09 May 2016

Japan Day 11 Tokyo City


5.12.2015 (Day 11)

Aku ni dah geram sebenarnya sebab aku dah taip siap siap entri ni tapi bila nak publish aku tengok semua kosong tinggal gambar je. Hampeh. Malas dah la aku nak taip beria. 


Tokyo City


Aku check out daripada hostel pukul 7.30 pagi. Hari ni jalan sendiri sendiri je, aku dengan Ain bawak haluan masing-masing. Jumpa balik dekat airport esok ye.

JR PASS aku dah expired harini. Jadi, aku pakai Tokyo Metro Pass harga 800 yen untuk unlimited ride. Harga asal 100 yen tapi kalau beli dekat Bic Camera dapat diskaun 200 yen. Pendapat aku, JR PASS ni cover banyak attractions dekat Tokyo. 




Lokasi 1 : Kaminarimon Gate (Asakusa Station)

Dekat je dengan hostel aku , jalan kaki dalam 2 minit je heh. Very recommended hostel ni tapi nanti aku share dalam entri berasingan...




Dekat sini ada satu street yang jual barang-barang souvenirs dengan harga yang boleh tahan murah jugak la berbanding tempat tempat lain.




Lokasi 2 : Ueno Park (Ueno Station)

Dari Asakusa aku ke Ueno Park. Dekat sini cantik, banyak pokok maple daun autumn. Tempat ni luas, Ada banyak muzium, ada zoo, ada baseball court. Masa aku singgah ada game baseball.  




Lepastu ramai orang bawak anjing jalan-jalan. Anjing spesis yang pelik-pelik.




Tokyo National Museum (500 YEN)

Museum ni besar, dalam nya cantik, barang-barang dia pun dijaga rapai. Dahtu siap ada guard pakai kot hitam dengan mic tergantung dekat mulut. Macam spy dalam filem filem aksi. 

Tapi... aku rasa muzium ni sedikit membosankan la sebab dia punya bahan pameran tu... seni tahap tertinggi. Pecah kepala nak pahamkannya haha.  Dia punya artifak tu disusun ikut tamadun / bangsa. Ada 3 tingkat tak silap aku dan setiap tingkat ada beberapa wing. 




Ni sudut angker ada pameran mumia sebenar dengan sarung dia yang diimport daripada mesir. Aku tak berani ambik gambar wajah dia takut ada pulak saka yang ikut balik Malaysia karang. 




Yang ini Booth Fortune-Telling (Tilik Nasib). Ada pekerja yang jaga dan bantu kita untuk main. 

Haromm bagi orang Islam untuk mempercayai tilik nasib. Tapi aku try sebab nak tengok kaedah menilik yang membolehkan dia membuat rumusan pasal masa depan. Rupanya... diorang gunakan batu, batu tu ada 4 bijik dan mempunyai bentuk permukaan yang berbeza. Bentuk yang terpapar apabila batu tu jatuh akan dipadankan dengan kombinasi nombor yang menggambarkan maksud-maksud tertentu. 

Balingan batu menentukan masa depan? Naahhhhh.




Lokasi 3 : Ameyoko Street (Ueno Station)

Daripada Ueno Park aku singgah dekat Ameyoko Street. Ameyoko Street ni letaknya depan exit Ueno Station. Dia macam pasar tani jual macam-macam sayur, buah, souvenir... Lepastu aku terjumpa booth kebab ni. Pantang nampak makanan halal, terus singgah beli.

Sini special sikit sebab kebab daging lembu pun halal. Biasa kebab yang aku jumpa sebelum ni, kebab ayam je halal. Daging lembu tak. Pakcik buat kebab tu pulak friendly terlebih. Siap boleh bercakap Melayu. Dia suggest aku ambik Kebab Mix (Ayam dengan daging) very hot memang paling best. Tapi mahal sikit 600 yen. 




Marvelousss. Makn terus dekat situ buat muka seposen. 




Ni tak ingat dekat mana. Tak silap aku daripada stesen metro/subway bawah tanah. Sistem metro diorang memang mindblown boleh bikin putus urat minda berfikir. Satu stesen kadang-kadang sampai 4 line untuk transfer, lepastu exit pulak sampai berbelas-belas. Naik ke atas, belok kiri, kanan. Boleh termuntah tengok exit banyak sangat tapi tak perlu risau sebab papan tanda ada di mana-mana. 

Berapa tingkat di bawah tanah, ada tren, ada beribu-ribu manusia ulang alik keluar masuk... Tak boleh bayangkan kalau terkambus bawah sana kan. 




Lokasi 4 : Bunkyo Civic Centre ( Station)

Lokasi seterusnya Bunkyo Civic Centre. Kenapa datang sini? Sebab dekat bangunan ni ada observation deck daripada tingkat berapa dah aku lupa. Malas nak cari balik. Korang cari sendiri. 

Dan yang paling penting, ianya adalah percuma! Hehe. Kenapa mesti dilepaskan peluang ini? 

Observation daripada bangunan ni boleh tengok view Tokyo Skytree dengan sejelas jelasnya dan kalau bernasib baik boleh nampak Gunung Fuji. Menarik tak?




Tokyo Skytree. Bangunan tertinggi di Jepun. Boleh nampak jelas daripada sini. Harga masuk mahal jugak dalam 2000 yen. Tak mampuuuu hahaha kalau dah ada yang gratis ngapain hendak dicari yang mahal donk!




Nampak sikit-sikit jambul Gunung Fuji di sebalik skyscrapers Shinjuku.




Alhamdulillah cuaca cantik. 




Cantik observation deck dia.




Pintu masuk ke Meiji Jingu Shrine.

Macam scene-scene Naruto. Tapi aku tak masuk dalam. Malasss.




Lokasi 5 : Tokyo Camii (Tokyo Mosque) (Yoyogi-Uehara Station)

Daripada Bunkyo Civic Centre aku ke Tokyo Mosque untuk menunaikan solat Zohor. Daripada stesen kena berjalan kaki sikit dalam 10 minit rasa aku, kawasan dia dekat perumahan jadi kemungkinan untuk sesat tu ada. (Sebab aku sesat sekejap)




Akhirnya sampai jugak. Tepi jalan je. 




Masya Allah memang cantik masjid ni, katanya ada persamaan dari segi reka bentuk dengan Masjid Biru di Turki. 




Masa dekat stesen keretapi tadi, ada 2 orang nenek Jepun tanya something dekat aku. Tapi aku tak paham sebab dia tanya dalam bahasa Jepun. Tak dapat den nak nolong. Rupanya... diorang mencari masjid ni jugak. Sebab sampai sama-sama.




Setiap hari Sabtu diadakan ceramah untuk memberi kefahaman tentang Islam. Ramai jugak aku tengok Japanese yang datang. Daripada setua-tua nenek tadi, orang berkot, dengan budak-budak muda baya student U pun ada. 

Dekat tempat ambik wudhu ada sorang perempuan ni, muka Jepun tapi pakai tudung dress  apa semua. Cantik gila ok macam bidadari. Pastuh bawak handbag playnomore. Boleh cakap Melayu. Rupanya bila berborak , dia tu Japanese yang convert Muslim tahun lepas. Dan dia belajar BM dengan sorang kawan Indonesia. Alhamdulillah! Dia mendapat hidayah awal. 




Sebab dah nak masuk waktu Asar jadi aku jamak Zohor je, dan tunggu jemaah Asar. Masa dengar azan Asar tu rasa sebak sangat sangat. Sampai mengalir air mata. Entahla. Sebab rasa jauh dari tanah air. Dekat tempat asing. Sejauh-jauh inipun, masih boleh dengar azan. Allahuakbar. Islam di mana-mana. Rasa macam iman ni lemah... Banyak lagi yang perlu diperbaiki.




Lokasi 6 : Takeshita-dori Street, Harajuku (Harajuku Station)

Kemudian aku ke Harajuku. Hajat nak masuk Daiso yang katanya antara outlet terbesar dekat Jepun. Memang besar gila, sampai 4 ke 5 tingkat gitu aku tak ingat. Macam macam benda best dan murah. Tapi tak beli apa pun sebab mabuk banyak sangat benda kawaii. 




Orang ramai gila dekat jalan ni ok, padahal lorong je pun... Tapi kiri kanan kedai yang best best contohnya yang aku paling perasan outlet Barbie!




Banyak kedai fesyen, orang-orang Jepun yang fashionable dan kedai crepe. Semua comel-comel...




Yang pink ni kedai Crepe. Yang ada isi buah, coklat krim aiskrim semua tuh. Ramai gila orang beratur nak membeli...



Lokasi 7 : Tokyo Metropolitan Government Building (Tochomae Station)

Tokyo Metropolitan Government Building atau Tochomae ni adalah satu lagi bangunan yang menawarkan observation deck secara PERCUMA. Stesen terdekat, kalau pakai JR PASS berhenti Shinjuku Station (tapi jalan jauh sikit). Kalau pakai metro/subway, turun dekat Tochomae Station stesen dia betul-betul bawah bangunan ni. 




Sebab tadi Bunkyo Civic Centre dah tengok pemandangan siang, kali ni aku pergi sebelah malam pulak. Nak tengok Tokyo waktu malam. 




Memang cantik. Lampu merata. 




Lokasi 8 : Shinjuku (Shinjuku Station)

Lepastu aku singgah Shinjuku. Lebih kurang Shibuya dengan Akihabara. Meriah dengan lampu dan papan iklan warna warni.




Cantik cantik pun, kena  beware dengan orang geng yakuza. Orang jahat ada  di mana -mana! 




Sebelum balik aku sempat masuk Yodobashi (ke Bic Camera) tak singat. Kedua-dua chain outlet ni menjual barangan elektronik, elektrik, laptop, handset, kamera dan accesories dengan harga murah berbanding tempat kita dan NO TAX. Besar gila. 4-5 tingkat tak silap aku. Dahla macam-macam jenis dan pesen barang yang dijualnya. Kalau banyak duit memang seronok masuk sini. Tapi kalau jenis yang miskin-miskin macam aku ni. Jamu mata jelah...




Aduhhh kacak nya. Convert duit Malaysia dalam RM500+. Tak mampuuuu. Memang murah sikit berbanding tempat kita dalam RM70-80 gitu lah tak silap aku. 


Daripada Shinjuku aku balik ke Asakusa (hostel) untuk pickup backpack kemudian pergi Tochomae. Rupanya hentian bas Willer Express dekat bawah bangunan Tochomae yang aku pergi tadi. Ceh. 

Esok aku akan naik flight balik dah wuwuwu. Flight aku dekat Osaka. Tapi disebabkan JR PASS aku dah expired, jadi tak boleh naik shinkansen ke Osaka. Aku naik bas je. Willer Express. Tiket bas aku beli online beberapa hari sebelum bertolak. Beli masa dekat Jepun jugak. Harga tiket RM89. 

Bila naik bas overnight, secara tak langsung boleh savings kos penginapan. Tapi nak kata selesa macam bas ekspress Mutiara ke Mahligai ke tak laa. Seat dia kecik je 4x4. Lagi selesa naik bas Mahligai Tanah Merah - KL hahaha. Kalau nak bas yang kerusi besar, ada je. Tapi harga pun lagi besar lah hahah. Yang ni trip bas yang paling murah ok. 


Shinjuku (Tokyo) 11.30pm  - Osaka 5.20am


Goodnight & Goodbye Tokyo. See you again ;)



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE