04 May 2016

Japan Day 10 Akihabara (Electric Town)



Balik daripada Disneyland, kitorang sempat singgah di Akihabara untuk tengok-tengok apa yang patut. Akihabara turut dikenali sebagai Electric Town kerana menempatkan gedung dan kedai menjual barangan elektronik dan elektrik serta komputer dan telefon. 




Dekat sini pun banyak billboard dalam bentuk lampu neon





Jalan tak sibuk. Senang melintas. Tapi tak boleh melintas sesuka hati. Pakai zebra crossing.

Kemudian... aku ternampak papan tanda toys shop punyalah besar. Letaknya dekat tingkat 4 & 5 sebuah bangunan. Try naik tengok apa yang ada di dalam. 




Miniature kereta sport. 




Yang ini paling murah. Mainan Tomica. Harga seketul dalam 500 yen.




Macam-macam jenis dan rupa. 

Kedai ni ada banyak bahagian, semua collectors item. Bahagian mainan keretapi (banyak jenis keretapi dengan part-part kecik nya), bahagian miniature motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya. Miniature shinkansen pun banyak. 




Petronas F1. Harga 18, 500 yen boleh convert sendiri berapa RM hehe. 




Ni pulak model Petronas GP. 




Jeep ni lagi mahal.




Yang ni Tomica versi limited edition. Mahal sikit daripada yang biasa. Ni model prebet sapu ni keh keh. 




Kedai jual I Phone pun banyak. Tapi sebab tak berapa nak minat barang barang teknologi jadi aku tak layan sangat. Jam je lah yang menarik. Jam Casio macam macam pesen dan design, harga pun lebih murah dari Malaysia tapi aku rasa tak beza sangat dalam RM70-RM100 macamtu je kot. 

Nak beli Baby G tak dapat sebab duit dah habis buat masuk Disneyland siang tadi. hahahaah




Jalan punya jalan terjumpa satu kiosk kebab. Pantang jumpa makanan halal mesti nak beli. Tapi kan. Kebiasaan dekat sini, kebab ayam je yang halal. Yang daging lembu tak. Nak dapatkan kepastian tanya ler. 




Sedap :)




Daripada Akihabara meronda ke Shibuya. Tak puas lagi main crossing. 




Shibuya




Shibuya crossing. 

Arghhhh Tokyo memang best!




Okey penat dah meronda. Nak balik ke hostel dah.

Hostel malam ni dekat Khaosan Tokyo Laboratory, Asakusa.

Bye.




No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE