03 February 2021

Jeju Island Spring Day 2

 

Hari kedua, aku akan check out dan bergerak daripada Jeju City ke Seogwipo di bahagian selatan pulau Jeju. Aku akan stay selama 2 malam di Seogwipo.



Pagi tu aku check out dan berjalan kaki ke Jeju Bus Terminal.

Jeju Bus Terminal - Halla Hospital 
Halla Hospital - Seogwipo

Dekat stop Halla Hospital tu aku change into Limosin Bus to Seogwipo. Harganya 5000 won untuk perjalanan selama 1 jam setengah. Bus ni macam mahal tapi kenapa aku naik bas ni ye... Sangat meragukan. Biasa kalau travel backpacking memang aku akan pilih option paling murah haha. 



Perjalanan daripada Jeju City ke Seogwipo



Limosin bus ni ada route dia sendiri (bermula dari Airport) dan akan stop dekat hotel-hotel utama di bahagian Seogwipo. Aku turun dekat Kyungnam Hotel stop, iaitu kawasan terdekat dengan hotel yang aku akan stay nanti. 

Hostel yang dibooking untuk 2 malam di Seogwipo adalah Choi Hostel Lady



Mula-mula tersalah masuk hostel ni.




The real hostel is this building yang tak jauh sangat dari hotel tadi (gambar daripada booking.com)



6 Bed Female Dorm, 28000 won (2 nights)
Bathroom attached inside the dorm✅

Sepanjang 2 hari menginap dalam dorm ni memang aku sorang je tak ada occupant lain. 



Daripada hostel aku naik semula limosin bus ke International Convention Centre (ICC)  Jeju yang merupakan pintu masuk ke Jusangjeolli Cliff. 

Bayaran masuk adalah 2000 won dan nak sampai dekat viewing point tu kena menapak dalam jarak lebih kurang 1 km. Pose pose ni 1 km tu lemau weiii. 



But its worth it. Fresh ocean breeze. 




Apekebenda kah Jusangjeolli Cliff ini? Ia merupakan batu-batu volcanic yang terbentuk daripada lava Gunung Hallasan yang mengalir ke laut.


Boleh nampak tak viewing deck dekat sebelah kiri atas tu? Nampak kecil sahaja orang orangnya kan. 



Aku tak lama dekat sini. Kawasannya ICC ni dalam taman, cantik dan terjaga. 



Cuma bila aku godek galeri kenapa la gambar aku semua macam ni. Tak ada gambar yang tunjuk larger view of the place. Semuanya gambar dekat dekat macamni. Teruknya skill fotografi.




Walaupun dah masuk penghujung spring tapi bunga-bunga masih banyak berkembang di seluruh Jeju. Dekat tepi - tepi jalan pun ada bunga cantik cantik pelbagai jenis.



Daripada ICC tadi aku naik bas semula ke stop Jungmun Resort Tourist Complex. Dekat sini ada kedai kedai, cafe dan attractions. 


Entah macam mana aku tertarik nak masuk ke dalam Ripley Believe It or Not Museum ni. Padahal tak ada dalam list pun. Bayaran masuk 12000 won. Masa tu dah start hujan dan aku nak berteduh so masuk ler dalam ni.



Ruang pameran di dalamnya ada dua tingkat, tak terlalu luas. Bagi aku satu jam setengah dah memadai untuk melihat keseluruhan kawasan kalau kau bukan jenis nak bergambar sangat... Siapa yang tengok Ripleys Believe It or Not dalam TV dulu pasti dah boleh agak konsep pamerannya macam mana. Ada unsur seram, benda pelik dan rare. teknologi futuristik, sejarah, budaya dan seni yang unik...



Kereta ni ditampal dengan duit syiling emas...




Ni bahagian budaya/ culture...



Simulasi hukuman kerusi letrik - patung akan bergerk bila ada orang lalu dekat situ.



Hasil seni diperbuat daripada tampalan kertas



Hasil seni daripada roti bakar.



Korang tahu tak, aku berjalan ke hulu ke hilir  dengan backpack besar ni tau. Sebab tak bawak smaller bag. Smaller bag yang aku bawak adalah bag PVC Karnival IPTA yang dapat free tu. Yang galas kat bahu tu 😂😩😭 Lagila teruk kalau bawak beg tu ke hulu ke hilir. Trip Jeju ni memang cincai sangattt. 




Pandangan daripada atas. Tak ramai sangat pun orang dalam ni, boleh ambik gambar dan tengok pameran dengan tenang. 



ok selesai...



Sebelum balik hotel sempat masuk Olive & Young beli lip balm for only 3000 won. Olive & Young ni rangkaian farmasi & kosmetik macam Watsons kat Malaysia. Kemudian cuci mata masuk 7E...



BTW, dekat area Jungmun Tourist Complex ni juga ada Teddy Bear Museum, Waterfalls (tak pergi sebab hujan), and satu lagi aku tak ingat dia museum KPOP tapi memang aku tak minat nak melawat sebab semuanya berbayar. Dekat Jeju ni hampir semua attractions walaupun nature sightseeing ada tiket masuk ya!




Ok naik bas daripada sini untuk balik ke hotel. Aku dah penat... Nak rest dan get ready berbuka je. 



Sampai hotel, rupanya kitchen tak boleh digunakan untuk memasak sebab tak ada gas! Adui. Aku pun sebenarnya tak tahu nak masak apa sebab tak ada lauk basah pun haha. 

So aku keluar ke convinience store berdekatan dan beli iced latte, telur rebus dan nasi putih. Makan dengan bekal serunding... Combine dengan buah peach sebagai pemanis mulut. Makan dekat kitchen tapi seram sebab tak ada orang lain. 


Ok selesai hari kedua... Malam ni boleh rehat dan tidur awal...



02 February 2021

Jeju Island Spring Day 1

Assalamualaikum!

After another 2 years since the last post, I'm back! Rasanya nak blogging balik. Ada beberapa trip 2-3 tahun yang belum masuk blog lagi. Bukannya apa, haritu entah macam mana aku terbaca entri-entri travel yang lama.... Eh seronoknya baca penulisan sendiri... terhiburnya... haha. Yang paling penting aku boleh recall balik the moments and the details of the trip. Kalau dibiarkan macam tu je... 5, 10 tahun lagi mungkin akan lupa terus. So I guess it should be kept somewhere... yang aku boleh rujuk balik di kemudian hari. 


*************************************


Entri kali ni nak bercerita tentang trip ke Jeju Island, South Korea selama 5 hari di bulan Ramadhan, tahun 2018 dengan bajet RM1312 sahaja. 



Flight depart daripada KLIA2 jam 650 pagi dan touch down di Jeju Airport jam 150 petang waktu tempatan. 



Sampai di Airport, aku terus ambil bas ke bus stop Hankook Hospital untuk check in hostel. Hostel aku untuk first day dekat area hospital ni. 

Sepanjang 5 hari ni main transportation aku adalah bas dan kudrat kaki sendiri sahaja... Tak mampu dan tak berani nak sewa drive kereta sendiri. Nasib la. Harap semuanya dipermudahkan... 


YEHA Guesthouse 

6 Bed Female Dorm Room (19000 won/ night)



Direction to Guesthouse: Take bus number 315, 331, 332, 343, 465-2 bus (1,200KRW) at gate no.2 of the 1st floor, Jeju airport and get off at Hankuk Hospital (next to Jeju bus terminal). From there, it is a 2 minute-walk.


Hostelnya dekat small alley dekat sahaja dengan Jeju Bus Terminal dan bus stop, so senang nak bergerak ke mana-mana. Bilik kecil tapi bersih dan selesa. Paling penting washroom/toilet attached in the room. Very convenient.


Lepas setelkan urusan di hostel, aku keluar semula untuk ke Yongyeon Pond. Tapi aku tak ingat naik bas ke jalan kaki haha. Lama dah.



Ini lah pond nya. Biasa biasa sahaja.




Lepastu aku berjalan lagi... Hasrat nak ke Dongmun Market. Tengok dalam map macam dekat. 
Tapi... entahla hahaha



Lepas perjalanan yang jauh dan panjang, akhirnya sampai juga ke Dongmun Market.



Pasar basah je... hehe. Tapi katanya pasar ni antara yang terbesar di Jeju. Plan nak cari seafood mentah untuk dijadikan lauk berbuka nanti. Kita tengoklah sape yang kena ya.



Pelbagai jenis ikan



Ikan kena gilis pun ada. Hmmmm....



Sashimi (ikan mentah kan?) siap dipek bersama sos pencicah.



Lepas meninjau kawasan akhirnya aku beli sotong 3 ekor dengan harga 4000 won.



Buah buahan pun banyak dijual terutama buah limau. Jeju memang popular dengan buah limau nya. 



Beli orange juice dalam botol 2000 won untuk berbuka. 



Waktu petang dah, orang pun dah tak ramai. 



Ni masuk area baju. Tapi aku tak beli pape. Cuci mata je. 




Tak silap aku masa aku dekat Jeju ni tempoh berpuasa lebih kurang dekat Malaysia je. Imsak dalam pukul 5 lebih... berbuka pukul 7 lebih... Tak ada beza sangat pun. 

Sebelum sampai hostel sempat menyinggah 7E beli air mineral dan nasi putih dalam pek.



The good thing about this hostel is, dia punya shared kitchen ada separate utensils for muslims. Dia dah asing sesiap, maybe sebab dah ramai Malaysians/ Indonesians yang datang Jeju ni. 

Pukul 10 malam lepas siap mandi, solat, rehat baring semua barulah aku turun untuk masak dinner. Aku malas nak bersesak dekat dapur masa orang tengah ramai.



Sotong yang aku beli aku potong dan gaulkan dengan perencah ikan bakar Adabi. Lepastu aku stir fry atas pan. Adoi bau dia... sedap wehhh. Aku dahla lapar gila. Tadi berbuka dengan air je. Lepastu panaskan nasi putih 7E dalam microwave. 



Tadaa! Ni lah hasilnya. Sotong bakar dengan nasi putih. Sotong grill tu rasa lembuttt sangat I'm crying. Alhamdulillah kenyang. Sekali dengan sahur dah ni. 


Okey selamat malam... Esok pulak.



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE