06 May 2017

Thailand X China Solo Trip Day 7 & 8 : Bangkok Dangerous

Hari terakhir di Thailand sebelum aku meneruskan perjalanan pulang. 

Malam terakhir ni banyak pulak cabaran... sampai menangis menangis dekat negara orang yek! Hahah takpe. Benda benda macamni yang akan dibawak kenang sampai tua. So, entri penutup ni lebih banyak tulisan berbanding gambar. Tak sempat ambik gambar hahaha.


Perancangan hari ni... aku akan check out hotel, tinggal backpack besar dekat hotel, pergi Chatuchak Market kemudian balik semula semula ke hotel ambik backpack dan pergi Hualomphong Train Station untuk naik tren pukul 3.10 petang.


Tren ini adalah tren untuk balik ke Malaysia dan akan sampai di stesen Padang Besar, Perlis pada esok pagi. Dah lama aku nak cross Thailand - Malaysia melalui tren tau. Tiket dah dibeli beberapa hari lepas dengan harga 920 bhat.




Pada hari yang sama.... aku ada ambik order beli passport holder Chatuchak Market dari kawan-kawan. Alang alang nak ke Chatuchak Market. Ingatkan sorang dua je nak. Rupanya ramai jugak yang berminat. Ada dalam 18 bijik tak silap aku. Duk ngok ngek layan fon... aku keluar daripada hotel agak lambat pagi tu... kira-kira pukul 9.30 pagi. Dah bangun awal tapi... lepas mandi pun nak baring baring lagi. Penat balik China semalam belum hilang. 


Lepas keluar tu... aku terbuat satu keputusan yang kurang tepat, iaitu aku decide untuk pergi naik Chao Phraya River Cruise sebelum ke Chatuchak Market. Jadi daripada hotel, aku melencong pergi naik bot dulu instead of pergi Chatuchak Market terus. 




River cruise ini merupakan antara tarikan pelancong di Bangkok. Sory aku dah lupa berapa harga tiket, tapi dengan tiket tu kita boleh hop on and off di mana-mana stesen secara unlimited dalam masa sehari. Untuk pengetahuan, sepanjang Chao Phraya river ni ada bangunan/ popular landmark yang korang boleh tengok/ singgah. Kalau ada banyak masa... boleh habiskan one day untuk main bot ni sahaja. 


Bot ni dia bukan cruise sesuka hati ikut penuh tau, ada timing dia. Berhenti dekat stesen sekian sekian pukul berapa...  Korang boleh plan perjalanan korang supaya tak membazir masa. 


Masalahnya... aku yang tak plan betul betul. Bajet banyak masa senggang nak naik cruise bagai, tak sedar diri langsung. 




Keadaan dalam bot. 


Baru 20 minit naik bot, aku mula tak sedap hati. Masa tu dah lebih kurang pukul 1120 pagi. Ada 4 jam lagi sebelum naik tren balik ke Malaysia. Ai... nanti nak pergi Chatuchak Market lagi, perjalanan ke stesen MRT, masa menunggu MRT, perjalanan dengan MRT, nak berjalan ke market... Lepastu nak pilih design passport holder ikut yang orang order, nak tunggu orang kedai siapkan lagi... Berbelas kot. Lepastu kena naik MRT balik stesen Hualamphong (perjalanan lebih kurang 40 minit), ambik backpack dekat hotel, patah balik semula ke stesen Hualamphong untuk naik tren pukul 3.10 petang. 


ALAMAK. Aku berdebar tiba tiba. 




Tak boleh jadi ni. Next stop bot berhenti, aku trus turun. Tak jadi nak cruise lama lama. Aku terus Tunggu bot yang menghala ke arah bertentangan untuk patah balik. Bot seterusnya pulak, pukul 1145 pagi. Adoi... Terpaksa la tunggu. 


Bila bot sampai, berebut aku naik bot.... Macamkan aku yang nak kemudi bagi bot tu bergerak kan. Padahal kena tunggu orang lain naik habis jugak. 


Lepastu sampai dekat jeti, aku jugak yang berebut turun awal. Terus berlari pergi MRT station yang terdekat untuk ambik MRT ke Chatuchak Market. Itupun kalau tak silap aku, kena tukar line sekali. 




Duk ngok ngek ngok ngek naik turun MRT, pukul 1 tengah hari baru sampai stesen Chatuchak Market kau tahu. Aku keluar MRT terus berlari pergi market, rasa nak langgar semua orang macam gila. Untuk makluman para hadirin, Chatuchak Market tu sangat luas dan orang pun ramai sangat. Kadang kadang boleh tersesat mencari jalan keluar. Market ni hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.


Lepas dah jumpa kedai yang buat passport holder, aku pun mula memilih design ikut pesanan. Setiap pesanan kena tulis atas borang tau, dan kena bayar dulu baru diorang akan buat. Itupun ikut giliran... Masalahnya ramai juga customer yang nak buat passport masa tu. Kedai buat passport mana-mana pun memang orang ramai. Jadi, masa menunggu jadi panjang. So untuk jimatkan masa... aku buat separuh separuh, pilih design, bayar, suruh dia buat. Pilih design lagi, bayar, suruh dia buat.


18 KEPING PASSPORT HOLDER OK.


Berzikir aku sambil duk tunggu mendalah ni siap. Last last... pukul 2.20 petang baru siap semua. Terus aku pergi stesen MRT tak singgah singgah kedai lain dah. Berdebar weh, takut tak sempat kejar keretapi pukul 3.10 petang. Nasib baik la MRT dia on time, dan tak tunggu lama sangat. Bila aku dah naik MRT aku check dalam google map, berapa lama nak sampai Hualamphong MRT Station (MRT Station dengan stesen keretapi Hualamphong adalah connected) 


Kau tahu??? Google cakap, 3.08 petang sampai Hualamphong. YA ALLAH TAKBIRRR!


Komfem la tak sempat, dah aku kena balik ke hotel dulu ambik backpack, patah balik ke stesen baru boleh naik keretapi. Kecuali kalau aku tak ambik backpack. Aku balik Malaysia lenggang lenggang macamni je dengan passport holder bolehla hahahahahh. Speechless kejap. Nak buat apa ni. Ke nak pergi stesen dulu, suruh drebar keretapi tunggu kejap aku balik hotel ambik backpack. Ke macam mana? Tapi... tak de nye dia nak tunggu aku. Kau sape? Anak raja Siammm? hahaha


Turun MRT dekat Hualamphong , aku buat keputusan untuk pergi hotel ambik backpack. Jalan ke hotel dalam seminit je. That maybe, just maybe... in a very slight chance... miracle happened,  the train delayed and I still can board the train. Masa tu... aku dah hopeless betul. Mata aku dah bergenang. Aku niat dalam hati, Ya Allah apa apa yang jadi nanti aku redho je. Aku terima seikhlas ikhlasnya apa yang Tuhan dah tentukan untuk aku disebabkan kekhilafan aku salah bajet masa. 


Lepas dah ambik backpack, patah balik dan aku sampai ke Hualamphong Station semula lebih kurang pukul 3.20 petang, lewat 10 minit daripada keretapi berlepas. Aku terus pergi dekat pegawai yang bertugas, untuk tanya platform keretapi aku. Aku tunjukkan tiket dekat dia, dia pergi tanya pegawai yang sorang lagi dekat kaunter yang tak jauh daripada situ. Aku dalam hati, please delay please delay pleseeeee.


Sorry.... you're late. Train has gone! OK. Takpe. 


Tiba tiba, pegawai tadi suruh aku ikut dia. Dia bawak aku ke depan stesen, dekat pintu masuk. Dekat situ ada beberapa orang motorcyclist pakai vest khas. Pegawai tu cakap dengan salah sorang abang motor tu sambil tunjukkan tiket aku. Abang moto tu terus suruh aku naik motor. 


Aku masa tu tengah blank... dah kena tinggal keretapi kan, aku ingatkan orang pakai vest ni kakitangan stesen, dia tolong hantar penumpang yang tertinggal keretapi... LOL. Aku tak berfikir panjang aku naik motor, backpack aku pikul dekat belakang, beg shopping empat segi aku letakkan dekat tengah antara aku dengan drebar tu (Eyyy korang jangan pikir aku nak berpegang pegang dengan dia pulak). Dan motor pun bergerak meninggalkan Hualamphong Station. Tak sangka macam tu rupa aku tinggalkan Hualamphong. Tragis sangat.




BANGKOK - PADANG BESAR
Sleeper train


Bila motor dah bergerak laju barulah otak aku yang loading tadi pun bergerak semula. Ya Allah abang moto ni bukan kakitangan stesen....... INI MOTO PREBER!!! Dahla main naik je takde tanya or deal harga dulu... habisla kena scam!!! 

Maksudnya sekarang ni, kitorang nak pintas keretapi dekat next station. Tengah tengah moto tu bergerak, aku tanya dia, how much? Dia kata, satu stesen dia cas 200 bhat, stesen terdekat tak sempat kejar dah. Stesen ketiga mungkin sempat. so... dalam 600 bhat. Bapak mahal! Aku check pouch duit aku ada dalam 400 bhat dengan sen sen je, hahahhaha mana nak cukup!

Aku bagitahu dia… I only got 400 bhat? Is that Okay?

No… no… 600 bhat. Haram betul cas mahal serupa apa.

but I only got 400 bhat…

You go ATM… ATM…


Tak lama lepastu... dia berhenti tepi jalan, dekat situ ada lot kedai dan ada mesin ATM. Adoi. Kalau aku keluar duit pakai credit card, memang sah sah la kena poww dengan abang moto ni. 600 bhat tu banyak dol, perjalanan dalam 20 minit je kot dia nak cas sampai 600 bhat. Ligat otak aku berfikir. 


Kalau aku bertekak taknak bayar, kena tinggal dekat sini susah aku weh. Entah mana mana dahni. Silap silap keretapi tertinggal, 400 kena bayar dekat dia, dan kena keluar duit lagi untuk sewa teksi dan kos kos lain sebab kena stay lagi sehari dekat Bangkok. Kita kena bijak...


Aku cakap aku takde credit card. I DONT HAVE CREDIT CARD... NO CREDIT CARD... So aku offer dia untuk bagi 400 bhat yang aku ada, dan tambah duit Malaysia RM20 sekeping. Aku cakap, this all together, 600 bhat. Okeyy??? Please... lets go! lets go! haha. 

Lepastu dia macam kira kira sekejap. Apa yang dikiranya pun tak tahulah. Haha. Lepastu dia macam, Okey Okey... Padahal... RM20 tu tak cukup pun 200 bhat, dah Ringgit kita kan jatuh, kalau dia tukar nanti dapat dalam 150 bhat je kot hahahahah lantak dia lah.


Dan kitorang teruskan perjalanan ke stesen keretapi. Dia bawak moto laju weh, Ada sesetengah jalan tu banyak kereta, ada yang kena menyelit menyelit antara kereta... rapat sangat. Masa tu aku duk berfikir kalau jadi apa-apa dekat aku habisla, eksiden contohnya... berterabur atas jalan dengan isi dalam backpack semua terburai... Komfem masuk dalam berita pukul 8 nanti dekat Malaysia, malu mak aku nanti weh. Ya ALLAH mohon dijauhkan benda benda yang tak elok. Aku berserah diri dan keselamatan aku pada Allah... Tapi serious rasa macam scene citer Hollywood.... macam tengah kejar penjahat dengan moto dekat kota Bangkok. Bangkok Dangerous. hahahaha Adventure sungguh. 





Pukul 3.35 petang, sampai dekat Stesen Keretapi Bang Bamru. Aku melompat turun dari motor, rupanya abang moto tu pun melompat turun jugak. Dia yang lagi laju. Dia pergi dekat pekerja stesen dan tanyakan tren aku dah sampai ke belum. Alhamdulillah... Keretapi belum sampai, maksudnya aku ada peluang untuk naik keretapi balik ke Malaysia. Rasa nak sujud syukur dekat situ jugak.


Aku bayar abang moto tadi, 400 bhat dengan RM20, aku saje je nak nganjing dekat dia... dengan duit duit syiling bhat tu pun aku nak bagi sekali haha tapi dia tolak, dia kata takpe takpe. Malu lettew pow budak kecik. Huh! Nasib baik tak ada apa-apa. Nasib baik dia tak bawak melencong ke tempat lain, bunuh lepastu jual organ aku. 


Tapi kan, dalam pada dia ambik tambang berlebih lebihan tu pun aku ucap terima kasih beberapa kali, ikhlas daripada hati aku sebab dia tolong bawakkan sampai ke stesen dengan selamat. Takpelah aku redho je tambang mahal pun, itu bahagian rezeki dia and keluarga dia. Aku anggap semua ni ujian dan bantuan yang Allah turunkan untuk aku. Bila bermusafir, kita kena sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dengan ujian yang Allah bagi dekat kita.


Aku tak tunggu lama pun. Dalam 5 minit keretapi sampai dan aku naik. The first 2 hour... aku duk menangis je, tak boleh tahan keluar air mata dol. Tak tahulah orang sekeliling perasan ke tidak.


Daripada awal, everything seems impossible, tertinggal keretapi dah pun. Tapi... sekarang aku dah berada dalam keretapi yang sama dan dalam perjalanan balik ke Malaysia dah... Syukur alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Aku percaya kalau kita redho dengan ujian yang Tuhan bagi, Tuhan akan permudahkan urusan dan kerja kita Insya ALLAH. Yang penting kebergantungan pada Tuhan tu kena tinggi, banyakkan berdoa semoga perjalanan kita dilindungi...  




Haa nampak gambar dekat atas? Macamtu lah rupa sleeper coach. Waktu siang kita boleh duduk, nanti dalam pukul 6 petang akan ada attendant yang datang dan pasangkan tilam dan cadar. Dia akan bagi skali bantal dengan selimut yang bersih. Memang sangat selesa, best. 


Ada attendant datang offer menu makan malam... tapi aku tengok tengok je sebab tak cukup duit. Nak order kopi pun tak dapat sebab duit dah habis bayar tambang moto tadi wuuuu. Tinggal sen sen je. 




Keesokannya... tren sampai di Hatyai lebih kurang pukul 7 pagi kot aku tak ingat. Lepas Subuh. Masa tu hujan agak lebat la. Keretapi berhenti lama dan tak salah aku keretapi lebih lewat daripada masa yang sepatutnya....


Masa dekat Hatyai tu jugak... ada kakak kakak Muslim cantik bertudung masuk menjaja ayam goreng pulut. Nampak macam sedap je weh aku nak mennagis tengok ayam garing macamtu warna oren, tapi bila tanya berapa harga dia cakap 30 bhat, aku takde duit bhat dah nak beli huuuuuu... Takpelah sabar jelah tunggu sampai Malaysia sikit lagi beli lah apa kau nak beli kan. 


Masa perjalanan daripada Hatyai ke Padang Besar tu jugak.... aku perasan kebanyakan tempat dah naik air, ada satu kawasan tu kiri kanan air je. Tak silap aku esoknya aku tengok berita, kawasan selatan Thailand memang dah banjir dan jalan keretapi yang aku lalu tu dah tersekat. Huhu nasib baik aku sempat lepas. 




Stesen Keretapi Padang Besar

Urusan masuk imigresen tak ada masalah, semua smooth. Cuma sebab keretapi sampai lambat, kitorang dah ter missed komuter Padang Besar - Butterworth pukul 1030 pagi, dan terpaksa tunggu komuter seterusnya pukul 1230 tengah hari ke entahla tak ingat masa. Lepastu pulak, stesen ni takde kantin ke apa, jadi agak bosan. Habiskan masa duk melangut gitu je. 


Lepastu naik komuter ke Butterworth. Sampai stesen Butterworth, aku terus naik feri ke area pulau (Georgetown). Aku stay dekat backpackers hostel di Georgetown sementara naik bas balik ke Tanah Merah pukul 10 malam karang. Sempat la mandi manda, baring baring bersihkan diri. 




Aku stay female dorm dekat Syiok Hostel . Rate RM39/ night kot. Sangat sangat berbaloi. Hostel bersih, aircond sejuk, wifi functioning, tilam pun tebal, location strategik (dekat dengan bus stop free CAT bus), dan dekat bawah hostel ada SUBWAY so aku makan SUBWAY je malas gi jauh jauh. Sayang sebab dapat stay kejap je dekat sini. Just 4-5 jam je. Tak bermalam.

Tapi sempatla tido tido kejap. 

Lepas Maghrib, baru aku check out. Jalan kaki ke bustop dalam 5 minit, naik CAT bus free ke jeti dan jalan kaki ke tempat pelepasan feri. Jalan dia (kalau siapa yang biasa) macam tinggi sikit kan, masa ni Ya Allah baru terasa hazabnya.... Penat mengusung backpack dengan bag shopping dengan kaki aku yang dah lenguh lenguh. Penat gilaaaaa!


Tapi penat pun tak boleh nak merungut. Bila dipikirkan balik... takde sape sape suruh kau buat keje macamni kan. Kau sendiri yang pilih jalan hitam begini so... RASAINNNN! hahahahha




Pemandangan malam daripada feri. Syok wooo naik feri ni. Duduk diam diam dekat sudut mana-mana, boleh bermuhasabah diri. Tenang je haha.


Feri sampai dekat Buteroworth. Aku berjalan lagi ke stesen bas. Dan tunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ingat nak beli jeruk dekat stesen bas... Rupanya semua kedai  tempat aku membeli jeruk dulu dah dirobohkan sebab nak bina terminal bas yang baru. Hampehh. Last last seketul jeruk pun aku tak bawak balik.


Pukul 3 pagi, sampai rumah... Alhamdulillah selamat semuanya....


Maka selesailah perjalanan aku kali ni. Bermula daripada Kuching - KL - Bangkok - Xi'an - Bangkok - Georgetown - Tanah Merah. Perjalanan yang memberi banyak pengalaman... Teruk macam mana pun tempat yang aku pergi, there is no such thing as worst trip - serius cakap, semua trip, mana-mana negara pun best cuma yang membezakan adalah bentuk pengalaman yang kita lalui dekat negara tu. Sebab tu aku tulis blog, nak simpan semua sampai aku tua.

At least nanti boleh dijadikan rujukan.... hehe.

Ok bye... sehingga berjumpa lagi dalam kembara yang seterusnya. Tak tahu dekat mana or bila lagi. Kalau ada rezeki and umur panjang ye!


3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...saya suka baca pengalaman yang awak tulis.. seronok.. kesimpulannya: berserah kepada Allah..Allah akan bantu..nice knowing this blog.

Anonymous said...

Lejen akak ni. Bahan bacaan menarik untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Keep it up. Terhibur.

Santancoklat said...

saya baru jumpa blog awak semalam. Terus jatuh cinta dan follow. kagum dengan keberanian dan semangat awak berjalan ke tempat lain sorang-sorang. Saya nak jalan-jalan tempat orang tapi takut sorang-sorang. Semoga saya pun diberi keberanian olehNya seperti awak.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE