menunggu next train aku bukak bekal serunding
makan dengan roti dekat platform.
Taruk serunding atas roti lepastu gulung. Layannn.
Lepastu daripada Fuji aku naik tren ke Shizuoka. Tak lama pun. Kurang setengah jam. Daripada tren ni pun
boleh nampak Mount Fuji dari jarak dekat.
Fuji 12.37pm - Shizuoka 1.01pm (Wide View Fujikawa Limited Express)
Suasana dalam Wide View Fujikawa Limited Express. Takde orang.
Cuaca sangat baik haritu. Tak puas tengok Mount Fuji.
Cantik. Dah sampai Shizuoka, aku ambik shinkansen patah balik ke Shin-Fuji Station. haha. Dekat je pun naik sinkansen berapa minit je.
Beza antara Fuji Station dengan Shin-Fuji Station;
Fuji Station hanya dilalui oleh tren biasa. Tapi Shin-Fuji Station dilalui tren biasa dan jugak shinkansen
(iaitu, link dengan stesen stesen utama)
Shizuoka 1.19pm – Shin Fuji 1.30pm (Kodama shinkansen)
View Mount Fuji
daripada platform stesen Shin-Fuji.
Tenang dan nyaman.
Ni aku snap daripada shinkansen. Daripada Shin-Fuji ke Nagoya. Kalau sempat aku nak singgah Nagoya kejap.
Shin-Fuji
2.12pm – Nagoya 3.46pm (Kodama Shinkansen)
Nagoya
Sampai di stesen Nagoya aku terus simpan backpack di locker. Hidup berpindah randah macamnilah. Kalau dekat Jepun hampir sebahagian besar stesen keretapi samada besar atau kecik, akan ada locker dan kos antara 300-500 yen sehari.
Nagoya – Hisaya Dori – Syiyakusho (Nagoya subway)
Aku ambik subway
daripada stesen Nagoya ke Syiyakusho untuk melawat Nagoya Castle. JR PASS tak
cover subway, jadi kena bayar tiket 240 yen one way. Dah nak tutup sebenarnya
castle tu tapi dapat ambik gambar dari jauh pun jadilah. Alang alang dah sampai.
Dalam perjalanan ke Castle
ada banyak pokok-pokok autumn. Warna dekat sini masih meriah.
Pokok maple di sepanjang laluan pejalan kaki ke Nagoya Castle
Pukul 4.30 baru sampai Castle dan aku dapat masuk ke ground walaupun castle building dah ditutup jam 4 petang tadi. Bayaran masuk 500 yen.
Park dia cantik, tapi sayang tak ada masa. Kalau buat photoshoot kawen cantik neh haha.
Semasa musim luruh, waktu siang adalah lebih singkat. Pukul 4++ dah masuk Maghrib.
Salah satu castle building.
Nagoya Castle
Kalau datang sebelum pukul 4, boleh masuk dalam castle. Pakcik pakcik jaga pun pakai kostum ala-ala zaman Jepun kuno. hehe.
Bokeh
Gambar poskad
Ok cukuplah. Bye bye Nagoya Castle!
Cantik kan. Pemandangan senja depan pintu masuk.
Daripada Nagoya
Castle aku berjalan balik ke subway station untuk kembali ke Nagoya station.
Jumpa mamat buat pertunjukan fesyen ni. Depan stadium tak silap aku. Dalam perjalanan balik.
Syiyakusho – Hisaya Dori – Nagoya (Nagoya subway)
Mula-mula aku ingat
nak singgah dekat Sakae. Tapi tak jadi sebab aku takut lewat sampai Hiroshima.
Lagipun Sakae tu macam Minato Mirai dekat Yokohama je.
Nagoya 6.11pm – Shin-Osaka 7.03pm (Hikari shinkansen)
Shin- Osaka 7.32pm – Hiroshima 10.08pm (Kodama shinkansen)
Perjalanan yang
sangat sangat panjang. Dalam tren Kodama aku dah takde idea nak buat apa. Dan
baru aku tahu, tren Kodama agak lambat sebab dia berhenti di semua stesen. Tren
Hikari paling laju sebab berhenti di stesen utama sahaja. Tapi tak silap aku
last station bagi Hikari adalah Shin-Kobe, dia tak pegi sampai ke Hiroshima.
Hiroshima
Selepas perjalanan yang sangat panjang... aku sampai di stesen
Hiroshima jam 10.07 malam. Cuak jugakla sebab lewat, reception hostel sampai pukul 10.00 malam je. Pintu automatic lock. Habisla…tidur kat luar
karang kalau tak boleh masuk. Dahtu nak mencari hostel pulak satu hal. Sunyi sangat dah. Nak tanya
tanya orang pun takde orang dah.
Akhirnya lepas 2 3
kali berpusing tempat sama. Baru nampak Hana Hostel Hiroshima. Nasib baik jugak
uncle reception masih ada (masa aku sampai dia baru nak makan megi). Dia bukakkan pintu dan aku terus check in jam 10.20 malam. Fuhhh.
Hybrid Inn Hana Hostel Hiroshima RM90/night
Bunk Bed Female Dorm
Lepas pengalaman
terseksa dekat capsule hotel semalam… hostel malam ni adalah the best hotel ever!
Common room dengan kitchen cantik, kemas. Setiap dorm accommodate 4 orang
(tak sesak) dan has its own bath & toilet. YAY! takpayah kongsi bilik air
ramai ramai. Lepastu each bed has its own privacy curtain, lamp and power plug.
Everything I needed.
Semalam di Tokyo,
malam ni di Hiroshima.
Alhamdulillah untuk segalanya…
Ucapan selamat yang
sedikit terlewat.
…..Selamat Malam
No comments:
Post a Comment