26 December 2017

South Korea Summer Day 4 – Nami Island & Petite France


Anyeong Haseyo!


Kita teruskan lagi perjalanan hari ini ke daerah Gapyeong untuk melawat Nami Island dan Petite France ya... 


1) Daripada Myeongdong, aku ambik metro terus ke Yongsan station

2) Daripada Yongsan station, naik tren ITX ke Gapyeong station (5200won)


Tren ITX ni bukan setiap masa kekerapan dia, ada timing dan tak kerap macam metro. Aku ambik the earliest ITX train pukul 800 pagi dari Yongsan (untuk mengelakkan crowd) dan sampai di Gapyeong pukul 852 pagi. Pemandangan sepanjang tren memang cantik. Aku Cuma terbayang kalau datang masa spring atau autumn… hmmm…


Sampai di Gapyeong, aku terus beli tiket balik ke Yongsan semula petang karang. Aku ambik Gapyeong ke Yongsan (tren pukul 428 petang) dengan harga 5300won. Beli pakai machine, ada petugas yang membantu.




Kemudian, daripada stesen Gapyeong terus ke bus stop di hadapan stesen untuk ambik Gapyeong Tour Bus untuk ke Nami Island, Petite France dan lain lain attractions. Harga asal tiket adalah 6000won untuk one day bus pass (unlimited ride) tapi since aku pakai baucer KTO, dapat discounted price at 2500won sahaja. Gapyeong Tour Bus pun ada timing dia, bukan sepanjang masa ya… Jadi rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin. Sila google jadual bas yang paling latest...


Gapyeong Station – Railbike – Jaraseom – Nami Island – Petite France – Cheongpyeong Terminal – Cheongpyong Station – Morning Calm Arboretum


Untuk pergi ke Nami Island menggunakan Gapyeong Tour Bus, korang kena tunggu bas di sebelah stesen ye, takpayah rajin nak cross jalan pergi tunggu dekat bus stop sebelah sana. Bas sampai ikut timing, pukul 910 pagi. Masa naik, tunjukkan baucer bas dan bayar 2500won kepada driver. Bas tak penuh pun. Ada lah dalam separuh bas. Mungkin sebab masih awal dan bukan musim popular. Menurut bacaan aku, kalau peak season autumn... bas tu penuh dan padat sampai ada yang kena berdiri.


Kalau ikut route bas di atas, kita akan sampai di (Jeti) Nami Island dulu kan? Tapi last minute aku decide pergi Petite France dulu sebab nak elak crowd. Petite France dibuka pukul 9 pagi, jadi kalau aku sampai awal dalam 9 lebih, confirm orang masih belum ramai so senang lah nak berposing. Mahal tau aku bayar upah cameraman ni hahahah (harini ada cameraman professional ikut tau) Bajet bajet Che Ta dahni bawak cameraman. Lagipun fikir logik, Petite France tu kan kecik je tempatnya… kalau dah sesak dengan orang… kau nak berposing dekat celah mana???


Nami Island tu pulak, walaupun ramai orang tapi kawasan dia luas. Tak ada masalah nak bergambar sangat (pendapat aku la) Harap teori aku ni mengena. Kita tunggu dan lihat saja lah. Satu lagi, aku plan nak lunch dan solat dekat Nami Island. So kalau tengah hari karang baru sampai sana, cun cun dengan timing aku.



Masa bas berhenti dekat Nami Island, semua penumpang turun, kecuali aku dengan one old Korean couple hihihi. Harap harap pilihan aku ni tepat! Bas meneruskan perjalanan dan sampai di Petite France lebih kurang pukul 940 pagi. Tiket masuk sebanyak 8000won. Masa aku sampai tu memang sunyi sepi, tak ramai orang lagi hahahahah


Petite France



Apa benda yang best sangat dengan Petite France ni? Takde bende pun, just ‘perkampungan’ ala-ala France dengan binaan bewarna-warni seperti di Eropah. 





Lepastu dalam bangunan tersebut ada disediakan pameran pelbagai barang/ kelengkapan/ hasil seni dan budaya yang berkait dengan Eropah. Nak bergambar best la sebab banyak sudut yang cantik.




Untuk makluman juga, Petite France adalah lokasi beberapa drama korea popular seperti MY LOVE FROM THE STAR, BEETHOVEN VIRUS dan RUNNING MAN. Malangnya… aku bukan penggemar Korea sangat so tak excited pun part itu, biasa je. Lebih excited dengan kecomelan tempat ni.




Welcome to my (creepy) demonic houseee!




Oppa kacak, where are you?




 Oppa berduyun duyun datang turun tangga. Tapi oppa tua. Hahahah larikkkk!






Yang ini aku tak ingat dekat bahagian apa. Dia letak patung-patung macam anabelle tu semua dalam kaca...





Bajet bajet menghargai seni lukis. 




Sebab takde orang jadi boleh mencapab buat macam studio sendiri berposing bagai.




Linang dan tenang...




Orang dah posing baik punya aunty ni boleh pegi lalu depan buat muka tak bersalah. Ceni arrr. Aiiishhh




Aku keluar daripada Petite France lebih kurang pukul 1140 pagi, sebab jadual bas pergi Nami Island adalah 1150 pagi. Sempat singgah beli Banana Milk yang memuakkan tu dekat mart sebelah bus stop. Perut dah lapar mintak diisi. Mula mula aku macam nak beli ice cream mango tau, macam sedap je. Tapi tak berani, takut tak halal. So round round dulu dalam kedai sambil berdoa supaya Tuhan bagi petunjuk. Last last gerakan hati takpayah beli, beli Banana Milk je.


Dekat bus stop tu ada Korean jual buah. Dia tanya, Indonesian ke? Aku cakap Malaysian. Pastu dia cakap MALAYSIA WOLLE! MALAYSIA WOLLE! aku macam , mende pulak pakcik ni… lepastu baru aku dapat tangkap… OHHHH MALAYSIA BOLEH! haha. Kawan pakcik tu tanya dia, apemende MALAYSIA WOLLE tu… Aku dengar dia explain dalam korea macam kononnya Malaysia hebat macamtulah. Hahahah.


Nami Island

OK dah sampai jeti Nami Island. Kena beli entrance tiket 8000won. Ambik map.




Lepastu naik ferry dalam 5 minit. Rupa ferry macam kapal angkasa alien LOL. Dalam feri aku takde nak pergi ambik gambar view ke apa. Aku just kaji map je. Dekat mana restoran halal yang famous tu. Apa-apa aku nak makan dulu. Benda lain, belakang kira.

Mendarat di Nami Island pukul 1240 tengah hari.

Turun je feri, terus jalan cepat cepat pergi restoran. Hahahaha memang aku tak berhenti kiri kanan ambik pun, aku nak makan je. LAPARRRRR! Restoran tu pulak boleh tahan jauh, dekat tengah tengah pulau so daripada jeti kena jalan lurus dalam 10 minit baru sampai.

ASIAN CUISINE DONGMOON RESTAURANT

Restoran ni luas, seat banyak... tapi masa tu lunch hour so agak penuh (mostly Malaysian) but, I managed to get a seat. Dia punya service nak ambik order tu macam slow sikit, aku pulak yang kena panggil panggil waiter. Tapi, tak sampai 10 minit lepas ambik order makanan dah siap.

Aku order Spicy Grilled Octopus (10000won)



The meal consist of – 1) Main dish: nasi putih dengan sotong kurita (dimasak grill lada) bersama sayur hijau fresh; yang ni semua kena gaul bersama, baru sedap. 2) Side dish: Kimchi, Carrot jeruk (masam), dan Timun jeruk (manis) 3) Egg soup 4) Air sejuk kosong




AND THIS IS THE BEST MEAL EVERRRR I AM CRYING (sebab pedas huhuhu) sape yang suka makan pedas memang sangkut gila lah dengan meal ni. Dahla aku berapa hari tak sentuh nasik. Kimchi dia aku makan habis, timun jeruk pun habis Cuma carrot jeruk tu rasa pelik sikit. Egg soup tawar tawar je takde rasa.


Lepas makan baru pergi tingkat atas restoran untuk solat jamak zohor dan asar. Surau dia luas tau. Memang orang Melayu je dalam tu hehe.


Lepas selesai solat, barulah keluar untuk explore kecantikan nature Pulau Nami ni. Untuk makluman , (mengikut map) Pulau Nami ada banyak bahagian – ada bahagian maple tree, pine tree, gingko tree, tasik teratai dan statues-statues Winter Sonata. Tempat ni memang cantik...





Pine tree




Dah ada pokok maple yang bertukar warna





Masa aku pergi ni... end summer. Tapi tiba tiba ada satu bahagian tu, ada pokok maple yang dah bertukar warna oren/merah. Awal nau korang. Yang lain semua hijau je lagi. 






Tasik teratai





Korang tahu tak. Aku tak pergi pun statues Winter Sonata yang bercium apa benda tu semua. Sebab? Aku tak minattt. Dulu masa Winter Sonata keluar dekat TV (masa tu aku form 1 kot) aku tak melayan pun drama tu, sebab aku tak suka hero dia Bae Yong Jun eh? hahahha. So, memang tak expect nak habiskan masa mencari statues  pun dekat Nami Island ni.


Aku datang Korea pun takde exsaited sebab Kpop ke apa. Tua tua ni dah tak melayan Kpop. Dulu adela minat SNSD, SHINEE… Tu pun minat biasa biasa je tak fanatic. Sekarang dah old and wise. Kpop Kpop sorry makcik tak layan ye…





Aku naik ferry alien semula pukul 250 petang, lebih awal daripada yang dijangka. 


Jangan pelik kenapa tone color gambar lain lain sebab ada yang amik pakai fon, ada yang pakai kamera dan ada yang aku dah edit edit semua. hehe. 


Sampai di daratan pukul 255 petang, sempat masuk G24 MART dekat jeti beli latte 2000won.


Lepastu naik Gapyeong Tour Bus pukul 315 petang dan sampai Gapyeong Station pukul 320 petang, daripada Nami Island ke Gapyeong Station dalam 5 minit je. Eh. Macam lain pulak route dia. Pagi tadi macam lama sikit dan banyak menyinggah?


Since awal, aku cepat cepat pergi jumpa petugas station dan minta tukar tiket tren balik Yongsan ke masa yang lebih awal. Alhamdulillah dapat tukar. So tak membazir masa. 


Ambik tren ITX daripada Gapyeong Station (328 petang) ke Yongsan (420 petang). 

Daripada Yongsan, ambik metro ke Myeongdong. Balik hostel rehat dulu.



Sebelum naik ke hostel… sempat lagi beli odeng fishcake dekat gerai yang sama aku beli tteobokki semalam. Odeng fishcake harganya 2000won secucuk. Nasibla hostel dekat Myeongdong, terpaksa lalu food street lepastu rasa lapar je manjang. huhu. 


bersambung...


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE