11 August 2016

Western Australia Day 4 Busselton - Perth City



Hari keempat sudah. 

Semalam aku janji nak bagi gambar villa daripada luar kan, nah:



Villa A-Shaped. Lengkap segala kemudahan, boleh muat maksimum 5 orang. RM306/night.




Pagi yang indah. Alhamdulillah cuaca bagus. 




“Pa! Pa! Boleh dok ambik gambar Yu dari atas ni?” Hahaha anak sapo lahhh




Pagi tu aku sempat masak nasi goreng kampung, coslaw lagi, telur mata, dengan pancake. 

Kitorang checkout lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sepatutnya hantar kereta di Fremantle pukul 11 pagi. Tapi sekarang pun dekat Bunbury lagi, nak turun Busselton kejap. Sah-sah tak sempat sampai Fremantle pukul 11. So aku extend ke pukul 2 petang. Aku call office Bayswater Car Rental, dan bagitahu nak hantar kereta pukul 2. Pinjam fon dekat reception sebelum check out. 


Busselton



Driving daripada Bunbury ke Busselton mengambil masa lebih kurang 30 minit. Busselton ni takde apa yang menarik pun, cuma nak pergi tengok Busselton Jetty. Bandar dia lebih kurang macam Fremantle jugak. Bandar tepi laut jugak...




Dah sampai. Kawasan tepi laut yang menempatkan platform sepanjang kira-kira 3km. Boleh naik keretapi ke hujung platform tu.




Pemandangan Busselton Jetty

p/s gambar tak edit. pakai kamera fon je. Oppo F1. lol. 




Angin cool cool.




Masa nak kona balik… ayah aku ternampak show kereta vintage. Ok berhenti kejap ambik gambar.




Yang ni klasik gila. Tahun 1930 kottt. 




Yang ni pulak, kalau nak parking susah sikit kot sebab panjang sangat. 




Lepastu terusla drive sampai masuk bandar Bunbury balik. Dekat Bunbury tu ada pasaraya Big W. Aku teringat orang cakap, kalau nak cari set Corell murah pergi Big W. Big W ni pasaraya besar yang popular di Australia. So masuk lah dalam. Masa tu lebih kurang pukul 11.30 pagi.




Jumpa pun set Corell. Ambik satu untuk mak aku. hehe. Kalau beli dekat KL ni maunya 3,4 ratus. Orang kata... kalau banding dengan harga dekat Langkawi pun, Australia lagi murah. Hahah. 




Coklat Cadbury (halal). Boleh rujuk website Cadbury Australia untuk check halal tak halal. 




Boots comel ni $6 je. Seriously, banyak gila baju untuk baby, kids, teenage, sampailah baju dewasa dijual dekat sini. Banyak pilihan. Kalau korang nak cari sweater ke, winter coat ke, ada je... dan kalau yang SALE tu boleh dapat dalam $15 - $25. Murah weyyy. Cantik cantik pulaktu. Aku geram nak beli tapi… nasib baik sedar diri Malaysia iklim khatulistiwa. Nak beli untuk next trip pun tak tahu nak travel ke tempat salji ke padang pasir ke gurun ke. Tapi paling best kalau mak mak datang. Baju baby dengan baju budak kecik murah gila, dan yang penting cute. Kalau aku ada anak kecik memang aku dah memborong.


Sedar sedar dekat pukul 1 baru keluar daripada Big W tu. Habisla. Memang tak sempat nak hantar kereta pukul 2. Nak call tak ada line. So terus je drive dan sampai Fremantle dalam pukul 3. huhuhu. Kena bebel dengan makcik dekat Bayswater  sebab katanya, lain kali kalau nak extend sila call bagitahu. Sebab kalau berlaku accident dalam tempoh extended tu insurans tak cover. Like, OMG!!! Nasib baik la tak ada apa-apa kecelakaan berlaku. Kalau tak... hanya Tuhan yang tahu disaster nya macam mana. 


Lepas hantar kereta, aku dengan ayah jalan kaki ke Fremantle Station dan ambik tren ke Perth City. Sepatutnya jalan-jalan dekat Fremantle dulu, baru gi Perth. Tapi… barang shopping tadi banyak pulak lepastu locker simpan barang memang tak ada dekat sini. So balik hotel dekat Perth dulu lah. Esok baru datang Fremantle balik.




Sampai Perth City… jadi pening.


Sebab ramai gila orang dekat area Perth Station tu. Muka Melayu duk bersantai santai pun ramai. Heh. Aku ternampak booth Information, terus gi tanya direction hotel. Malas nak pening pening pikir.

 Kakak dekat booth tu bagi maps dan kitorang jalan cari hotel. Dekat je tak jauh pun. Hotel malam ni, (dan hotel terakhir di Perth) ialah Citadines Apartment. Lebih kepada business hotel aku rasa. Dalam 10 minit jalan kaki daripada Perth Station tadi. Memang betul betul dalam Perth CBD.

Masuk je bilik… TIDAKKK!




Terkejut sebab takde dapur memasak. Cuma ada fridge, microwave, sinki dengan heater je. Dahtu macam mana nak masak? Sepatutnya menu breakfast pagi esok mihun goreng tahu tak! Huuuuu




Bilik dia cantik je. Katil twin, ada TV LCD, WIFI laju tanpa kompromi, bilik air cun ada tab mandi. Cuma slack sikit bahagian dapur tu je lah...

Rehat kejap, lepas solat Maghrib & Isya' jamak... Kitorang keluar balik. Ronda ronda Perth City. 




Ni dekat Hay Street tak silap aku. Banyak kedai & butik best best. Antara ada duit dengan takde duit je lah. Kedai souvenir pun banyak... Tapi aku tak beli kat sini. Tunggu shopping dekat Fremantle esok. Fremantle lagi murah katanyer...




London Street

Banyak kedai dah tutup... Padahal baru pukul 6.10pm




Seni bina yang macam klasik sikit...




Lepastu kitorang berjalan kaki sampai ke kawasan jetty dekat The Bell Tower. Cantik dekat sini. Boleh tengok pemandangan Perth skyline. Ada jambatan besar. 

Aku ajak ayah aku naik feri daripada Elizabeth Quay Jetty ke South Perth Esplanade (seberang) turun di Mends St. Jetty. Harga tiket dalam $3 dan boleh pakai pergi-balik. Kalau nak melawat Perth Zoo pun boleh naik ferry ni jugak daripada Perth city. Perth Zoo dekat je. Jalan kaki je. 




Daripada South Perth Esplanade ni kita boleh tengok pemandangan Perth skyline daripada jarak jauh pulak. Aku rasa, tengok daripada jauh lagi cantik. Barulah gambar full kan. Tapi sayang... aku malas bawak SLR. Sebab ingatkan takde benda menarik nak snap. 

So ambik gambar pakai kamera fon je.... Ronda ronda kejap. Lepastu naik feri balik semula. Cuaca pun makin sejuk. Balik hotel, terus rehat. Esok nak balik dahhhh. 



No comments:

DISABLE