18 March 2016

Japan Day 5 Yokohama (Minato Mirai 21 District)



... bersambung daripada Shizuoka

Masa aku sampai Stesen Sakuragicho kaki aku sakit sangat sangat. Pedih. Memang terincut incut dah. Simpan backpack dalam locker lagi (locker dekat sini mahal sikit 400 yen) dan aku mula berjalan dalam speed paling slow keluar daripada stesen. 


Destinasi aku adalah Minato Mirai 21 District


Kenapa nak pergi sangat tempat ni hah? Sebabnya… aku ada satu folder koleksi gambar wallpaper tempat tempat cantik di dunia. Salah satu daripadanya ialah gambar Minato Mirai skyline. So… alang alang dah sampai Jepun, aku nak cari sendiri view ni.




Ni lah gambar wallpaper Minato Mirai tu. Cantik kan. Memang tak celen lah dengan kamera cikai aku. hehe.

Sumber: Google




Masalahnya… Minato Mirai tu bapakla jauh daripada stesen. Kau nampak tak Ferris Wheel besar tu. Ha dekat situlah tempatnya. Kena jalan dalam 2km macamtu baru sampai kau paham tak. 2KM!!! Nampak macam dekat tapi hakikatnya… dengan kaki tempang lagi…




Antara ferris wheel terbesar di Jepun. Ada jam digital dekat ferris wheel tu. Masa aku sampai : 6.17pm tapi dah gelap dah...




Ferris Wheel tu berubah ubah warna dia, cantik. Dalam seminit tu kaler dia bertukar macam macam. Ralit tengok.




Dekat sini ada banyak games, rumah hantu, mainan budak-budak. Yang bestnya lampu warna warni. Cantik. 




Yang ini kawasan deko ala-ala English style.




Nak sampai dekat area ferris wheel tu kena seberang jambatan. 




Aku jalan lagi dan akhirnya aku sampai betul betul bawah ferris wheel. Memang besar ler...

Nama Ferris Wheel ni Cosmo Clock 21. Tiket 800 yen je. Tapi aku tak naik. Sebab akan makan masa untuk buat satu pusingan tu.




Ada lagi satu game… roller coaster.. Antara dua yang menarik ni, aku pilih roller coaster. Tak mahal pun, 700 yen. Tak ingat dah nama dia. Tak silap aku Vanishing Roller Coaster ke Dissapear ke ape. Sebab dia pusing keliling ferris tu lepastu masuk dalam kolam. Canggih sungguh haha. 




Masa nak masuk dalam lubang tu keluar air pancut dekat sekeliling , haha jadi basah basah la sikit penumpang semua kena tempias air. 




Kedai makan comel comel pun ada, contohnya kedai jual crepe ubi kayu ni. Nampak macam best je kan. Harga pun takdelah mahal sangat. Tapi aku tak beli pun.




Seberang jambatan. Balik ke stesen semula. Stesen pun tak nampak batang hidung sebab jauh sangat...




Tak dapat ambik gambar macam dalam wallpaper tu. Aku tak tahu dia ambik dari angle mana haha. Tak larat kaki dah weyyy. Dapat yang ni je. Minato Mirai Skyline. Bolehlah. 

Balik ke stesen Sakuragicho, ambik backpack dan terus naik tren ke Yokohama, lepastu tukar tren ke Ueno pulak. Semua pakai JR Pass.

Sakuragicho - Yokohama – Ueno (via JR Keihin-Tohoku line)




Ueno – Asakusa (via Tokyo Metro Ginza Line)

Perjalanan daripada Ueno ke Asakusa pulak menggunakan Tokyo Metro tak di cover oleh JR Pass, jadi kena beli single ticket harga 170 yen. Dalam tren ni kan, Ya Allah ramainya orang cantik, orang hensem, orang stailo semua. Macam dalam dunia khayalan… dunia impian… Semua macam model. Perghh. Kelabu mata. 

Ini lah dia… TOKYO! 

AKU DAH SAMPAI TOKYO!! KOTA METROPOLITAN DUNIA!!

hahaha

Hotel aku malam ni Asakusa Capsule Hotel dekat Asakusa, dan exit stesen metro Asakusa betul-betul belakang bangunan hotel ni. Aku stay semalam je sini, saja nak try capsule room Jepun macam mana. Turn out dalam ramai-ramai hotel aku stay, this is the worst. Sekadar untuk pengalaman tu bolehla. Nanti bila-bila aku cerita pasal capsule hotel ni. Lawak pun ada. 


Asakusa Capsule Hotel, Asakusa (RM78/night)




No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE