... bersambung daripada Shizuoka
Masa aku sampai Stesen Sakuragicho kaki aku sakit sangat sangat. Pedih. Memang terincut incut dah. Simpan backpack dalam locker lagi (locker dekat sini mahal sikit 400 yen) dan aku mula berjalan dalam speed paling slow keluar daripada stesen.
Destinasi aku adalah Minato Mirai 21 District
Kenapa nak pergi sangat tempat ni hah? Sebabnya… aku ada satu folder koleksi gambar wallpaper tempat tempat cantik di dunia. Salah satu daripadanya ialah gambar Minato Mirai skyline. So… alang alang dah sampai Jepun, aku nak cari sendiri view ni.
Kenapa nak pergi sangat tempat ni hah? Sebabnya… aku ada satu folder koleksi gambar wallpaper tempat tempat cantik di dunia. Salah satu daripadanya ialah gambar Minato Mirai skyline. So… alang alang dah sampai Jepun, aku nak cari sendiri view ni.
Ni lah gambar wallpaper Minato Mirai tu. Cantik kan. Memang tak celen lah dengan kamera cikai aku. hehe.
Sumber: Google
Masalahnya…
Minato Mirai tu bapakla jauh daripada stesen. Kau nampak tak Ferris Wheel besar
tu. Ha dekat situlah tempatnya. Kena jalan dalam 2km macamtu baru sampai kau
paham tak. 2KM!!! Nampak macam dekat tapi hakikatnya… dengan kaki tempang lagi…
Antara
ferris wheel terbesar di Jepun. Ada jam digital dekat ferris wheel tu. Masa aku sampai : 6.17pm tapi dah gelap dah...
Ferris Wheel tu berubah ubah warna dia, cantik. Dalam seminit tu kaler dia bertukar macam macam. Ralit tengok.
Dekat sini ada banyak games, rumah hantu, mainan
budak-budak. Yang bestnya lampu warna warni. Cantik.
Yang ini kawasan deko ala-ala English style.
Nak sampai dekat area ferris wheel tu kena seberang jambatan.
Aku jalan lagi dan akhirnya aku sampai betul betul bawah ferris wheel. Memang besar ler...
Nama Ferris Wheel ni Cosmo Clock 21. Tiket 800
yen je. Tapi aku tak naik. Sebab akan makan masa untuk buat satu pusingan tu.
Ada
lagi satu game… roller coaster.. Antara dua yang menarik ni, aku pilih roller
coaster. Tak mahal pun, 700 yen. Tak ingat dah nama dia. Tak silap aku
Vanishing Roller Coaster ke Dissapear ke ape. Sebab dia pusing keliling ferris tu lepastu masuk dalam kolam.
Canggih sungguh haha.
Masa nak masuk dalam lubang tu keluar air pancut dekat sekeliling , haha jadi basah basah la sikit penumpang semua kena tempias air.
Kedai
makan comel comel pun ada, contohnya kedai jual crepe ubi kayu ni. Nampak macam
best je kan. Harga pun takdelah mahal sangat. Tapi aku tak beli pun.
Seberang jambatan. Balik ke stesen semula. Stesen pun tak nampak batang hidung sebab jauh sangat...
Tak dapat ambik gambar macam dalam wallpaper tu. Aku tak tahu dia ambik dari angle mana haha. Tak larat kaki dah weyyy. Dapat yang ni je. Minato Mirai Skyline. Bolehlah.
Balik ke stesen Sakuragicho, ambik backpack dan terus naik tren ke Yokohama, lepastu tukar tren ke Ueno pulak. Semua pakai JR Pass.
Sakuragicho - Yokohama – Ueno (via JR Keihin-Tohoku line)
Ueno – Asakusa (via Tokyo Metro Ginza Line)
Perjalanan daripada Ueno ke Asakusa pulak menggunakan Tokyo Metro tak di cover oleh JR Pass, jadi kena beli single ticket
harga 170 yen. Dalam tren ni kan, Ya Allah ramainya orang cantik, orang hensem, orang stailo semua. Macam dalam dunia khayalan… dunia impian… Semua macam model. Perghh. Kelabu mata.
Ini
lah dia… TOKYO!
AKU DAH SAMPAI TOKYO!! KOTA METROPOLITAN DUNIA!!
hahaha
hahaha
Hotel
aku malam ni Asakusa Capsule Hotel dekat Asakusa, dan exit stesen metro Asakusa
betul-betul belakang bangunan hotel ni. Aku
stay semalam je sini, saja nak try capsule room Jepun macam mana. Turn out
dalam ramai-ramai hotel aku stay, this is the worst. Sekadar untuk
pengalaman tu bolehla. Nanti bila-bila aku cerita pasal capsule hotel ni. Lawak pun ada.
Asakusa Capsule Hotel, Asakusa (RM78/night)
No comments:
Post a Comment