21 April 2016

Japan Day 8 Hakodate


02.12.2016 (Day 8)

Setelah sampai jam 1.30 petang dengan perjalanan tren yang jauh daripada Tokyo, aku rehat sekejap sebelum keluar semula daripada hotel jam 3.00 petang. 

Sebab Hakodate terletak jauh di utara Jepun, lepastu musim Winter pulak jadi waktu siang lebih pendek. Hari ni waktu Maghrib adalah jam 4.10 petang. Jadi aku tak boleh berlengah. 




Sebelum keluar aku beli mee udon ni dekat 7E. Dia ada mee, udang tempura dengan fishcake. Tapi tak habis sebab sos dia macam sejuk sejuk gitu... sepatutnya kena heat dulu kot haha manalah aku tahu. 




Bandar Hakodate ni relaks, tak ada jammed. Kereta pun tak banyak. Yang specialnya ada tram service dan streetcar. Perhentian dia macam kecik je. Macam bus stop je. 




Bangunan dekat sini pun nampak lain sikit... Macam berkotak kotak.




Nak kata elemen Inggeris tak jugak. Tapi kebanyakan bangunan kotak-kotak lepastu tingkap pun bentuk empat segi.




Aku naik tram dan berjalan kaki ke Red Brick Warehouse. Kawasan ni merupakan bangunan lama yang ditukar kepada gudang membeli belah. Macam dekat gambar atas, aku sempat masuk ke dalam tengok sayur dan lauk pauk yang segar-segar jugak. 




Red Brick WarehouseS




Starbucks pun ada outlet dekat sini. 




Unik dan vintaj. 




Tak ada orang pun... Dalam bangunan ni ada kedai-kedai, aku try masuk dalam pulak.




Kebanyakannya souvenirs dan sweets.




Candies wonderland




Daripada Red Brick Warehouse aku berjalan kaki ke Mount Hakodate Ropeway. Mount Hakodate ni merupakan tarikan wajib bila datang ke Hakodate, sebab pemandangan daripada Mount Hakodate pada waktu malam pernah di quote as one of top 3 views in Japan. 




Tiket ropeway/cable car 1290 yen untuk perjalanan 2 hala.

Tapi yang lawaknya masa nak masuk dalam bangunan tu ada ramai gila orang cina tanah besar lepastu punyalah bising congceng congceng masa beratur nak naik cable car tu. Adui. 

Tapi dalam ramai ramai tu aku sempat menyelit seat tepi tingkap dan berjaya ambik video masa cable car naik ke atas. 




Pemandangan Hakodate daripada pelantar atas bukit. Bangunan pelantar tu ada banyak bahagian jugak, ada beberapa tingkat dan boleh tengok daripada dalam dan daripada luar (open-air). Restoran ada, kedai souvenir ada, tempat cop pun ada. Kalau korang bawak notebook boleh cop dekat buku nota korang tu tanda dah jejak Hakodate Mountain. 




Arah pemandangan yang berbeza.




Masa ni baru nak gelap, belum gelap sepenuhnya lagi. Kalau dah gelap nanti baru cantik sebab lampu lampu semua dah menyala...




Nampak tak banjaran gunung? Inilah gunung yang aku nampak depan stesen keretapi tadi. Dari situ lagi jelas dan gunung nampak lagi besar berbanding dari atas bukit ni.




OK dah makin gelap... Yang ini aku naik dekat pelantar paling atas. Sejuk dol. Dahla ramai orang, kalau dapat space untuk tengok view tu terus stay dekat situ. Tunggu je sampai gelap.




Mount Hakodate




Memang cantik. 




Masa ni dah gelap betul. I think this is the best view.

Masa untuk turun balik.




Hachiman-jaka Slope

Dekat Hakodate ada banyak slope (jalan berbukit macamni) dan Hachiman Jaka ni yang paling famous sebab boleh nampak laut. Sekitar bandar ada banyak lampu-lampu yang dipasang di pokok dan tiang-tiang.




Tram masih beroperasi pada waktu malam. 

Aku rasa bandar Hakodate ni ala-ala San Francisco dekat US. Ada tram, kawasan tepi laut dan bandar yang berbukit-bukit. 




Dalam perjalanan balik aku naik tram sekali lagi ke Stesen Hakodate. Tak larat nak jalan dah.




Kemudian jalan kaki balik ke hotel. 

Sapporo lagi 282km ke utara Hakodate. Masa ni, bandar Sapporo dah bersalji penuh. Sayang masa tak banyak... tak dapat nak merayau sampai ke Sapporo.

Hotel Shaorom 2 (RM139/night)
Private single room

Sampai hotel aku mandi, solat dan rehat. Hotel ni memang best gile siap ada bilik air, heater, iron, kimono dan WIFI pun terbaik. Nanti kalau ada masa aku share pasal hotel pulak.

Alhamdulillah untuk segalanya. Selamat malam Hakodate!





No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE