19 September 2015

Bali Day 3 Kuta Beach & Total Expenses


Hari terakhir di Kuta



Paginya terisi dengan bersiar siar ringkas di Kuta Beach.

Kuta Beach is exactly in front of our hotel.




Hotel dekat Kuta. Curi curi ambik gambar.




Aku cuma teringin sangat nak tengok orang surfing. Tapi tak ramai pun surfers. Krik krik je. Mungkin sebab awal sangat kot? Entahla.




Mana surfers?




Orang tengah belajar surf. Kena tough dan fit. 




Power beb. Sempat la tengok beberapa orang surfing walaupun tak ramai sangat.




Ombak dekat Kuta ni memang tinggi jugak. 


Aku sempat singgah di Kuta Art Market (yang baru nak mula bisnes) beli fridge magnet 3 keping dengan harga Rp80.000. Dekat Krishna semalam tak jumpa fridge magnet yang berkenan di hati. Semua jenis plastic huduh, di sini baru jumpa jenis batu.




Last sebelum balik.


Dari hotel di Kuta aku naik teksi bermeter, dan tambang yang dikenakan cuma Rp33.000, jauh beza harga kalau nak dibandingkan dengan teksi berkupon dari Airport ke Kuta (Rp70.000).




Flight berlepas jam 12.55 tengah hari. Yang seronoknya naik flight Malindo ialah dapat free check in baggage sebanyak 20kg (international flight) tapi barang takde bende pun. Habuk je. 




Flight smooth je Alhamdulillah tak ada masalah.




Souvenirs yang berjaya dibawa balik:

Banana body cream (RM3.85), body soap (RM3.85 each), krim mandian lulur (RM3.85 each), kopi, keychain (RM1.70 sepaket) – semua ni aku beli dekat Krishna.




Miniature gitar elektrik yang dibuat daripada kayu (siap dengan stand) ni pulak cuma RM4.20.




Gambar 4R dalam frame yang aku buat di Ulun Danu Bratan, Bedugul dengan harga RM5  sahaja. Murah dah. Kualiti pun OK.


Total Expenses 3D2N (per person):
Flight Malindo Return RM148
Teksi Airport – Hotel RM10
Hotel Home@36 Condotel 2 Nights RM118
Jimbaran Dinner RM55
Entrance Uluwatu/ Pura Bratan/ Jatiluweh/ Tanah Lot RM12
Lunch Taman Sari RM24
Dinner Pizza Hut + Aiskrim RM9.50
Driver half day (6 hours) + 1 full day (12 hours) RM114

Total Cost RM490.50


Kos ni tak termasuk dengan pembelian souvenirs (tak banyak pun aku beli) dan barangan halus lain seperti jajan dan poskad. Tak sampai RM600 pun aku rasa. Sebenarnya boleh berjimat lagi kalau tak pergi makan dekat Jimbaran dan kalau ambik hotel 3 bintang yang harganya bawah seratus.

Apa pun, Bali meninggalkan kenangan yang tersendiri.

Bye Bye Bali… 
Lepasni taknak datang dah....




1 comment:

Prettyvrach said...

gamba last sebelum balik tu comel :)

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE