25 February 2015

Trans Borneo 5 Labuan




Feri daripada Brunei tiba di Terminal Labuan jam 2.30 petang.



Bot bot bewarna warni di jeti Labuan. 

Cuaca di Labuan adalah panas ya amat. Daripada jeti aku berjalan keluar, dan singgah di sebuah gerai. Minum air coconut shake. Gerai tu letaknya betul betul tepi jalan dan mengadap laut. Panas gila weh. Jammed otak aku berpikir ke mana aku ak pergi lepasni. Lepas minum aku mula berjalan di deretan kedai kedai mencari hotel bajet. Sebelum datang ke sini aku ada tengok satu backpackers hostel, rate murah tapi aku belum book. Bila sampai sini dan melihatkan lokasi dia...... erm cancel. Sebab kawasan pub. Tak best. 


So ronda ronda lagi. Kebanyakan hotel full house. Kalau yang ada pun, harga RM120 ke atas. Takboleh. Lari bajet aku nanti. Kalau boleh nak cari yang bawah RM80. Labuan ialah bandar bebas cukai, so rokok dan  minuman keras murah dekat sini. Mungkin sebab tu pub ada merata rata. Takut pulak kalau jumpa dengan orang jahat tengah mabuk. So aku pikir, aku takboleh nak ambik hotel yang terlalu cikai. Kena hotel yang macam ganas ganas dan ada security yang boleh dipercayai supaya keselamatan terjamin. 


Akhirnya... aku check in di Hotel Oriental. Bilik dia biasa biasa je, rate RM90 per night mahal sikit and it was THE LAST ROOM. Takpelah. Lepas tinggalkan barang, aku keluar. Jalan kaki ke Stesen Bas. Dekat Labuan ni kan, aku perasan ramai gila orang pakai jumper suit. Kebanyakan kaler oren dan merah tapi ada jugak warna biru dan kuning. Siapa mereka ne? Sempat aku update lokasi dekat Twitter. 


Duduk sekejap... tiba tiba seseorang komen tweet aku tadi. Rupanya member aku ada dekat sini dan dia ajak jumpa! Haha. Actually, member blogger. Kitorang tak pernah jumpa pun sebelum ni. Cuma blogwalking dan berbalas mesej dekat Twitter je. Member aku tu nama Camen, dia keje engineer dan sedang outstation dekat Labuan ne. So kitorang set untuk berjumpa. Kebetulan Camen menginap dekat hotel depan Stesen Bas tu je, so dia ajak aku datang jumpa dekat hotel. Erkkk segan nye hihi. 




Pertama kali jumpa in person, si Camen ni comel and baik gila. Sweet sweet orangnya. Engineer kot, tapi low profile. Masa jumpa dia ni pun pakai jumpsuit kaler oren macam yang aku tengok. Rupanya tu uniform orang yang kerja kapal, kerja pelantar ni semua la. Adoi macam mana la aku boleh lupa hahaha. 




Camen ajak aku ikut dia pergi swimming dengan sorang lagi kawan dia, Kak Has. Lepas swimming dia nak bawak aku ronda ronda Labuan. So aku ikut je hihi. Pool tu sebenarnya dekat satu kawasan perumahan banglo mewah ni. Dekat depan nya ialah laut. Masa diorang swimming aku merayap ke kawasan pantai dekat depan tu. Taknak swim sebab takde baju spare.




OK dah sampai kawasan pantai. Dekat dekat nak sunset dah pun. Ade la beberapa orang yang bersiar siar dekat sini. 




Pasir dia banyak cengkerang cengkerang.




Daripada kejauhan boleh nampak kapal kapal laut. Fuhh. Macam mana lah aku boleh lupa bahawa perairan Labuan ni merupakan salah satu tempat menggali sumber ha? 




Selfie sikit.




Okey nak Maghrib dah. Suka gambar ni sebab secara tak sengaja, daun daun pokok tu macam jadi frame gambar. Lepastu aku pergi balik dekat pool tadi. Elok elok je Camen dengan Kak Has dah siap swim. Macam best je. Lepas bertukar pakaian ape semua Kak Has tinggalkan kitorang dekat hotel untuk solat, dan lepas Maghrib keluar balik. 




Lokasi pertama, masuk di One Stop Duty Free. Semua jenis coklat (dan barang barang duty free, souvenirs) ada dijual dalam ni. Dalam ni tak boleh lama lama nanti jadi kemurungan. Sebab semua jenis coklat nak bawak balik. Aku duk berpikir banyak kali patut ke tak patut aku beli coklat sebab jauh lagi perjalanan aku nak naik bas bot keretapi ape semua karang cair pulak coklat dalam beg. Tapi last last beli jugak sikit. 


 Lepastu diorang bawak aku ke Anjung Ketam, Tanjung Aru. Anjung Ketam ni katanya restoran ketam yang paling popular dekat Labuan (seafood lain pun ada). Even Anjung Ketam ni featured dalam Wikitravel Labuan. Camen book meja dan lauk awal so that, bila kitorang sampai lauk dah siap dimasak. Tempat dia jauh sikit dari city centre and restoran dia macam terapung gitu. Mengadap laut. 




Lauk pauk diorang masak ikut timbang. Camen yang order. Sotong goreng tepung, sotong buttermilk, sayur kicap something, and ketam sekilo direbus je. Bak kata Kak Has, macamtu rasa juicy isi ketam tu lagi nikmat. Kak Has ni power betul makan ketam tau, dia macam sifu kategori makan ketam sebab dia ajar kitorang macam mana nak bawak keluar isi ketam daripada cengkerang dia hingga kau dapat isi seketul seketul macamtu macam makan isi ayam. Cicah dengan sambal kicap. Pergh sedapnyaaa. 


Dalam duk makan tu. Ada jugak la perangai tebolah yang aku bawak dari Kelantan. Tahu tak tebolah tu apa? Tanya member Kelantan. Tebolah tu macam, tengah tengah aku duduk makan entah macam mana tiba tiba, siku aku terlanggar gelas. Kebetulan gelas tu diperbuat dari kaca so bila tercampak ke lantai kayu terus PRANGGGG pecah berderai. Satu restoran pandang. Senyap sekejap krik krik krik. Nasib baik la tokey kedai tak tendang masuk laut. Adik yang datang sapu kaca tu sengih sengih je. Camen dengan Kak Has pulak macam, rileks ar syira rileks ar. he he he malunyew kitew.




Nampak menyelerakan tak? Memang power masakan dekat sini. Boleh cuba kalau berkunjung ke Labuan. Dinner malam ni dibelanja oleh Camen. Waaa malu pulak. Terima kasihhh! 

Lepas makan diorang hantar aku balik hotel. Kak Has dengan Camen memang friendly gila. Diorang layan aku macam dah kenal lama je. Yang lawaknya dulu aku dengan Camen pernah plan nak hiking Kinabalu lah, nak backpacking lah haha tapi banyak pulak kekangan tak sangka last last berjumpa dekat Labuan ni. hihi.




Aku dengan Camen. 

Masa ni kebanyakan kedai dah tutup. Sebenarnya dah ambik gambar, lepastu macam mana entah decide nak ambik lagi sebab gambar macam tak clear sangat so Kak Has matikan enjin kereta dan kitorang selfie bertiga. 

Dah say bye bye semua... Bila nak start enjin kereta tak dapat. Berbelas kali try tak dapat jugak walaupun kereta baru. Aaa pelik pelik. Last last diorang terpaksa call member lelaki datang check rupanya bateri kereta kong. Lepas buat jumping dah boleh start balik dan kitorang berpisah di situ. 

Thanks Camen & Kak Has! Thanks for having  me and give such good memories in Labuan.
 Selamat Malam Labuan ;)




1 comment:

Anonymous said...

This is my first time pay a visit at here and i am truly impressed to read all at alone place.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE