28 February 2013

Hidup Sia Sia, Inilah Dia



Sejak sehari dua ni aku rasa sakit bila nak bernyawa. Tak boleh tarik panjang, rasa sakit menyucuk, macam ada injap mengembang dekat abdomen kiri aku. Huhu kenapa ye, harap harap umur aku masih panjang. Sementara itu aku nak kongsikan satu permainan best yang boleh ditemui di internet. Dia sebenarnya base yang sama tapi korang buleh tukar tukar dia punya rupa menjadi rupa yang lain. Senang cite, makeover game lah bende nya. 







Tokyo, Japan






Stockholm, Sweden






Perth, Australia






Buenos Aires, Argentina





Cape Town, South Africa




Ciptalah model model anda sendiri. Ini semua model yang aku recruit dari serata dunia. The best I could find. Peghh tinggi tau, 6 kaki lebih semua neh. Kalah ketinggian aku. Diorang ni sume akan bekerja dengan syarikat aku. Syarikat modelling. Harap harap tak buat hal lah. Sebab aku malas nak cari pekerja baru nanti. Ingat senang ke nak tukar tukar pekerja, nak uruskan visa lagi, pas bekerja lagi. Please ye, jaga attitude korang semua kalau nak kekal lama dalam agensi modelling aku ni. K byeeee keje rajin rajin! Oh ye, sape sape nak pakai model untuk fashion show boleh call aku (Hatta Dolmat, Rizalman etc take note yaw), semua tip top. This is my office number kalau berani call lah +603-41083422

Choww

22 February 2013

Hikayat Keju dan Cheese



Harini pegi jalan jalan cuci mata dengan family ke Rantau Panjang. Rantau Panjang ialah tempat feveret aku dekat Kelantan. Suka sebab suasana pekan dia, banyak kedai jual barang best daripada blouse murah, jersi murah, suka tengok anak patung comel bergantungan (yang besar dah boleh dapat dengan harga RM15 je), Tomyam Siam pedas, dan yang paling best nya ialah, street food dia. Sejak beberapa tahun kebelakang ni, makin banyak pulak penjaja kat sini. Dia jual tepi jalan je, sepanjang kedai-kedai ni semua. Makanan yang dijual pun unik sebab boleh dapat kat sini je, made in siam. Tempat lain susah sikit. Yang jual tu pun orang Golok berketurunan Melayu kot.



Antara makanan yang dijual penjaja ialah, Cholek Buah. Buah-buahan segar dimakan dengan sos kicap belacan pekat. Tambah gula dengan garam. Pehhh menggelupur! Lepastu Aiskrim Baba. Semua penjaja pun guna nama Baba. Sapedia Baba yang sebenarnya pun aku taktau. Dekat tempat lain ada tak? Setakat yang aku tahu, area Rantau Panjang dengan Kota Bharu je yang ada. Lain tempat tak pasti. Dia macam Tutti Frutti boleh letak topping jagung, cincau, kacang, kepingan roti, Smarties, pulut, macam macam lagi topping cuma harganya murah RM2 sebekas (unlimited topping, boleh pilih nak yang mana) dan dijual dengan basikal penjaja. Selain tu ada jugak Cucuk Cucuk Bakar. Macam satay ah. Ada perisa ayam, sotong, udang, ketam, macam macam warna, perisa dan bentuk dicicah dengan sos pedas. Pehhh. Menggelupur lagi sekali. Paling femes cucuk Ayam Pulut. Dia hotdog ayam, tapi ada cebisan-cebisan pulut di dalamnya. Sedap!



Amboi panjangnya intro. 
Berkempen serupa kau tu pegawai Tourism Kelantan ._.



So alkisahnya tadi aku pergi ke salah satu penjaja Cucuk Cucuk Bakar. Hajatnya nak beli hotdog keju. Hotdog perisa ayam (panjang sikit daripada hotdog biasa) dan didalamnya ada sos keju cair. Sedap gila ok! Harga RM1 sebatang. Aku cakap dekat pakcik tu (takdelah pakcik sangat awal 40-an kot),

Aku  : Pakcik, nak hotdog keju 4 batang. 

Pakcik tu keluarkan 4 batang hotdog. Tapi bukan hotdog keju yang aku biasa makan. Sebab lagi besar. Aku dah macam, eh ni bukan apa yang aku nak. 

Aku  : Bukan yang ini. Yang lain. Yang ada sos cair dekat dalam. 

Lepastu aku cari dekat rak bercermin dia, dan tunjukkan sendiri.

Aku  : Yang ni pakcik. (Sambil tunjuk)

Lepastu dia bawak keluar hotdog yang aku nak tu. 

Pakcik  : Yang ni hotdog cheese, bukan keju!


I cannot brain this. I thought cheese and keju is the same thing?
Agaknya, yang mula-mula dia tunjuk tu cuma hotdog berperisa keju, tapi takde sos keju dekat dalam macam yang aku nak tu. Hm ape ape jelah. Lepastu dia cakap lagi,

Pakcik  : Lain kali... Cakap tu biar jelas!

OMG pakcik ni kuang ajor nyeee. Sentap haku! Dia yang salah dia pulak nak marah marah orang. Boleh cakap macam tu dengan customer? I mean, manalah aku tahu, hotdog cheese dan hotdog keju ialah dua benda yang berbeza *sarcastic tone* Perlu ke nak herdik customer macam tu? That kind of tone? Bukan aku sorang je dekat situ, ada customer lain kot. Aku diam and senyum jelah. Ikutkan hati nak je aku cakap, "Pakcik saya dah cakap habis jelas dah." Kalau aku bawak kamus time tu sure aku bukak dan hadap translation perkataan Keju ke dia. Grr. 



09 February 2013

An Evening Bus Ride


Assalamualaikum. Hai. 


Harini aku ada undangan majlis perkahwinan, tapi since Kancil yang aku biasa pakai ulang alik ada problem takboleh nak start, aku terpaksa suruh ayah hantarkan aku ke Machang dari Tanah Merah. Dekat sana aku jumpa Kakza lepastu baru gerak sama-sama ke rumah pengantin. 






Balik daripada rumah pengantin, aku mintak Kakza berentikan aku dekat bus stop. Nak suruh ayah datang ambik memang takboleh sebab mak ayah aku dah pergi Wakaf Bharu, undangan perkahwinan jugak. Ai biasela cuti cuti ni ramai pulak orang nak menikah. Lepastu Kakza ada pelawa nak hantar aku balik Tanah Merah, tapi er tak payahla. Menyusahkan dia je lagipun takut jalan jammed. 



Sebelum pegi bus stop aku masuk Pasar Besar Machang sekejap. Sebab tak pernah masuk walaupun selalu je datang Machang. Nak usha usha apa yang ada. Barang yang dijual tak banyak beza dengan barang dekat Pasar yang aku biasa masuk dekat Kelantan ni (Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang etc.) Aku sangat suka pasar pasar macamni sebab barang dia murah, cantik, makanan pun sedap-sedap, ada macam macam makanan tradisional yang susah nak cari kat tempat lain dan sayur-sayuran yang fresh. Round punya round, aku terjumpa satu kedai ni, agak luas jugak la. Kedai ni menjual barang-barang jahitan dan kraftangan. Syok gila. Daripada labuci, manik bling bling untuk tampal/jahit dekat baju, renda yang lawa-lawa, semua ada. Dan lebih best lagi harga dekat kedai ni sangatlah murah. Mula mula aku ingat nak beli lepastu fikir balik, ah nantilah bawak contoh kain dulu. Takut dah beli, last last color tak matching. Lain kalilah. Bukannya jauh pun. Harap harap kedai tu tak lari la ye :p






Inilah dia stesen bas Machang. Very koboi you know, haha. Time aku sampai tak ramai orang pun. Adelah menunggu dalam setengah jam sebelum bas ke Tanah Merah sampai. Tambang tiket RM2.60. (mahal jugak) Inilah first time aku naik bas City Liner dari Machang ke Tanah Merah. hehe jakon jakon. 






Aku suka naik bas, keretapi, sebab aku suka tengok pemandangan. Sambil tu boleh berkhayal, layan lagu dekat mp3. Syok wohhh. Pernah tak dengar orang kata, kalau kita nak kenal budaya/masyarakat sesuatu tempat tu, naiklah public transport dia. Bas ke, keretapi ke. Sebab bas dan keretapi akan lalu kawasan yang agak terceruk, semua tempat dia keliling. Macam macam jenis orang, tempat, yang kau boleh tengok. Betul tak? Okeylah. Sebenarnya aku tipu je. Takde sape sape yang kata pun tapi aku yang reka sendiri. hehe Kau rasa betul tak?






Kemudian dekat dekat nak sampai aku suruh pakcik drebar bas tu berenti betul betul depan rumah aku. Rindu naik bas sebab dah lama tak naik. Dulu masa belajar selalu jugak naik bas UPM, naik bas Rapid, bas masa study trip, bas pegi jenjalan merayap... Hmm tak sabar nak go through new adventurous journey dengan all sorts of public transport. Aaaaa excitednya! Semoga dipermudahkan dan semoga tak clash dengan aku punya jadual interview. OK bye bye semoga berjumpa lagi di lain entri.



Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE