29 April 2016

Japan Day 10 Tokyo Disneyland



Yuhuuu hari ni kitorang pergi Tokyo Disneyland

A magical place where dreams come true... PUI. 

04.12.2015 (Day 10)




Umur 25 baru dapat peluang nak jejakkan kaki dekat Disneyland. Sedikit expired di situ ye. Takpelah hahaha. Tapi rasanya ini Disneyland yang pertama dan yang terakhir kot. 




Hal nak masuk Disneyland ni boleh tahan drama jugak. Sebenarnya kitorang tak ada niat nak masuk Disneyland pun. Tak study apa-apa pun pasal Disneyland ni ha. Sebabnya harga tiket dia boleh tahan mahal jugak dalam RM230 kot lepas convert RM. Macam tak berapa nak mampu la kan. Hahaha. 

So... lepas keluar daripada Comic Cafe awal-awal pagi tu, kitorang decide... pergi je tapi sekadar ambik gambar dekat pintu gerbang dia buat kenang-kenangan. Tak payah masuk main kat dalam. Dah ambik gambar... cau lah. Jadi, kiotrang naik tren daripada Tokyo Station ke Maihama Station (iaitu stesen untuk ke Disneyland)




Sekali... air yang tenang jangan disangka tak ada buaya. Disneyland punya marketing sikittt punya bagus. Dia letak souvenir shop besar-besar gedabak dekat depan. Padahal jauh lagi daripada Entrance




Masuk dalam tu... Ya Allah, macam menggelupur gelap mata kena sawan babi. Bila sedar balik tu rasa macam dah ada dalam dunia khalayan... dunia impian... dunia fairytale

Dalam souvenir shop ni ada macam macam benda ok, daripada keychain kepada spek, payung, topi, plush toys comel-comel, makanan, toys, tak dapat nak kawal diri langsung. Dahla deco dia comel gila. Itu baru masuk kedai cenderamata. Belum lagi masuk Disneyland betul. 




Dalam souvenir shop ni sahaja, kita akan jumpa dengan macam-macam jenis karekter lepastu terus teringat bahawa diorang semua ni kawan kawan kita masa kecik dulu. Macam mengimbau memori gitu. 

Dahtu mulalah keluar ayat, Rugi la  kalau datang jauh tapi tak masuk Disneyland...
dan nak bagi gagah lagi statement tu,  Takpe duit boleh cari. Tapi pengalaman sekali je seumur hidup. 




Tiba-tiba tersedar bahawa kitorang sedang berbaris nak beli tiket masuk hahah.




And here we are (after spending for 6900 yen for the ticket) 

......TOKYO DISNEYLAND !




Sebab masuk sini tak plan, jadi kitorang macam blur blur nak tuju ke mana. Ikut redah je lah. 




Permainan pertama : Pirates of The Carribean.

Naik roller coaster tahap kanak-kanak sekolah rendah (roller coaster tak merbahaya). Dalam tu ada perkampungan si Jack Sparrow. Ada penceritaan. Patung-patung bergerak yang nampak real, lighting cantik, ada meletup-meletup tembak tembak. Menarik.




Lepastu naik Jungle Cruise ni pulak. Beratur dalam 20-30 minit gitu kot. Orang ramai, hampir kebanyakannya orang Jepun sendiri. Diorang ni tak bosan ke datang tempat yang sama? Bagi la peluang dekat kitorang pulak nak main...




Permainan ni... kita naik bot. Sebuah bot muat dalam 12 orang, ada tukang kemudi sorang yang terlebih peramah bercerita. Tapi Bahasa Jepun lah... Sepatah haram aku tak paham. 

Bot ni akan menyusuri sungai. Adventure lah jugak. Macam dalam hutan betul. Daripada air sungai yang tenang kemudian jumpa pusaran, lepastu ada air yang laju arusnya. Dekat tepi tebing sungai tu ada patung binatang yang bergerak-gerak. Masalahnya haiwan ni semua real gila ok. Contohnya gambar dekat atas, tengah syok tengok pemandangan hutan tiba-tiba timbul badak daripada sungai tu macam Wow magisnya!




Anak gajah, mak gajah pun ada duk mandi manda tepi sungai siap sembur-sembur air dekat kitorang. Kalau yang nasib tak berapa nak bagus tu kena simbah boleh basah baju. 




Ha tu lah tukang kemudi bot. Ceria sungguh.




Ini tandas dia. Tandas pun deko ala-ala Disney dan bersih. 




Ni aku tak ingat bangunan apa. Tapi orang memang ramai lah. Tak larat nak beratur. 

Kalau masa gi USS dulu... siap ada taktik bagai supaya dapat berebut main games. Kat sini... jadi lupa daratan. Tak sempat nak atur strategi langsung.




Nak habiskan masa beratur main games ke nak bergambar? Ofkos la aku pilih ambik gambar dan bergambar aje...




Kalau dekat Disneyland Jepun, castle dia adalah Cinderella punya. Kalau di Hong Kong tak silap aku castle Sleeping Beauty. 

Boleh masuk dalam castle ni. Memang betul-betul macam fairytale castle lah dalam nya. Cantik gila.




Kasut kaca Cinderella...




Deko jubin bewarna dekat tingkat bawah istana yang membentuk gambar.




Cantik gila castle ni. Tengok dari mana-mana arah pun cantik. Kalau dari segi kecantikan dan dekorasi, aku rasa Disneyland memang win. Tapi dari segi keseronokan permainan aku rasa USS lagi best. Setakat pengalaman aku lah. 




Yang ini kawasan perumahan Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy semua. Kitorang tak masuk pun. Budak kecik suka lah kot. 




Lepastu aku lapar sangat sangat. Aku beli benda ni. Popia berinti telur rebus masak kari. Boleh tahan sedapnya makan panas-panas. Dah ni je mampu hahaha tak ingat dah berapa harga dia. 




Amboi kau si kecik, dapat bergambar dengan Donald Duck tak tengok orang kiri kanan dah kan. Aku nak bergambar jugak, tapi rupanya khas untuk ahli persatuan diorang je... Macam kena tunjuk kad persatuan itik macam tu lah... Ceh. 




Surau / Prayer room tak ada dalam Disneyland ni. Mintak nak solat dalam Bilik Salin Lampin Bayi (no kidding but the room is very large and nampak macam bersih berkapet apa semua) tapi kakak-kakak penjaga bilik tu tak bagi masuk. Rasanya diorang tak faham kot nak solat. Takkan nak suruh aku berlakon jadi bayi kot baru boleh masuk? haha gile. 

Last-last ambik wuduk dekat toilet lepastu hampar sejadah Ain solat dekat tepi pintu pagar tu. Sebelah kanan. Kitorang gilir-gilir solat. Jamak terus. 




Dekat sini kan, orang bawak baby dengan stroller sangat ramai. Kadang-kadang depan satu-satu attractions tu, berlambak depa tinggalkan stroller. Tinggal macam tu je. Ada yang aku perasan, diorang tinggalkan skali barang-barang (macam tumbler Disney comel-comel yang baru beli, plastik barang shopping, bag) dekat dalam stroller tu. Weyyy kalau dekat Malaysia kau buat macamni... bukan takat barang... stroller pun tak nampak bayang dah! Well... this is Japan!




Aku rasa bagusla bawak anak-anak kecik ke tempat macamni. Sebab boleh membuatkan sel-sel otak anak bersambung bila tengok benda benda canggih dekat sini. Kitorang dah tua tua ni lah baru sel otak nak bersambung. Hahahah




One for the photo album. 




Pastu macam nak balik dah... Tak puas lagi main tapi kena balik!




Dekat pintu nak keluar tu... tercari-cari kot ada Mickey ke, Minnie ke bolehla bergambar kan. Skali. Ada stok-stok ikon yang suam-suam kuku ni je. Aku pun tak kenal sape. Peter Pan kah? Pocahontas kah? 

Tak ambik gambar kang terasa hati pulak. Bolehla sekeping. Buat-buat friendly. Dah ni je yang mampu... Nak ambik gambar dengan si Donald Duck tadi tak ada kad persatuan pulak kan. 




Goofy pun ada tapi nak pegi dekat tak berani takut kena samak pulak nanti haha tak lawak bye.




Ni stesen monorel dia. Kalau nak pergi Disney Sea boleh naik monorel daripada sini tak silap aku. Stesen monorel pun cantik.  




Nak naik tak mampu. Mampu tengok je.


Kitorang jalan kaki ke Maihama Station tadi dan ambik tren ke Tokyo...

Bye Disneyland!

1 comment:

cEro said...

So, berbaloi ke tidak keputusan last minute masuk Disneyland?
hehehe

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE