06 June 2017

Jalan Jalan Kuching (3) - Top Spot Seafood (2017)



Kali kedua makan di Top Spot Kuching

Lepas dah check in hotel dan lepak berehat kejap, lepas Asar kitorang keluar dinner dekat Hot Spot

Lokasi Hot Spot dekat bangunan UTC Kuching. Daripada hotel kitorang jalan kaki je dalam 5 minit. Kitorang turun dalam pukul 5 petang, pergi awal sebab nak elak crowd. 




Sampai tu pilih lauk dulu... Nampak tak harga dekat atas?




Lauk kira ikut timbang (harga adalah harga yang telah dimasak). Lepas dah pilih lauk, boleh request nak dimasak style yang macam mana... Kalau tak tahu, try tanya pekerja yang ambik order tu masakan apa yang sesuai/ famous untuk lauk yang korang nak. 




Ketam segar. Tak order ketam pun. 




Sebelum pilih lauk tadi. Cari seat dulu, bila dah ada seat... pekerja akan datang. Dia tanya berapa orang nak makan dan akan atur pinggan sudu semua. 

Sebelum makan... duduk sengih sengih posing dulu. Yang bestnya servis sini bagus, takpayah tunggu lama sangat dalam 10-15 minit semua makanan dah sampai. 




Udang galah cheese, sotong goreng telur masin, udang butter, sayur campur. 

Total RM62 kot. Dulu aku makan ada lauk ketam 2 ekor (tapi takde sayur campur) kena cas RM72... Sekarang macam dah naik harga sikit... Mungkin sebab GST, Dulu belum ada GST.




Sotong masak telur masin aku rasa lagi sedap kalau tak celup tepung. 

Kitorang makan tak habis pun. Tapau bawak balik simpan dalam peti ais tapi last last sampai check out esoknya pun tak makan. 




Wefie satu kali hehe. Terima kasih la sebab sanggup datang jauh jauh dari Malaya sana. 




Makin ke malam, makin ramai orang. So... datangla awal kalau nak cut the fuss. 




Masa ni dalam perjalanan balik ke hotel. Gelap dah. Yang seberang jalan ni Hotel Grand Margerita. Hotel 5 star tak silap aku. Mula mula aku booking hotel ni by booking.com lepastu cancel, ambik Hotel Imperial Riverbank. Lokasi sebelah menyebelah je pun, harga beza RM100 hehee so why nak bazirkan duit? 


Kalau nak baca review Hotel Imperial Riverbank yang aku stay ty boleh check previous entry k. 




Sempat singgah bergambar versi malam pulak. Dengan bekas bekas air nye... Hotel kitorang adalah sebelah kiri gambar. Cross jalan je. 


Balik bilik, solat, lepastu keluar balik pergi Viva City Mall tengok movie. Masa tu takde movie best sangat. So paksa diri tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nak spend time punya pasal. Padahal masing-masing tak pernah tengok pun yang pertama. haha. Tapi ok movie dia, bolehla. Heroin cantik gila. 


*************************


Esoknya tak ke mana-mana. Keluar breakfast lepastu balik bilik, lepak di bilik je sambil berborak benda-benda tak berpekdah dan mengenangkan duit yang dah habis shopping dekat Serikin semalam hahah. Checkout pukul 12 tengah hari. 

Sebelum hantar Yana pergi airport, aku bawak dia beli kek lapis Sarawak. 




Airport Kuching. 




Lain kali takpayah datang Kuching lepak dengan aku dah sebab aku nak balik pindah kerja semenanjung pulak hahahha. byeee! Terima kasih sebab datang menghiburkan hujung minggu ku!



No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE