19 June 2016

Resipi Pizza Cendawan Mudah


Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke berapa ye?. Yang pastinya Jumaat minggu depan nak balik kampung ok! Haha tak sabarnya.

Btw, petang karang korang masak apa untuk berbuka. Haha aci tak pukul 8 pagi dah tanya masak berbuka?

Aku nak kongsi satu resipi mudah yang korang boleh buat untuk bersahur / moreh. Kot kot la dah bosan makan nasi kan. Kebetulan. Housemate aku tak ada dekat rumah, nak masak nasik lauk bagai tu memang tak la. Makan berdua pun nasik dalam periuk tak pernah habis apatah lagi makan sorang.


Jadi semalam aku buat Roti Pizza Cendawan.

Ni kali kedua aku buat dalam bulan puasa ni. Aku kalau roti roti ni semua memang lebih berselera berbanding makan nasi. 


Okay bahan bahan dia mudah je.

Bawang besar
Daging (kisar)
Tomato (Potong dadu)
Cendawan butang
Sos tomato
Cheddar cheese
Black pepper
Mayones




Mula mula tumis bawang besar, masukkan garam sikit, bila dah naik bau campur daging. 

Daging nak masak baru taruk tomato.




Lepastu sediakan roti. Haritu aku buat pakai Gardenia lagi tebal. Pastu dah habis, mana nak cari Gardenia dekat Sarawak ni kan. Jadi pakai roti biasa biasa je. Rupa pun tak berapa nak kacak. Potong bentuk 3 segi bagi senang nak makan. 

Pastu. Sapu sos tomato atau tomato puree atas roti. Kalau ada Prego lagi best. 




Letak daging tadi dengan cendawan yang dah dipotong. Kalau nak sedap lagi cendawan tu grill dulu tapi malasla pulak aku. So aku potong terus je.




Susun/ Tabur Cheddar Cheese yang dah dipotong. Buh mayones sikit sikit. 

Last sekali masukkan dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu. Aku pakai pemanggang ajaib je, takde oven.




Okay dah masak. Kalau keju dah cair tu masakla. 

Sebelum makan baru tambah sos cili dengan black pepper. Siappp! 


Ok bye Selamat Berpuasa :)



P/s Testing post entri dari fon OK tak? 

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE