03 August 2016

Western Australia Day 3 Indian Ocean Drive


Hari Ketiga.



 Sepatutnya harini pergi Leeuwin tapi lepas perbincangan serius dengan ayah aku di meja makan… akhirnya kitorang decide pergi Pinnacles Dessert dengan Lancelin Sand Dunes yang tak sempat pergi semalam. Cancel je Leeuwin. huhu. Maybe next time. 

Kitorang akan drive menggunakan Indian Ocean Drive (jalan tepi laut). 




Breakfast pagi ni aku buat coslaw, telur rebus, pancake pisang dengan maple syrup & coffee. Kat sini maple syrup $1.80 je (RM5.60) kalau Malaysia aku rasa sebotol tu dekat RM10 kot…




Bergambar belakang kereta. Dah sihat dah. Muka pun ceria. Hihi.




Dalam 15 minit perjalanan daripada hotel, aku dengan ayah singgah ambik gambar dekat satu kawasan perumahan mengadap laut. Ada tempat parking kereta. Aku tak ada gambar perumahannya tapi memang rumah cantik-cantik lah. Banglo 2, 3 tingkat. Siap beranda bagai. Ayah aku cakap kerja seumur hidup pun belum tentu boleh beli rumah dekat sini. haha.




Scarborough - Lancelin - Pinnacles Desert (Nambung)




Pemandangan kiri kanan – padang rumput, kambing biri-biri, kincir angin tinggi-tinggi, kebun… Tak mengantuk pun. Sebab pemandangan cantik, lepastu berborak je dengan ayah aku. Banyak jugak tarbiah dia. Aku komen apa apa pasal biri biri ke, kecanggihan teknologi ke, kedamaian penduduk ke, last last mesti kena tarbiah. Haha tak tercapai dek akal. Insaf insaf.




Highway dekat sini tak banyak kereta. Kadang-kadang je selisih. Bas aku tak nampak langsung. Jadi kalau datang Western Australia ni lagi senang dan jimat travel pakai kereta. 




Signboard kangaroo pun selalu nampak. Betul ke ada kangaroo melintas? Atau sekadar gimik?

Betul. Memang ada.

Buktinya… sepanjang driving tu 3-4 kali ternampak bangkai kangaroo tepi jalan. Mintak dijauhkan lah daripada langgar kangaroo. Boleh kemek kereta. Silap silap penumpang pun kemek.




Akhirnya… lepas sejam setengah perjalanan, kitorang masuk simpang dan sampai di pekan Lancelin.




 Singgah Community Centre kejap buat-buat tanya soalan. Lepastu terus ke Lancelin Sand Dunes yang popular tu.




Parking kereta dulu…




Tadaaa. White sand dunes terbentang di depan mata!




Angin dekat sini kuat jugak. Jadi, better standby spek la. Masuk pasir dalam mata karang… free free je jadi buta. Nasibla aku ada spek RM4.90 buat backup.




Pasir memutih. Cantik. 




Kalau nak main sand boarding, boleh sewa sandboard dekat kedai dalam $10 - $12 sekeping. Tapi tak kosser la aku nak main. Masa tak banyak. Ayah aku pun cakap tak payahla main... Bajet-bajet tengah sandboarding je dah cukup Hahaha. 




Yang datang dengan tour, kenderaan diorang (van/ jeep) memang masuk sampai ke dalam. Luas gila kawasan bukit pasir ni. Kalau ada tenaga… boleh jalan sampai ke tepi pantai. Sebab pasir ni habis sampai ke pantai...




ok lah. bye. nak pergi tempat lain pulak.


Dalam perjalanan ke Pinnacles Dessert (Nambung National Park), kitorang singgah masuk ke Nilgen Lookout Point (atas bukit). Nampak signboard macam best. Rupanya tak ada apa yang special pun dekat situ. Ada papan maklumat dengan pondok rehat je. 


Pemandangan daripada Nilgen Lookout : 


Dekat bawah tu highway yang aku lalu tadi. Nampak tak pemandangan padang rumput petak petak tu? Kebanyakan pemandangan sepanjang jalan yang aku lalumacam tu lah . Luas seluas-luasnya saujana mata memandang.

Sambung driving dalam 30 minit lagi ke utara, untuk sampai ke destinasi seterusnya...

Pinnacles Dessert, Nambung National Park



Kalau tadi padang pasir putih, kali ni padang pasir kuning pulak. Yang specialnya dekat sini ialah batu yang 'tumbuh' daripada tanah.

Ayah aku buat beberapa assumption... 
1. Batu ni sebenarnya kubur orang dahulu kala yang buat dosa dan dilaknat Allah
2. Kerajaan Australia arahkan askar punggah batu ni senyap senyap waktu malam masa orang tak perasan... lepastu tanam dekat sini untuk dijadikan kawasan pelancongan. Hahahah




Unik tempat ni. Tak sia sia aku cancel trip ke Leeuwin.




Lost in planet Mars.




Bayaran masuk cuma $12 per kereta. Tak kira lah dalam kereta ada sorang ke 12 orang ke. Kereta boleh bawak masuk ke dalam sebab ada laluan kereta yang dipanggil sebagai Pinnacles Drive. Jalan dia sehala je. Kalau nak berhenti, ada disediakan ruang parking. Bukan maksud kalau dah bawak kereta... tak boleh berhenti ye. Boleh berhenti dan turun di mana mana spot yang bersesuaian.




Ini pulak gambar daripada viewing deck. Laut pun boleh nampak daripada sini. 




 Steady big boss. Heh.




Daripada Pinnacles Dessert kitorang akan drive turun ke selatan, iaitu terus ke hotel dekat bandar Bunbury.

Maksudnya patah balik ke Lancelin - Perth - Fremantle - Mandurah baru sampai bandar Bunbury. Lebih kurang 300km. Tak tahu pukul berapa sampai. OMG.




Dalam perjalanan kitorang melintas bukit pasir yang sangat besar… Tiba tiba ada setempek pasir dekat situ. Tak ke pelik??? Tanda kebesaran Nya.




Daripada Pinnacles Dessert tadi, pukul 4 petang baru masuk Perth (jalan jammed) turun lagi ke Fremantle, Mandurah…...

Perjalanan terasa amat panjang dan tak berpenghujung. Punggung dah cramp, bila tengok km to go dekat GPS rasa macam seksa sangat nak habiskan km tu haha. Nasib baik la pemandangan cantik kiri kanan. Jalan ke selatan ni aku perasan, lebih landai tak berbukit macam jalan ke utara tadi.




Lagi setengah jam nak sampai Bunbury… Ada satu area ni. Macam dalam cerita fairytale. Pokok dia Ya Allah seram gila. Daun tak ada, tinggal ranting je. Tapi ranting dia tu bercabang cabang macam tangan orang duk melambai. Dahla nak masuk Maghrib dah masa tu. Fuhhh.


Masa Maghrib tu aku ter witness sunset cantik gila, Ya Allah tak pernah aku tengok sunset macamtu. Layer putih, pink, kuning, oren dengan biru gelap. Memang cantik. Nak je aku berhenti ambik gambar. Tapi kena bebel dengan ayah aku pulak sebab dah Maghrib kan tapi tak sampai sampai lagi. Terus tak jadi nak berhenti huhu.




Aku sendiri pun memang cuak sebab masa tu aku driving… hotel tak tahu dekat mana. Dahla gelap. Google dekat GPS memang tak keluar nama hotel. Adoi. Ikut instinct je lah. Seingat aku, daripada map hotel yang aku tengok dulu… hotel tu dekat tepi jalan menghala ke Busselton (makin ke selatan). Maksudnya luar daripada bandar Bunbury. So aku drive je terus. Berdebar jugakla sebab makin jauh tinggalkan Bunbury ni.

Tup tup… masa berhenti dekat traffic light. 
Nampak nama hotel dekat batu penanda besar. Hihi Alhamdulillah sampai.


Discovery Holiday Parks - Bunbury


Sebenarnya kawasan Discovery Holiday Parks ni ada villa penginapan private dan ada jugak tempat caravan/ motorhome park. Agak luas jugakla. Aku dah booking dan bayar siap siap pakai credit card. Nasib baik masih ada pekerja lagi dekat reception. Dia bagi kunci, terus pergi cari bilik.




Aku book Standard Villa (RM306/night). Antara penginapan kitorang dekat Australia, yang ini paling unik. Villa dia A-shaped, ada loteng, bilik air bersih, sofa dan TV LCD (so boleh charge telefon dekat USB).




Katil double dekat bawah. 




Katil single ada dua dekat loteng.




Seram dol nak turun tangga rasa macam nak terbang terus ke lantai je. 




Siap jamak solat. Terus masak dinner. Peralatan memasak dekat sini semua lengkap. Masak nasik pakai periuk je no rice cooker, tapi nasi masak cantik je haha #cookinggoal




Ok menu malam ni. Tomyam cendawan (tomyam tak ada serai dengan daun limau sebab dah kena rampas imigresen LOL), sayur goreng ikan bilis, dengan telur dadar. Minum kopi extra susu. Susu kat sini memang murah kot. Setiap hotel mesti ada susu segar dalam peti ais. 


Nanti aku share gambar Villa comel ni daripada luar pulak k. Tunggu siang esok. Bye!



2 comments:

cEro said...

Lawa gila nampak jelas garis horizon dalam setiap gambar.
Adddoohh! Terpesona pulak rasa...

Syahira Mansor said...

Jangan terpesona aje cero. Gi lah australia. Memang recommended :)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE