26 May 2011

Review Kungfu Panda & Karak


takde ke sape-sape yang rajin pegi buat review Kungfu Panda @ Karak ha? aku tengah kompius movie mana lagi berbaloi nak tengok...




Kung Fu Panda;

kalau movie katun omputih aku memang dah syak dah. komfem best & lawak punye. jadi samada kau nak melambung dekat tempat duduk sebab gelak gile-gile;





atau 






Karak;

popkong kau yang melambung atas kepala orang sebelah sebab kau terkejut bila hantu keluar.




yang mana lagi best wei?




ps: menyesal aku pergi tengok Nur Kasih. bergenang air mata tu bergenang la jugak, tapi aku tak minat la cite slow feeling-feeling melampau camtu. romatik serius-serius takde lawak ni aku tak berapa sangat. tapi sekarang banyak betui cite best. belum masuk Incidious, Pirates, ai payah nak buat keputusan.  kalau GSC tu bapak aku punye kan best.......... best la sangat. 


best palotak kau. -_-'






22 May 2011

Flying Like a G6



rasa macam terbang melayang-layang di awangan...

tunggu masa untuk landing saja...

penat gilaaa...




like a G6, flying like a G6...










aku cuma nak landing dan tido cepat-cepat...

mengantuknye...

penatnye...







ZZZzzzzZ



19 May 2011

Dilema Nak Keje ke Taknak Keje ?



sekarang cuti semester. tapi aku tak balik rumah lagi. aku ingat sambil-sambil key-in data untuk research final year aku ni, aku nak keje part time... takde la duduk goyang kaki je dekat UPM ni ha. tapi aku dah lama tak balik rumah. :( macam mana? kompiusnye palotak aku pikir nak keje ke taknak... 

bila kompius, terus aku pergi melukis dekat paint. 





KALAU KERJA...




kena mop meja... 







kena sapu lantai... (ceh sebelum ni macam tak pernah sapu lantai?)







kena marah dekat bos... kalau nasib tak baik mungkin kena ketuk dengan sudip...







penat ya amat, berpeluh-peluh di dahi sehingga terpaksa menyapu peluh dengan lengan baju...







selepas penat membanting tulang empat kerat, hasil yang diperolehi cukup untuk beberapa suap nasi cuma...





KALAU TAK KERJA...




boleh bermanja dengan keluarga...







bermalas-malasan sepanjang masa







bereksperimen dengan hobi...







diselimuti masakan yang pelbagai







dan boleh tengok rancangan TV kegemaran....




HA SEKARANG KAU CAKAP, NURUL. 

KAU NAK BALIK RUMAH CEPAT-CEPAT, ATAU KAU NAK DUDUK BEKERJE DEKAT SINI ?





18 May 2011

Manusia Itu Unik



Assalamualaikum, 



for once, i feel like an orange. like one little lucky orange from Chinese New Year hamper. ok bad perumpamaan. nevermind. 








then all in a sudden the orange was crushed and squeezed. and it wasn't one little lucky orange anymore. 








and i start to make jibek face. do you know how jibek face would looks like? jibek face is when, your lips goes longer than your nose. (you're trying to do jibek face right now, right? yes i know)








then you'll start crying. even though you are not a crying person. 








finally, you changed yourself into your favorite baju kelawar, lay down on your bed like sleeping-cat-position, listening to BigBang songs. and cried until you fall asleep, wishing that tomorrow everything will going to be okay. just like that. 

*sorry my last paint doest even look like a sleeping human, but more like a sleeping jerangkung. a little sad sleeping jerangkung in pink baju kelawar. that's it. 



goodnight, ladies and gentleman. 






15 May 2011

Elakkan Dimengintai



this, is my laptop screen. can you see any different than yours?







mai aku fokus dekat-dekat sket... taknampak lagi taktaula...



aku punye webcam. kau nampak aku buat apa dengan webcam aku?



YA, AKU TEPEK SALOTEP DEKAT WEBCAM AKU. 
peliktak? peliktak? harharhar



aku pernah terbaca/tengok dekat mana entah. ada orang tu, dia dapat email daripada anonymous. bila dia bukak, takde pape pun. tapi sebenarnya lepas dia klik OPEN EMAIL, dia punya webcam dah diactivate secara otomatik. kiranya, orang yang hantar email tu boleh nampak dia tengah buat ape... macam hack komputer melalui email la. huuu seram tak? seram gila kan. kalau nak ikutkan aku. dah berapa banyak email SPAM yang aku dah bukak. sape punye keje la pergi jual email address aku, entah manusia ceruk mana-mana hantar SPAM menang loteri la, MLM la, suruh ambik duit orang mati la. macam aku pecaye. 


so kalau aku kena hack tu. selamat la aku daripada kena intai. agak-agak aku tengah tidur terbongkang ke, tengah prektis menari zapin sorang-sorang ke ape... tapi sekarang aku selamat sebab aku dah pasang langsir dekat webcam aku. hahaha. 


entri yang takde motif dan takde pekdah pun, jangan pecaya sangat. keh3. ok bye.



11 May 2011

Room 60, Kenanga


room 60; Kenanga





top floor.

i love my room so much that i was the last person to leave the floor. 

bye-bye bilik lama. huhu. #mukajibek





10 May 2011

Hantu Kak Limah di Bilik



quoted from Wikipedia:


"Paranoia is a thought process believed to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion"


kalau di-translate secara terus paranoid ni bermaksud, pemikiran/kepercayaan kita terhadap sesuatu disebabkan perasaan takut. kita develop certain-certain pemikiran sebab kita rasa tak selamat dan takut. dan satu lagi, paranoid ni kadang-kadang tak rasional. tahap berkhayal je lebih, betul ke tidak entah ke mana... 

aku buat entri ni sebab tibe-tibe teringat, dulu Hanis Zalikha pernah tweet one of her biggest paranoid is "being poke at the eyes with the metal tip of the umbrella" budak Hanis ni kann, kalau bab-bab describing mende-mende tu nak detail aje. mentang-mentang la paranoid terus kasi situasi yang ala-ala movie Saw. so her statement makes me think myself, what is (are) my paranoid(s)?


and yes , I have a few paranoids. and one of them is,




Having Hantu Kak Limah sitting on the bed in my room. 


Bagi sape-sape yang tak tahu, actually aku duduk bilik sorang je semester ni, aku memang takdek roomate. dalam bilik aku tu ada dua katil, tapi satu je pakai. yang lagi satu memang tak sentuh langsung. kecuali aku letak sejadah dengan kain telekung, lepastu kalau member datang buat assignment bilik aku baru diorang lepak dekat katil kosong tu. kalau tidak memang takde maknenye aku nak duduk bertenggek situ. dah aku memang ade katil sendiri kot? orang lain yang takde roomate maybe akan cantum katil supaya jadi QUEEN size baru sedap nak tido, tapi aku malas eh nak mencantum-cantum ni semua...


okayy. errr... SO? 


sorry2. bab mukadimahnye nak panjang aje. ok sambung. aku ni selalu keluar petang, biasanya pergi library takpun keluar berjalan. pukul 9-10 baru balik ke bilik. sah-sahla bilikgelap kan, so setiapkali nak bukak pintu aku memang berdebar-debar sikit (READ: sikit ye, bukan berdebar banyak macam orang sakit jantung tuh) sebab aku takut, bukak je pintu terus ternampak lembage rambut panjang macam hantu kak limah duduk tersengih dekat katil kosong tu. so everytime aku balik malam, bila bukak pintu aku tak mengintai ke dalam dulu. instead aku akan menggagau-gagau cari suiz lampu dulu, baru aku masuk dalam bilik :p gambaran kedudukan lembaga tersebut lebih kurang macam gini:



nilah dia katil kosong dalam bilik aku tu. aku duduk katil sebelah. cuba kau bayangkan, balik je bilik bukak pintu, ternampak kak limah duduk sopan macamni. haa kau nak buat apa? ni cerah takpe lagik. kalau gelap? seram tak seram? 



boleh terima tak paranoid pertama aku? boleh kan. HAHA. aku serius la wei. ingat aku main-main pulak. sebenarnya ada banyak lagi. tapi nantilah rajin sikit aku buat PART 2 pulak. kehkeh. so apakah paranoid korang? haaa jangan nak lari. share dekat comment box. cepattt!




08 May 2011

Happy Mother's Day :)


Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-Ibu di Malaysia. my mek, my ma, mok di kampung, makcik-makcik, mak sedara, dan teristimewa, MIE. 

Thank You for everything <3



daripada kiri (kiri kedua): my mum; my grandma; & my great grandmother. yang kiri pertama tu abaikan. sebok je nak masuk geng mak-mak jugak...


wishing I could be home right now. malas kerja. malas siapkan FYP. aku cuma nak balik rumah dan bergembira dengan family T___T. 


04 May 2011

Diana Mini



the money I earn from blogging has finished! FINALLY. aku order Diana Mini. straight daripada manufacturer, harga dia berganda murah daripada beli dekat blogshop. aku takboleh buat ape-ape! kamera lomo sangat meng-ketagihkan diri aku. plan backpacking (kononnya) kena hold dulu. kena kumpul duit nuffnang pat lima nam ratus dulu, baru boleh pikir balik. entah berapa tahun nak kena tunggu tuh... lima tahun? sepuluh tahun? -_-" balance sikit-sikit tu buat fotostat soal selidik aku punye final year project. habis dahh duit nuffnang aku. HUHU.


officially I'm broke! 







but it's worth it anyways. you do something you like (blogging) earn some money from it, and get something else you admire(analog camera) in return. sekarang aku tengah pikir nak makan ape untuk hari-hari yang mendatang. makan pasir? makan ubi kayu? masalahnye aku nak korek ubi kayu celah mana dekat UPM ni hoiii? sape-sape yang nak ambik aku bekerja jadi amah ke, siram pokok bunga dekat rumah, sape-sape yang ada kedai makan nak cari orang basuh pinggan tu bolehla calling-calling aku eh, pakai phone rumah, boleh? 05-8086577. ok bye.


01 May 2011

Analog Link





DIANA SPLITZER DIY (FILM CAP)








Review Never Say Never Justin Bieber 3D



sorry entri Justin Bieber lagik -___-"
tak suke sila klik X sekarang.




aku sempat (menyempat aje!) pergi menonton movie Never Say Never Justin Bieber 3D. memang nak mampos, dasar menempah maut betul keluar tengok wayang sehari sebelum exam -_-" and YES, i go out aloneeee! sebab hasil kajian aku terhadap member-member aku (i know you guys Nadia Syida Zue you are reading this) samada tak kenal atau tak minat langsung Justin Bieber. so aku pergilah senyap-senyap. HAHAHA kemain beriye eh? biaselah #bieverfever. 


berasap poket aku beli tiket. first time aku tengok 3D. and my first 3D experience is with Justin BIeberrrr *screams* since it's weekdays memang tak ade orang pun dalam panggung. yang ada cuma budak-budak matsaleh kecik-kecik 5-6 tahun (rombongan ke ape?) and this lovely old chinese couple. mana ada budak-budak datang tengok, hari sekolah kot... aku je orang tua ganyut yang minat justin bieber. kan aku dah kate aku beriye. HAHA.




4 BINTANG SETENGAH


serius movie ni BEST GILAAA. maybe korang cakap aku bias sebab aku minat Justin Bieber tapi memang best, lantak korang la percaya ke tidak. Never Say Never ni biography movie, dia cerita macam mana life si kecik ni daripada kecik sampailah dia glemer sekarang. makbapak dia bercerai masa dia baby lagi, lepastu dia tinggal dengan mak dia. daripada kecik dia minat menyanyi. at the same time dia ada bakat main dram, gitar, piano. sebelum dia diambik jadi artis, dia menyanyi tepi jalan je kauuu, dengan gitar dia, yang bila orang tengok, orang baling-baling duit dalam topi tu. sampailah PA dia sekarang jumpa dia dan kenalkan dekat Usher. lepastu lajuu le mencanak naik jadi glemer. 


sangat inspiring movie ni. semua video masa dia kecik-kecik dulu dirakam oleh family dia sendiri. tak boring pun, sebab sekejap-sekejap mesti diselitkan dengan konsert dia dekat Madison Square Garden aku paling suka scene slow motion dia flip rambut dia tuh. EPIC! lepastu masa atas tour bus dia study Chemisty, Biology semua. buku Campbell kot? scene peminat fanatik dia pun aku suka jugak. sampai termenangis, berjejeh-jejeh air mata sebab gembira tengok Justin Bieber, minat melampau-lampau. tapi satu shot yang paling lawak masa fans dia buat simbol love ramai-ramai:



macam rupa tengah buat penyembahan pemujaan pun ade. fanatik gila -___-"


kesimpulannya, aku nak tengok sekali lagi. sape yang banyak duit tu tolongla belanja aku. takdapat 3D, 1D pun bolehlaaaa pleaseeeeee? tapi dekat TGV dahtakde dah kot movie neh? dah ganti cite lain


Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE