Tiba-tiba dah masuk
hari ketujuh.
01.12.2015 (Day 7)
Breakfast pagi ni di
Hiroshima dengan Maggi Kari dan free coffee provided in hostel. Tobat lapar!
Ngok ngek ngok ngek…pukul 9 baru keluar. Backpack aku tinggalkan di hostel.
Matlamat pertama untuk melawat Peace Memorial Park, iaitu ground zero bagi
letupan bom atom pada tahun 1945.
Tema: Mahalnya Harga Sebuah Keamanan
Daripada stesen
Hiroshima boleh ambik Bas Merah yang akan round sekitar Peace Memorial Park. JR
PASS valid. Tapi mula-mula pening jugak aku nak mencari bus stop. Rupanya bus
stop tu dekat pintu belah lagi satu. Kena keluar masuk seberang terowong apa
semua.
Ada cerita menyayat hati dekat
sini.
Aku ada tanya sorang
pakcik arah bus stop tu. Rasanya umur dia dalam 60-an kot. Yang buat aku
terharu bila pakcik tu lead me to the exact place. Yes, bukan sekadar bagitahu
arah tapi dia bawak aku. Jauh jugakla aku rasa dalam 500 meter… Ya
Allah dahla laju dia lari, aku pulak yang mengah dekat belakang. Dia lagi ke
depan daripada aku. Memang hebat stamina pakcik ni. Banyak kali dia suruh cepat
sebab bas akan bertolak pukul 9.30 pagi.
Alhamdulillah jumpa
dan terus naik bas merah. Penat weh berlari, betis pun macam nak krem dah
hahaha. Baiknya pakcik tadi. Jauh sungguh dia tunjukkan jalan. Thank you
pakcik.
Aku suka Hiroshima sebab ada perkhidmatan tram di tengah tengah city. Macam macam jenis pulaktu, ada oldskool, ada yang moden… Menarik. Tapi tak sempat naik. Naik bas merah ni je. Di sebalik pembangunan… tak sangka 70 tahun dahulu bandar Hiroshima pernah menjadi padang jarak lepas bom atom digugurkan.
Perjalanan daripada stesen Hiroshima ke Peace Memorial ambik masa 20 minit. Sepanjang perjalanan aku layan view Hiroshima city. Tenang dan ada banyak sungai.
Dalam Peace Memerial
Park ada banyak attractions. Oh, whole park has been noted as UNESCO World
Heritage Site ya.
Cantik…
Ini A-BOMB DOME , bom atom dijatuhkan betul betul di atas bangunan ini. Tapi sampai sekarang rangkanya masih kekal.
Ini pulak CHILDREN’S
PEACE MONUMENT untuk memperingati kanak-kanak sekolah yang terkorban. Kebetulan
masa aku dekat sana ada budak budak sekolah buat lawatan.
Masa aku melintas,
ada sorang tegur aku… HERROOO!!! Dia nak cakap hello sebenarnya. hahaa comel sungguh.
Kawasan park ni cantik ada banyak pokok-pokok dengan daun autumn pelbagai color.
CENOTAPH FOR A-BOMB VICTIM:
Lebih kurang macam kubur sebenarnya. Ada pelawat yang letak bunga.
Lepastu masuk ke
dalam PEACE MEMORIAL MUSEUM BUILDING dengan tiket masuk 50 yen sahaja, dan dapat
free poskad yang dibuat daripada recycle paper.
Museum ni sangat
informative dan menarik, tiba tiba aku jadi emotional. Walaupun kita tahu
mengikut sejarah, dek kerana letupan inilah askar Jepun berundur daripada
penjajahan di negara kita. But still… war is something that nobody deserved, no
matter what race or religion.
Lepas letupan… orang
ramai keluar daripada rumah/building dalam keadaan kulit yang mencair sampai
keluar isi dan baju yang koyak rabak kesan daripada radiasi.
Ramai yang meninggal
on the spot tak kurang juga yang menderita bertahun lamanya sebelum
meninggal.
Banyak objek sebenar
daripada tempat kejadian yang dipamerkan dalam muzium ni. Contohnya botol kaca
yang dah berubah bentuk (akibat suhu melampau) hingga crushed macamni.
Crushed object
Aku terbaca kisah
Sadako and her paper crane – selepas perisitiwa pengeboman, Sadako mengidap
penyakit kanser akibat radiasi dan dia membuat sebanyak mungkin origami burung
kertas sebagai simbol doa dan harapan supaya sembuh daripada penyakitnya. Makin
lama makin kecik origami dia. Tapi akhirnya Sadako mati dalam usia belasan
tahun.
Kalau ada masa memang
aku spend selama yang boleh dalam museum ni untuk baca semua maklumat. Memang menarik. Tapi
sayang terpaksa berkejar ke tempat lain pulak.
Bangunan muzium
sebijik macam peace memorial yang aku masuk dekat Ho Chi Minh.
Aku board bus merah
(daripada bus stop depan Peace Museum – jadi tak perlu patah balik ke bus stop
mula mula tadi) dan sampai ke Hiroshima Station. Daripada Hiroshima Station aku
terus ambik JR train ke Miyajimaguchi.
Bas Merah untuk tourist. Free with JR PASS.
Inilah dia jalan bawah tanah yang aku lalui. Sepanjang panjang terowong ni pakcik tadi berlari dengan aku untuk tunjukkan jalan. Terharu! Dalam perjalanan balik tak nampak dia dah.
Destinasi seterusnya…
Miyajima Island!