Anyeong Haseyo!
Kita teruskan
lagi perjalanan hari ini ke daerah Gapyeong untuk melawat Nami Island dan
Petite France ya...
1) Daripada Myeongdong, aku ambik metro
terus ke Yongsan station
2) Daripada Yongsan station, naik tren ITX ke
Gapyeong station (5200won)
Tren
ITX ni bukan setiap masa kekerapan dia, ada timing dan tak kerap macam metro.
Aku ambik the earliest ITX train pukul 800 pagi dari Yongsan (untuk mengelakkan
crowd) dan sampai di Gapyeong pukul 852 pagi. Pemandangan sepanjang tren memang
cantik. Aku Cuma terbayang kalau datang masa spring atau autumn… hmmm…
Sampai
di Gapyeong, aku terus beli tiket balik ke Yongsan semula petang karang. Aku
ambik Gapyeong ke Yongsan (tren pukul 428 petang) dengan harga 5300won. Beli
pakai machine, ada petugas yang membantu.
Kemudian,
daripada stesen Gapyeong terus ke bus stop di hadapan stesen untuk ambik Gapyeong Tour Bus untuk ke Nami Island,
Petite France dan lain lain attractions. Harga asal tiket adalah 6000won untuk
one day bus pass (unlimited ride) tapi since aku pakai baucer KTO, dapat
discounted price at 2500won sahaja. Gapyeong Tour Bus pun ada timing dia, bukan
sepanjang masa ya… Jadi rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin. Sila google jadual bas yang paling latest...
Gapyeong Station –
Railbike – Jaraseom – Nami Island – Petite France – Cheongpyeong Terminal –
Cheongpyong Station – Morning Calm Arboretum
Untuk
pergi ke Nami Island menggunakan Gapyeong Tour Bus, korang kena tunggu bas di sebelah stesen ye, takpayah
rajin nak cross jalan pergi tunggu dekat bus stop sebelah sana. Bas sampai ikut
timing, pukul 910 pagi. Masa naik, tunjukkan baucer bas dan bayar 2500won
kepada driver. Bas tak penuh pun. Ada lah dalam separuh bas. Mungkin sebab
masih awal dan bukan musim popular. Menurut bacaan aku, kalau peak season
autumn... bas tu penuh dan padat sampai ada yang kena berdiri.
Kalau
ikut route bas di atas, kita akan sampai di (Jeti) Nami Island dulu kan? Tapi last
minute aku decide pergi Petite France dulu sebab nak elak crowd. Petite France
dibuka pukul 9 pagi, jadi kalau aku sampai awal dalam 9 lebih, confirm orang
masih belum ramai so senang lah nak berposing. Mahal tau aku bayar upah cameraman ni hahahah (harini ada cameraman professional ikut tau) Bajet bajet Che Ta dahni bawak cameraman. Lagipun fikir logik, Petite
France tu kan kecik je tempatnya… kalau dah sesak dengan orang… kau nak
berposing dekat celah mana???
Nami
Island tu pulak, walaupun ramai orang tapi kawasan dia luas. Tak ada masalah
nak bergambar sangat (pendapat aku la) Harap teori aku ni mengena. Kita
tunggu dan lihat saja lah. Satu lagi, aku plan nak lunch dan solat dekat Nami
Island. So kalau tengah hari karang baru sampai sana, cun cun dengan timing aku.
Masa
bas berhenti dekat Nami Island, semua penumpang turun, kecuali aku dengan one old
Korean couple hihihi. Harap harap pilihan aku ni tepat! Bas meneruskan perjalanan
dan sampai di Petite France lebih kurang pukul 940 pagi. Tiket masuk sebanyak
8000won. Masa aku sampai tu memang sunyi sepi, tak ramai orang lagi hahahahah
Petite France
Apa
benda yang best sangat dengan Petite France ni? Takde bende pun, just
‘perkampungan’ ala-ala France dengan binaan bewarna-warni seperti di Eropah.
Lepastu dalam bangunan tersebut ada disediakan pameran pelbagai barang/
kelengkapan/ hasil seni dan budaya yang berkait dengan Eropah. Nak bergambar
best la sebab banyak sudut yang cantik.
Untuk
makluman juga, Petite France adalah lokasi beberapa drama korea popular seperti
MY LOVE FROM THE STAR, BEETHOVEN VIRUS dan RUNNING MAN. Malangnya… aku bukan
penggemar Korea sangat so tak excited pun part itu, biasa je. Lebih excited
dengan kecomelan tempat ni.
Welcome to my (creepy) demonic houseee!
Oppa kacak,
where are you?
Oppa
berduyun duyun datang turun tangga. Tapi oppa tua. Hahahah larikkkk!
Yang ini aku tak ingat dekat bahagian apa. Dia letak patung-patung macam anabelle tu semua dalam kaca...
Bajet bajet menghargai seni lukis.
Sebab takde orang jadi boleh mencapab buat macam studio sendiri berposing bagai.
Linang dan tenang...
Orang dah posing baik punya aunty ni boleh pegi lalu depan buat muka tak bersalah. Ceni arrr. Aiiishhh
Aku
keluar daripada Petite France lebih kurang pukul 1140 pagi, sebab jadual bas
pergi Nami Island adalah 1150 pagi. Sempat singgah beli Banana Milk yang
memuakkan tu dekat mart sebelah bus stop. Perut dah lapar mintak diisi. Mula
mula aku macam nak beli ice cream mango tau, macam sedap je. Tapi tak berani,
takut tak halal. So round round dulu dalam kedai sambil berdoa supaya Tuhan
bagi petunjuk. Last last gerakan hati takpayah beli, beli Banana Milk je.
Dekat
bus stop tu ada Korean jual buah. Dia tanya, Indonesian ke? Aku cakap
Malaysian. Pastu dia cakap MALAYSIA WOLLE! MALAYSIA WOLLE! aku macam , mende
pulak pakcik ni… lepastu baru aku dapat tangkap… OHHHH MALAYSIA BOLEH! haha.
Kawan pakcik tu tanya dia, apemende MALAYSIA WOLLE tu… Aku dengar dia explain
dalam korea macam kononnya Malaysia hebat macamtulah. Hahahah.
Nami Island
OK
dah sampai jeti Nami Island. Kena beli entrance tiket 8000won. Ambik map.
Lepastu
naik ferry dalam 5 minit. Rupa ferry macam kapal angkasa alien LOL. Dalam feri
aku takde nak pergi ambik gambar view ke apa. Aku just kaji map je. Dekat mana
restoran halal yang famous tu. Apa-apa aku nak makan dulu. Benda lain, belakang kira.
Mendarat
di Nami Island pukul 1240 tengah hari.
Turun
je feri, terus jalan cepat cepat pergi restoran. Hahahaha memang aku tak berhenti
kiri kanan ambik pun, aku nak makan je. LAPARRRRR! Restoran tu pulak boleh tahan
jauh, dekat tengah tengah pulau so daripada jeti kena jalan lurus dalam 10
minit baru sampai.
ASIAN CUISINE DONGMOON
RESTAURANT
Restoran
ni luas, seat banyak... tapi masa tu lunch hour so agak penuh (mostly Malaysian)
but, I managed to get a seat. Dia punya service nak ambik order tu macam slow
sikit, aku pulak yang kena panggil panggil waiter. Tapi, tak sampai 10 minit lepas
ambik order makanan dah siap.
Aku
order Spicy Grilled Octopus (10000won)
The
meal consist of – 1) Main dish: nasi putih dengan sotong kurita (dimasak grill
lada) bersama sayur hijau fresh; yang ni semua kena gaul bersama, baru sedap.
2) Side dish: Kimchi, Carrot jeruk (masam), dan Timun jeruk (manis) 3) Egg soup
4) Air sejuk kosong
AND
THIS IS THE BEST MEAL EVERRRR I AM CRYING (sebab pedas huhuhu) sape yang suka
makan pedas memang sangkut gila lah dengan meal ni. Dahla aku berapa hari tak
sentuh nasik. Kimchi dia aku makan habis, timun jeruk pun habis Cuma carrot
jeruk tu rasa pelik sikit. Egg soup tawar tawar je takde rasa.
Lepas
makan baru pergi tingkat atas restoran untuk solat jamak zohor dan asar. Surau
dia luas tau. Memang orang Melayu je dalam tu hehe.
Lepas
selesai solat, barulah keluar untuk explore kecantikan nature Pulau Nami ni.
Untuk makluman , (mengikut map) Pulau Nami ada banyak bahagian – ada bahagian
maple tree, pine tree, gingko tree, tasik teratai dan statues-statues Winter
Sonata. Tempat ni memang cantik...
Pine
tree
Dah
ada pokok maple yang bertukar warna
Masa aku pergi ni... end summer. Tapi tiba tiba ada satu bahagian tu, ada pokok maple yang dah bertukar warna oren/merah. Awal nau korang. Yang lain semua hijau je lagi.
Tasik
teratai
Korang
tahu tak. Aku tak pergi pun statues Winter Sonata yang bercium apa benda tu
semua. Sebab? Aku tak minattt. Dulu masa Winter Sonata keluar dekat TV (masa tu
aku form 1 kot) aku tak melayan pun drama tu, sebab aku tak suka hero dia Bae
Yong Jun eh? hahahha. So, memang tak expect nak habiskan masa mencari statues pun dekat Nami Island ni.
Aku
datang Korea pun takde exsaited sebab Kpop ke apa. Tua tua ni dah tak melayan
Kpop. Dulu adela minat SNSD, SHINEE… Tu pun minat biasa biasa je tak fanatic.
Sekarang dah old and wise. Kpop Kpop sorry makcik tak layan ye…
Aku
naik ferry alien semula pukul 250 petang, lebih awal daripada yang dijangka.
Jangan pelik kenapa tone color gambar lain lain sebab ada yang amik pakai fon, ada yang pakai kamera dan ada yang aku dah edit edit semua. hehe.
Sampai
di daratan pukul 255 petang, sempat masuk G24 MART dekat jeti beli latte 2000won.
Lepastu
naik Gapyeong Tour Bus pukul 315 petang dan sampai Gapyeong Station pukul 320
petang, daripada Nami Island ke Gapyeong Station dalam 5 minit je. Eh. Macam
lain pulak route dia. Pagi tadi macam lama sikit dan banyak menyinggah?
Since
awal, aku cepat cepat pergi jumpa petugas station dan minta tukar tiket tren
balik Yongsan ke masa yang lebih awal. Alhamdulillah dapat tukar. So tak membazir masa.
Ambik tren ITX daripada
Gapyeong Station (328 petang) ke Yongsan (420 petang).
Daripada
Yongsan, ambik metro ke Myeongdong. Balik hostel rehat dulu.
Sebelum
naik ke hostel… sempat lagi beli odeng fishcake dekat gerai yang sama aku beli
tteobokki semalam. Odeng fishcake harganya 2000won secucuk. Nasibla hostel
dekat Myeongdong, terpaksa lalu food street lepastu rasa lapar je manjang.
huhu.
bersambung...