06 April 2016

Japan Day 7 Kobe


01.12.2015 (Day 7)

Daripada Hiroshima aku meneruskan perjalanan ke Kobe dengan menaiki shinkansen Sakura. 

Hiroshima 3.17pm – Shin-Kobe 4.30pm (Sakura Shinkansen)




Pemandangan sunset yang cantik daripada keretapi


Kobe

Aku sampai Shin-Kobe dalam keadaan blurrr ya amat, tak tahu arah tujuan sebab orang ramai gila dan semuanya jalan laju! I did not expect this… Walaupun baru 4.30 petang tapi sebab masa tu musim luruh jadi waktu siang lebih pendek. Maghrib pukul 4.50 petang tak silap aku.

Kemudian aku ambik subway daripada Shin-Kobe ke Sannomiya. Perjalanan 2 minit je tapi tambang 210 yen (JR PASS not covered)

Shin-Kobe – Sannomiya (Kobe subway)




Aku sampai stesen Sannomiya dalam keadaan blurr jugak. Orang tak terlalu ramai macam dekat Shin-Kobe tadi. Simpan backpack dalam locker 300 yen and I am ready to explore! Baru kurang blurr nye. Kobe ni bandar pelabuhan.


Destinasi Pertama:

City Hall Observation Deck (FREE)



City Hall antara bangunan tertinggi di Kobe, dan menawarkan free observation deckHill Side and Port & City Side. Yang ini Port Side. 




Yang ini pulak hill side. Tapi sebab dah malam kan tak nampak lah hill nya. 

Seronoknya dekat sini selain boleh tengok view, free WIFI and comfortable couch is available too. Aku spend 2 jam dekat sini. Cafe minum minum ada, tapi tak berani masuk takut tak cukup duit haha. Wassap dengan queen mummy, hantar gambar… lepastu aku beli tiket bas online daripada Tokyo ke Osaka untuk hari last di Jepun nanti dengan harga RM189 daripada syarikat Willer Bus. Tapi bila check Maybank2u yang ditolak daripada akaun aku cuma RM85. pelik. 




Daripada City Hall aku berjalan di kawasan Shopping Street ni. Banyak kedai, dan harga tak mahal sangat. Ada benda lawak dekat sini haha.




Aku ada ternampak satu kedai jual stokin 1000 yen (RM34) untuk 3 pasang. But I just need a pair. Kebetulan ada perempuan ni umur dalam 30-an duk memilih sama, aku dengan tak malunya tanya dia… DO YOU WANT TO SHARE? Aku nak share ambik sepasang ke... Dia ambik lagi 2 pasang.  Suka hati je tanya orang tak kenal macamtu kan. Perempuan tu cakap, NO NO… T__T hahahhah maluuu cinta ditolak. Terus blah. 

Dalam 5-6 kedai ke depan, ada lagi satu kedai yang jual stoking dengan harga 500 yen 3 pasang. Lagi murah! Terus aku beli. Berbaloi baloi. Dahla winter socks. Sebab kat sana sepanjang masa pakai stokin. Aku bawak 3 pasang je, macam tak cukup. Terpaksa beli lagi. 




Papan tanda. 




Daripada Sannomiya Market aku berjalan kaki melintasi kawasan Chinatown, Hotel Ofuna dan akhirnya sampai kawasan Kobe Tower. Jauh sangat-sangat.




Kawasan Chinatown tapi tak berani masuk takut ada samurai.




Dah nampak Kobe Tower. Tapi rasa macam takbest pulak kalau tak pegi lagi dekat. Ok takpe. Jalan je sikit lagi. Alang alang. 




Ambik gambar betul-betul dekat bawah Kobe Tower.




Cantik...




Daripada sisi yang berbeza




Daripada Kobe Tower berjalan kaki ke stesen JR Motomachi, lepastu naik tren balik ke JR Sannomiya, tempat aku simpan backpack tadi…

JR Motomachi – JR Sannomiya




Aku akan naik tren daripada Kobe ke Himeji, seterusnya daripada Himeji aku akan ambik overnight train pukul 11.35 malam ke Tokyo.

Tapi sebab masih awal, aku singgah Tully’s Café dekat Sannomiya Station. Order kopi sambil guna free wifi dan buat catatan dalam notebook.

Yang aku perasan dekat Jepun, lepas makan/ minum kita akan bersihkan meja sendiri, buang sisa makanan dalam tong sampah (ikut jenis sisa –plastik/ kertas/ sisa makanan) dan simpan tray. Suatu sikap terpuji yang sepatutnya diamalkan dekat negara kita jugak.

Sannomiya 9.53pm – Himeji 10.33pm (JR Special Rapid Service)

Ada masa sejam lagi sebelum tren sampai…



3 comments:

amira faqihah said...

suka duduk lama lama masa naik deck tu,sbb wifi laju hihi

Hanis Amanina said...

haha gelak2 dah baca part stokin tu. setiap kali kalau travel masa winter, saya selalu lebihkan stokin, sebab potensi stokin cepat basah tu tinggi. :D

bila tengok gambar dari observation deck tu, memang terasa macam metropolitan sangat kawasan tu. :D

Syahira Mansor said...

@amira faqihah
pegi kobe city hall ni jugak ke?

@hanis amanina
haha lesson learnt! rasa rasa lagi jimat beli kat sana lagi.
banyak pilihan dan harga murah lagi berbanding dekat malaysia.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE