Harini
aku lewat bersiap. Pukul 9 pagi baru keluar. CONSIDERED VERY LATE.
Plan harini
free & easy around Seoul. Takde rushing rushing.
Destinasi
pertama; National Museum of South Korea
Daripada
Myeongdong naik metro ke Inchon ye. Terus sampai pintu museum. Yang bestnya,
museum entrance is FREE OF CHARGE! Kat Korea ni aku perasan banyak attraction
yang free, museums dia kebanyakan free tak macam dekat Jepun semua benda nak
berbayar.
Museum
dia sangat besar dan luas. Dalam dibahagikan kepada beberapa sections, dan ada
3 tingkat. Aku tak melawat semua pun. Actualy aku bukannya baca pun
descriptions dia semua tuh hahahaha kau ingat aku rajin sangat ke?
Aku
suka pergi museum sebab nak tengok design, architecture dan dia punya susun
atur barang barang dekat dalam... gah ke tak gah.
Most museum mesti ada pasu ingat aku tak perasan ke HAHA. belakang rumah atuk
aku dekat kampung ada banyak bijik pasu macamni.
Kawasan
sekitar museum ni cantik, sebab ada Mirror Lake. Very worth visiting. Cuma gambar ni nampak gelap sikit sebab lighting kamera tak cantik.
Daripada
Inchon, aku bergerak naik metro ke Hyohyoen untuk ke Namdaemun Market. Nak shopping souvenirs, sebab dengar kata
souvenir sini paling murah.
Namdaemun
Market is soooo luas, terlalu banyak lorong yang boleh membuatkan kita sesat
sebab soooo many shops and gedung, wholesale or retail. Kalau tersilap masuk
bahagian wholesale pastu dia tengok kita bawak beg beg plastic dia memang tak
layan sebab dia entertain orang beli borong je.
Hanbok comel untuk baby dalam RM60 ke atas... Nak beli pun takde anak lagi hewhew
Barang barang Kpop pun banyak tapi too bad I came bila minat Kpop dah layu. So takde la mengusyar apa apa...
Hanbok comel untuk baby dalam RM60 ke atas... Nak beli pun takde anak lagi hewhew
Hasil
tangkapan – TSHIRT ILOVE KOREA aku dapat harga 10000won untuk 3 helai, magnet
boleh dapat dalam 5000-1000won sepaket, aku ada beli Swarovski brooch, dan mask
Nature Republic. Mende entah beli dekat Namdaemun. Padahal dekat Myeongdong
masuk keluar outlet tak beli beli jugak. Mask tu aku dapat harga 9500won untuk
10pcs + 10pcs and dapat lagi satu free, soooo cheap kalau dekat Malaysia
sekeping mask dah RM5 – RM7 okey!
Aku beberapa kali singgah Tourist Centre (ada 2 kalau tak silap) untuk mintak direction sebab aku pening dengan tempat ni. Baik kita tanya awal, daripada sesat sesat dan membazir masa. Daripada
Namdaemun Market, boleh jalan kaki sahaja ke Myeongdong. Dekat je Tak payah
susah susah naik metro.
Kemudian singgah Seoul Central Post Office kirim poskad dekat diri sendiri and bestfriend. Poskad beli dekat Dongdaemun tadi murah boleh dapat 1000 won je kot sekeping.
Lepastu,
masuk ke area Myeongdong dan cuba teka aku pergi mana??? hehe this is one of
the highlight of my trip… Myeongdong Cat
Café! Location tak reti ah nak cakap, pandai pandai lah google ye. Dia
dekat tingkat 3 bangunan.
Bayaran
masuk 9000won quite expensive tapi included with drinks , korang boleh pilih
daripada menu yang ada. Aku sampai dalam pukul 130 petang lebih kurang, masa aku
masuk tu takde orang… its just me and the cats YAY!
Tapi yang takbestnya tak boleh dukung kucing. Boleh petting je (usap usap dia) kalau bernasib baik dan hati kau ikhlas, dia yang akan datang pada kau hahahah.
Tapi yang takbestnya tak boleh dukung kucing. Boleh petting je (usap usap dia) kalau bernasib baik dan hati kau ikhlas, dia yang akan datang pada kau hahahah.
Contohnya kucing yang ini... besar gila tahu tak. Aku rasa yang paling besar dalam cafe tu... Mula mula aku pergi usya dia macam tengah rehat tapi tak tido, aku usap usap kepala dia sampai dia high lepastu sekejap tu dia bangun duduk atas riba well… feeling macam ratu kucing sekejap hahaha.
Amboi buruknya gaya tidur... Sampai terkangkang...
Amboi buruknya gaya tidur... Sampai terkangkang...
Cat
Café ni best gilaaa nak mampus sebab ada banyak kucing dari baka rare yang kita
tak jumpa senang senang dekat belakang rumah.
This one is so pretty...
And this one too. Lebatnya jambang kau dik...
Sekor sekor kepala besar dahla kepala berbentuk bulatan lepastu tengkuk dia macam tenggelam dalam kegemukan hahahah aku takjub gila tengok.
Jauh termenung, ingat kampung kerrr???
Setiap kucing dipakaikan dengan bandana dekat tengkok, kalau yang ber bandana color merah, pekerja dia dah pesan awal awal, kena hati hati sebab diorang jenis yang ganas sikit suka cakar cakar.
Kat dalam ni jugak, kita kena pakai selipar khas yang disediakan dan beg dimasukkan dalam plastik untuk kebersihan. Yang bestnya... ada free WIFI ^_^
Kesimpulannya
Cat Café ni sangat best kalau boleh aku nak stay sampai ke malam tapi itulah
karang tak jadi keje pulak. Awalnya aku berkira kira samada nak pergi Cat Café
ataupun Hello Kitty Café.
Bila ditimbang balik… antara kucing real dengan kucing menipu, kau nak yang mana??? Ofkosla kucing real kan??? HAHA. Ternyata aku telah membuat pilihan yang sangat bijak!.So lepas 2 jam melepak, pukul 4 aku keluar dan balik ke hostel…
Bila ditimbang balik… antara kucing real dengan kucing menipu, kau nak yang mana??? Ofkosla kucing real kan??? HAHA. Ternyata aku telah membuat pilihan yang sangat bijak!.So lepas 2 jam melepak, pukul 4 aku keluar dan balik ke hostel…
Solat
dan rehat kejap.
Kelaparan mula menjengah… (Sentiasa kebuluran)
bersambung...
Kelaparan mula menjengah… (Sentiasa kebuluran)
bersambung...
3 comments:
comelnya si meow tu...
Selamat Tahun Baru Syahira Mansor.
Tahniah!
Blog itik telah terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.
nak pegi korea lagiiii
Post a Comment