07 March 2016

Japan Day 4 Tateyama - Bijodaira (Japan Alps)


Dah masuk hari keempat di Jepun. Excited nak meneruskan perjalanan. Excited sebab hari ni aku akan start guna JR PASS aku dan tempat yang aku nak pergi ni sangat sangat special.

Tempat yang ada salji!

28.11.2015 (Day 4)

Setiap hari mesti ada tema kan. dan tema hari ni adalah... jeng jeng jeng


Frozen Forest!






Let it go... Let it go...





Aku check out daripada hostel seawal jam 5.35 pagi. Gelap lagi kat luar. Orang pun tak ada. Dekat luar sejuk, dan masa tu lah kali pertama aku merasa asap keluar daripada mulut haha!. Daripada hostel aku jalan kaki ke bus stop depan combini (convinience store). Bas ke Kyoto Station akan sampai pukul 6.00 pagi. Kali ni tak boleh tersalah direction dah. Bus pass aku dah tak valid jadi aku terpaksa bayar cash untuk one-way trip sebanyak 220 yen.

Public transport dekat Jepun memang ON TIME, tak tahulah macam mana diorang buat. Tepat tepat pukul 6.00 pagi bas tu sampai. Alhamdulillah!!!





Pemandangan sunrise yang cantik dekat stesen





Macamnilah rupa tiket JR. Aku reserved dekat Kyoto semalam. Daripada stesen Kyoto aku naik tren ke Kanazawa:

Kyoto 629am - Kanazawa 847am (Thunderbird Limited Express)

Kemudian daripada Kanazawa aku transfer shinkansen untuk ke Toyama. 

Kanazawa 921am - Toyama 944am (Hakutaka Shinkansen)




Ini lah dia shinkansen pertama yang aku naik di Jepun. Laju sangat keretapinya rasa nak bertempik je dalam tren hahah.




Rupa dalam shinkansen macam dalam flight. Ekslusif. Seat dia 2-3. Sepanjang aku naik shinkansen memang dapat window seat, dan dalam setiap gerabak tak pernah penuh pun orang. Satu row tu biasanya sorang je duduk.




Sampai di Toyama... aku beli tiket Chiho Railroad Train ke Tateyama. Keretapi Chiho ni macam keretapi mainan je rupa dia dan akan melalui kawasan pergunungan Tateyama. JR PASS tak valid jadi kena beli tiket asing. Harga tiket 1200 yen (return)

Toyama 9.54am- Tateyama 11.06am (Chiho Railroad Train)




Penumpang tak ramai ada beberapa orang je masa aku naik, dan stesen-stesen nya pun tak besar. Makin ke hulu makin kecik stesen dia, ada yang sepenuhnya berdinding kayu nak roboh je.




Kedudukan Tateyama di kawan pergunungan akan memerlukan tren untuk mendaki daripada kawasan tanah rendah ke kawasan tanah tinggi. View cantik. Boleh tengok gunung, lembah dan sungai yang jernih airnya.




Makin nak sampai.. aku boleh nampak cebisan-cebisan salji dekat bukit dan tanah... WOWWW terus eksaited menguasai diri. Ni dah aku datang musim luruh, kalau datang masa winter mesti penuh salji dekat tanah tu. Tapi... musim sejuk (1 December - March) keretapi ni dah tak beroperasi ye... Spring, summer dan autumn sahaja.




Akhirnya keretapi sampai di perhentian terakhir iaitu Tateyama Station. Hujan renyai renyai. Dekat tanah dan lereng lereng bukit ada cebisan-cebisan salji. Tapi takkan nak main salji dekat situ je kan? 

Untuk pengetahuan... Tateyama merupakan starting point bagi Japan Alps Route. Tateyama ni pekan kecik yang berketinggian 475 meter dari paras laut. Kalau ikut Japan Alps Route ni (dengan pelbagai modes of transport) kita boleh sampai ke puncak tertinggi Murodo Station pada ketinggian 2450 meter. 

Tapi... disebabkan masa aku pergi dah nak masuk winter maka sebahagian station dah tak beroperasi. Route ni akan ditutup dari end November hingga mid April tiap tiap tahun. Masa dekat Tateyama Station pun ada dipamerkan skrin live view di Murodo Station yang dah mencecah suhu -7.6' C dan ada ribut salji.




Tapi... Alhamdulillah hari tu aku masih boleh naik sehingga Bijodaira Station yang berketinggian 977 meter paras laut. Transport yang ada hanya cable car, dan tiket berharga 1290 yen return. Orang tak ramai sebab bukan peak season.




Meninggalkan pekan Tateyama. Berdebar rasa naik cable car ni... Dup Dap Dup Dap.




Perjalanan menaiki cable car selama 7 minit. Macam cable car Bukit Bendera jeww. Tapi... jalan dia tak ada terowong so boleh tengok view dengan lebih gembira. Makin memanjat ke atas makin banyak dan tebal salji di kiri kanan jalan. View gunung ganang pun jadi lebih clear.




……dan akhirnya sampai ke Bijondaira Station.

Subhanallah cantiknya! Menggelupur!




Terus keluar daripada bangunan stesen cable car dan aku nampak gunung ganang dengan salji memutih di depan mata. Pengalaman salji pertama seumur hidup. Nangis T_T

Aku jalan sampai ke hujung lereng bukit (dia macam pelantar). Daripada sini boleh tengok gunung ganang yang bersalji dengan lebih dekat. Mulalah ambik gambar sebanyak mungkin... dekat Tanah Merah takde ni… Kabong pun takde. haha




Kena tak tema Frozen Forest? hehehhe Sikitt lagi nak bertukar jadi Elsa neh.




Ni betul betul tepi gaung.





Mintak uncle dengan auntie dari Korea ambikkan gambar. Kebetulan diorang pun meronda ronda dekat sini. Lepastu aku jalan kaki ikut route sebelah kanan. Masa ni salji belum turun. 




Sunyi. Takde orang. Hmm. Apelagi. Record video lerrr. Video salam perantau, video cara-cara buat ais kepal, music video Frozen....... Oooo macam ni rupanya perasaan jadi Ice Princess? kah kah kah 

Dalam duk tangkap gambar tu, salji pun turun. Terus record video dokumentari bertemu dengan salji pulak. Tapi bila tengok balik video tu semua macam harey! apebende la... hahah




Dalam setengah jam duk main-main. Mula rasa sejuk. Aku masuk dalam bangunan kejap panaskan badan. Officer dekat station tu pulak friendly. Tanya macam macam. Dia tanya aku ada FB tak. Aku cakap, ada. Lepastu dia tunjuk profile FB dia dekat aku. Dah kenapa. Nak suruh aku add ke apa. Tapi takde mintak add pulak. haha.

Trip cable car turun Tateyama pukul 1.10 petang. Tapi macam tak puas lagi main salji. So aku tunggu trip pukul 2.30 nanti. Salji tak berhenti langsung dah. Makin lebat.





Sebelah bangunan station ada satu ruang untuk main salji. Mula mula sampai tadi ada satu family dengan anak anak kecik, buat snowman dekat situ. Aku try try nak pijak masuk ke dalam. Skali. Tenggelam kaki sampai ke betis. Cannot go. Pakai Converse je dekpon.




Yang ni route lain pulak. Menghala ke hutan. Dekat Bijodaira ni ada route-route untuk trekking, tak silap aku ada satu pokok cheddar besar dekat dalam sana. Tak jauh pun. Tapi disebabkan kekangan masa dan dahtu tak ramai orang (takde orang), jadi aku tak berani pegi. Snow, snow jugak. Tapi tempat ni masih lagi dalam hutan, kawasan gunung pulaktu. Keluar beruang kutub ke... serigala bukit ke kambing gurun ke... gempa bumi gunung... Itu semua kena consider ok untuk keselamatan diri huhu.




Ada amaran beruang. kot. haha.




Bila salji teruk, nak ambik gambar pun kena cermat cermat sebab risau lens basah. Aku duk bayang... baru end November tempat ni dah bersalji tebal. Kalau Januari macam mana la agaknya...

Masa ni suhu di Bijodaira adalah -3'C. Tapi ada lagi tempat yang aku rasa macam lagi sejuk daripada sini... tempat yang takde salji pun. Sampai ketap ketap gigi. Nanti aku bagitau.




Akhirnya... masa untuk pulang! Sebenarnya... tak nak balik lagi. Tak puas lagi jadi Elsa Malaysia. Tapi... nak tunggu next trip cable car macam lewat sangat. Lagipun perjalanan masih jauh. Ada rezeki boleh datang lagi and complete the whole Alps route. Kalau datang spring/early summer boleh lalu snow wall (gambar paling kiri).




Perjalanan balik sekali lagi dengan menaiki Chiho Railroad Train yang comel... Awal-awal je tengok pemandangan gunung bersalji. Lepastu terlelap. Penat...




Bawah tempat duduk ada alat pemanas. Mula mula aku jakun jugak. Eh apesal betis aku rasa panas...? Rupanya ada heater dekat bawah. 

Tateyama 3.02pm - Toyama 4.00pm (Chiho Railroad Train)

Sampai di Toyama... memandangkan keretapi seterusnya lambat lagi. Aku masuk Lotteria order Apple Pie dengan Ghana Milk Chocolate. Tapi Milk Chocolate dia pekat gila. Tak manis, tapi pekat. Geli tekak aku. Boleh buat lagi 3-4 gelas cawan kalau tambah air. 




Toyama Train Station

Toyama 4.58pm - Nagano 5.44pm (Kagayaki shinkansen)




Kemudian daripada Nagano aku ambik tren Wide View Shinano ke Matsumoto

Nagano 6.11pm - Matsumoto 7.04pm (Wide View Shinano)

Alhamdulillah selamat sampai di bandar Matsumoto. 



1 comment:

cEro said...

Selalu nampak shinkansen & japanese train kat dlm anime je.
Bestnya kalau dapat tengok dan naik sendiri depan mata macam ni!!
Hehehe

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE