30 August 2015

Bali Day 2 Ulun Danu Bratan & Jatiluweh Rice Terrace




Hari kedua, kitorang dibawa oleh kawan Pak Wayan, iaitu Pak Udin sebab Pak Wayan ada hal tak dapat nak bawak kitorang jalan jalan. Pak Udin ni agama Islam asal dari Jawa, pun sama bagus dengan Pak Wayan jugak. Recommend! Waktu solat dia akan bawa ke masjid, dan dia pun solat sekali. 

Pak Udin (Tour Driver)



Itinerary Second Day:
Ulun Danu Beratan (Bedugul), Jatiluweh Rice Terrace, Tanah Lot, Krisna Mall
Rp450.000 (12 hours)




Bertolak jam 9.30 pagi. Destinasi pertama ialah Ulun Danu Beratan di daerah Bedugul. Ulun Danu tu maksudnya Temple. Di Bali ni ada banyak temple yang berstruktur begini tapi kitorang memilih Beratan kerana dia berlatar belakang kan tasik.


Masa perjalanan lebih kurang sejam, agak lama sebab jauh daripada Kuta. Sepanjang dalam kereta aku mengalami keadaan lalok yang agak kronik beserta mild headache. Agaknya sebab telan 650g paracetamol kot. Lagipun malam sebelumnya tak cukup tidur.


Moral of the story: Tidur yang cukup & berkualiti sangat sangat penting before every trip because you need to gain energy!




Ulun Danu Beratan
Entrance: Rp.10.000

Kami disambut dengan cuaca yang dingin. Cool cool gitu.




Yang tak best nya, langit mendung jadi bila bergambar tak berapa nak naik sangat. 




So this is the temple by the lake.




Yang ini cantik cantik ni lepas edit. Kalau tak edit color, murung je aku tengok gambar nya...




Dekat sini ada photographer yang tangkap instant photo tau, dia pakai dslr bagus yang dah setting cantik cantik. So, tak adalah kusam sangat gambar kita. Oh, bukan instax tapi instant. Gambar 4R. Aku beli sekeping dengan harga Rp15.000 sahaja (RM5). Siap letak dalam frame.




Bali Hindu kids yang bersembahyang di dalam kuil. 




Hindus in Bali is unique, they differ from the India’s Hindu, or other Hindu practitioners in the world. You can see Bali Hindus only in Bali, of course.

Contohnya dalam gambar, mereka menempel beras di dahi. 




Dari Beratan kitorang singgah jama’ solat di Masjid Besar Al Hidayah, dekat sahaj dengan tasik tadi. Masjid ni letaknya di atas bukit so boleh nampak pemandangan temple dan tasik dari perkarangan masjid. 




Bersolat di tempat asing pun boleh menimbulkan rasa teruja dan insaf. I mean, whenever we are, how far we travel… we’re still in Allah land yet we have to perform our duty to almighty Him. 




Pukul 2.20 petang, singgah lagi sekali dekat sebuah restoran tepi lereng bukit untuk makan tengah hari. Kitorang ajak Pak Udin makan sekali, Ain dengan Pak Udin order ayam bakar aku pulak ambik ayam penyet. Setiap set ayam didatangkan dengan sambal. 




Sambal dia Ya Allah pedas gile! Aku yang makan pedas pun sampai berair mata dan berasap hidung. Takbir! Tapi gigih makan sebab sedap, susah nak cari sambal pedas macamni kalau bukan di Indonesia… 




Banana Cheese ok ok je. 

Aku dah lupa nama resto ni tak silap Taman Sari. Kedudukan dia betul betul tepi lereng, boleh nampak pemandangan cantik. Total makan cuma Rp170.000 (dalam RM48) untuk 3 orang. Dan aku pun teringat harga makan dekat Jimbaran semalam. Grrr!


Pukul 3 kitorang teruskan perjalanan ke Jatiluweh Rice Terrace. Bali memang terkenal dengan sawah padi bertingket tingket. Plan asal nak tengok rice terrace dekat Ubud, tapi disebabkan masa dah jalan ke Ubud tak sama line dengan jalan Bedugul tadi maka kitorang terpaksa lepaskan Ubud dan instead, Pak Udin cadangkan Jatiluweh Rice Terrace.

Jatiluweh Rice Terrace
Entrance: Rp2500

Masa kami sampai, hujan. Tapi gigih turun dari kereta nak tengok bendang. Pak Udin bagi pinjam payung.




Sangat cantik. Saujana mata memandang. Rupanya Jatiluweh ni baru dinobatkan sebagai UNESCO Site. 




Maka, wajib bergambar pose pose silang kaki dengan payung Pak Udin berlatar belakang kan rice terrace. 




Kalau ada banyak masa dan cuaca bagus, boleh go down and walk through the terrace. Nak ke bawah, naik ke atas, pergi ke tengah, boleh je. Mesti kalau ambik gambar pun macam macam perspektif. Kitorang sekejap je dekat sini dalam 15 minit sekadar tengok & bergambar kenangan. Cukuplah.




Gambar terakhir di Jatiluweh.

(bersambung)


2 comments:

amira faqihah said...

cantik! walaupun cuaca nampak mendung :D

cEro said...

Rasanya cuaca maca ni laa yang sedap kalau buat berjalan. Hehe

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE