PAGES

17 July 2017

#siblingsgoal Trip Sabah (Day 1) - Kundasang



Mukadimah (skip pun takpe) 

Punyalah susah payah nak set trip dengan adik sorang ni. Sebab masing-masing busy. Aku busy sekolah, dia busy final year degree dekat UNIMAS. Tiba tiba terjumpa long weekend. Bolehla buat trip adik beradik sementara dia masih ada dekat Sarawak ni ha. Lepas raya dia balik Kelantan buat praktikal lepastu tunggu konvo dah. 

Sebenarnya aku cadangkan pergi tempat lain. Tapi adik aku ni beria nak pergi Sabah. Aku dah backpack Sabah dulu. Tapi takpelah. Kali ni pergi Kundasang pulak. Buat #siblingsgoal trip. Kebetulan aku check harga tiket Airasia Kuching - KK agak okey RM180 return, terus beli. hehe.

Dan hari-hari pun berlalu dalam kesibukan… 

Sibuk sampai aku bagitahu adik aku takpayah berharap sangat sebab trip mungkin tak jadi, and aku pun takde nak booking accommodation ke, kereta ke apa semua. Tapi... last last, jadi jugak YAY! 

Aku drive ke Kuching hari Jumaat. Tumpang tido sekejap rumah kawan adik aku dan awal pagi esoknya pukul 4.30 dah bertolak ke Kuching Airport.




Flight Kuching (6.05 pagi) sampai KK (7.30 pagi) awal gila okeh!



KK ARRIVAL

Sampai KK, kitorang blurr. Nampak kedai Dunkin Donut. Beli donut sekotak. Pastu baru terpikir. Weh, kereta macam mana? Kereta belum booking. Dekat airport baru nak mesej-mesej tanya. Nak myvi or axia tapi dapat Saga yang ada, rate RM120 sehari. OK lah. Nak demand demand karang lagi lama nak kena tunggu dekat airport. Aku mesej dalam pukul 830, dan agen tu bagitahu dia akan sampai dalam 930. Sape suruh last minute kan, itu pun nasib baik ada kereta. 

Sejam melangut tunggu kereta sambal makan donut. Dan dan pulak hujan. Ya Tuhan… Macam mana nak berjalan ni? Harap-harap hujan akan cepat reda.

Bila kereta sampai, masing-masing terkejut. SAGA BARU WEH! hahaha. So shining & glossy… Warna biru pulaktu, cun gila. Meter baru 14k. Nak bawak pun menggigil. Tapi adik aku yang bawak sebab semalam aku dah drive 5 jam dari Kabong ke Kuching. 

Itupun sebelum keluar bandar KK dia bawak slow, 

Aku tanya “…apesal slow. laju la sikit” 

“Excess damage RM1500 Nuru…” (Excess damage tu maksudnya kalau ada kemalangan / kerosakan pada kereta, penyewa kena bayar RM1500 fix price pada owner.) 

and I was like, “Oh… ye ke. okey okey. Bawak macam ni okey lah” HAHAHA

After one hour driving, he started to nag… 
“Nuru aku letihlaa… Nuru aku sakit tangan… Nuru aku nak muntah…” 
Serabut aku. Padahal kereta auto je pun. Aku boleh drive, tapi kalau dilayan kehendak dia tu nanti dia jadi pemalasss. Aku biarkan je. 

“Bawak jelahhh. MU JATE KO PONDEYYY HENN?!!!” 

“Pondeyyy......” YA ALLAH ADIK AKU. hahahah



KOTA KINABALU- TAMPARULI - PEKAN NABALU - KUNDASANG - RANAU



Jambatan Tamparuli kitorang tak singgah. Lalu je. Ada jambatan gantung dia tu. Kalau banyak masa boleh la singgah...




Lepas Tamparuli, dah masuk kawasan berbukit yang makin tinggi. Jalan pun dah kona kona, kena bawak di bawah 60kmj. Kalau korang taknak masuk dalam gaung lah.




Kabus pun agak tebal, keluar masuk kabus je.



PEKAN NABALU




Kemudian sampailah kitorang dekat Pekan Nabalu. Actually dekat sini ada banyak pasar jual barang-barang local handmade. Souvenirs. Harga lagi murah dari KK tapi pilihan agak terhad. Sekejap sekejap hujan, nak berjalan pun tak berapa best.




Berlagak YB check kawasan is a must! 


Lunch dekat Restoran Nur Café. Order Nasi Goreng Patayya. Ok rasa dia. Anjing besar berkeliaran dekat tepi kedai, itu perkara biasa. Aku agak terhibur tengok anjing buat muka lucu tunggu makanan free dekat tepi kedai. Tapi dia tak kacau, gesel gesel ke, takde. Cuma dia berdiri tegak macam nak menyanyi lagu Negaraku je haha. 

Dekat sini ada pelantar yang mana korang boleh tengok view Gunung Kinabalu sejelas jelasnya… Tapi sebab hujan, keadaan jadi berkabus putih tak nampak apa. Kalau ambik gambar tunjuk dekat orang kampung pun, people will be like… weh kau ambik gambar apa macam syok sendiri je haha. Memang putih je...




Blerghhh esok cuba lagi k. 


Kitorang duk semalam je dekat Kundasang, nanti esok balik dah. Perjalanan balik tengoklah macam mana kalau view okey boleh singgah lagi ambik gambar. 

Lepas Pekan Nabalu, aku sambung drive pulak sampai bandar Kundasang. Dalam itinerary sepatutnya singgah Kinabalu Park, tapi dah hujan… kau nak park macam mana? Bertabahlah harap harap esok ada sinar bahagia untuk kami adik beradik! 




Dalam 40 minit drive dari Pekan Nabalu, akhirnya sampai Kundasang. Dekat Kundasang tak hujan (tapi masih berkabus). Kitorang nampak scenery cantik tepi jalan terus, weh berenti weh berenti. Masya Allah so so so beautiful. Tak sangka tengah bercuti dalam Malaysia...




Ambik gambar tanpa mengira faktor persekitaran lagi. Pedulikan orang! haha



Adik aku ni bila aku cakap, EH SINI BACKGROUND CANTIK JOM AMBIK GAMBAR... masalahnya dia yang akan pergi situ posing dulu instead of me. Lepastu bila tengok gambar he’ll be like, Nuruuu YA ALLAH HAHAHA comelnya aku Nuruuu Ya Allah Nuru 

Dasar narcissistic betei.




Effect angin ribut ON POINT, thankyou very much heheee


Lepas ambik gambar tepi jalan tu… pergi Desa Dairy Farm. Ladang lembu yang view macam New Zealand tu. Tempat dia atas bukit, lagi dekat dengan Gunung Kinabalu.




Masa ke situ hujan rintik-rintik jugak, ahh redah je. Kitorang plan nak duduk je situ sampai pukul 4 petang baru check in hostel. Kalau hujan pun bia lah, tunggu sampai hujan berhenti. 



DESA DAIRY FARM



Tiket masuk RM5 seorang dewasa.Dekat gate dia ada air bertakung aku ingat banjir ke apa. Rupanya memang sengaja… air tu ada chemicals untuk disinfect tayar kereta. 




Tempat ni sumpah cantik weh. Tapi, sebab masa sampai hujan… jadi kitorang berkejar masuk dalam building dia dulu. 



Beli gelato RM5.30 sebekas. YANG PUTIH SEDAP GILA. Yang coklat biasa-biasa je. 

Gambar ni… aku nak ambik berlatar belakangkan rumput hijau tu. So kena keluar kejap, masalahnya hujan…. sampai berhujan aiskrim tu demi sekeping gambar. Weh cepat weh kamera dah basah ni. hahaha. Adik aku layan je.

Susu dengan yogurt pun ada tapi kitorang tak beli. Aku kureng sikit susu segar. hehe. 




Yang ni, tempat memproses susu lembu. Boleh tengok daripada atas macam mana diorang buat kerja. 




Dalam setengah jam lepas kitorang sampai… dah siap makan aiskrim semua, hujan macam berhenti. Terus cepat cepat turun bawah. Rasanya kitorang first turun kot, hahaha baru orang lain pun start turun slow slow.




Sepanjang masa aku update lokasi dekat mak through Whatsapp. So I send her this beautiful pic *ekhem ekhem* and guess what my mum said? “Beraninya… nampak sunyi tu” 


So I reply with this picture of my brother tengah ber jomblo happy among the crowds:



 “Meme sangat sunyi.” hahaha




Masya Allah cantik sangat. Ni semua gambar tak edit. Bila orang post Kundasang cantik aku ingat diorang exaggerate je rupanya memang mabeles. 




Dekat bawah ada petting house ke apa. Boleh main/ bagi makan anak lembu & kambing. Kalau nak bagi rumput/ bagi minum susu boleh beli dekat kaunter. Kau tahu tak adik aku kutip sisa rumput dekat lantai je weh buat modal hahahah.




Lembu tu literally kissing my head. Kau dah kenape nak kena buat sup ke.




Satu gaya kasual. 




Satu gaya menunggu zaujah. Blerghhhh.




Lepastu tak hujan dah, boleh jalan jalan explore kawasan. Tak sejuk sangat pun, aku rasa sebab dah petang. Kalau datang awal pagi mungkin sejuk.




Lepas hujan tu... pemandangan makin cantik sebab awan pun dah tak ada lagi, makin nampak bukit bakau semua.




Baru nampak hidung lembunya...




Serius. Cantik! Tak tipu. 




Sebelum keluar sempat ambik gambar sekeping lagi. Yang ni dekat pintu masuk. Tiba tiba Gunung Kinabalu menampakkan diri. Ape lagi. Ambik la gambar sebanyak mungkin. Rare wehhs



KUNDASANG WAR MEMORIAL PARK



Daripada Desa Dairy Farm, bergerak ke Kundasang War Memorial Park. Menarik jugak Bayaran masuk RM2 je seorang. Dia ada 3 garden – Australia, Borneo, satu lagi lupa British garden kot.



Dekat atas ada viewpoint boleh nampak Gunung Kinabalu. Cantik. Tapi masa kitorang dekat situ ramai pulak rombongan kak kiah duk berselfie bagai hnffssss. Nak menyelit pun susah. 




Atas ni cantik jugak kalau nak bergambar.... simetri.




Rumput cantik ni bukan sebarang rumput, jangan suka suka hati pijak ye. Nanti siren berbunyi nenong nenong… Satu Kundasang boleh dengar hahaha.


Kemudian dalam pukul 4.30 petang bergerak ke Ranau. Ranau jarak dalam 25 minit dari Kundasang. Aku book Ranau Backpackers Hotel, betul betul dekat tengah bandar. Tak dapat nak stay chalet cantik cantik dekat Kundasang yang ada view gunung sebab lambat booking. Nak booking awal takut trip tak jadi. So last last dapat ni je. Ini pun okey je.




Twin Room with Private Bathroom, RM60/night

Tapi kan, dekat area Kundasang tu ada banyak sebenarnya homestay/ chalet yang takde dalam Booking.com atau web web lain. Kalau ada banyak masa, dan bukan datang time cuti sekolah, boleh je gamble tanya satu satu yang berkenan – ada bilik kosong tak.


Malamnya kitorang keluar gi makan dekat KFC Ranau je. Pekan Ranau ni cepat mati, pukul 6-7 kedai kedai kedai dah tutup. KFC dia besar and bukak sampai pukul 11 malam. Balik hostel pukul 9 dan aku bagitahu, boleh main fon sampai pukul 10 je lepastu kena off semua and TIDUR. Esok nak bangun pukul 5 and check out pukul 6 pagi. 


bersambung...


2 comments:

  1. rindu kinabalu :) bila lah dapat pergi lagi hehehehe.. syabas berjaya akhirnya journey dgn adik!

    ReplyDelete
  2. Nice story... bnyk share ..thanks.. dh ada smbungn x ni? Akk pon nk trun kundasang n kk gk ni.. good info..nice pic

    ReplyDelete