22 December 2011

Micro Teaching : Nampak Tak Dia Punya Permainan?



semalam aku buat micro teaching. micro teaching ialah, kita berpura-pura mengajar di hadapan kelas dan penyelia akan tengok, dan nilai cara pengajaran kita. cos Kaunseling memangla takde mengajar, tapi sebab aku ambik minor Pendidikan Moral jadi terpakselah mengajar. satu kelas ada 66 orang, aku pulak dapat giliran nombor 63 untuk mengajar. jenuh menunggu berminggu-minggu, baru sampai turn aku. kelas malam pulaktu. dah nama pun last class, so boleh bayang sapedia yang datang? stok-stok yang belum mengajar ni jugaklaaaa. adela dalam belas-belas orang camtu. yang akan mengajar nye 8 orang. tajuk nilai pendidikan moral yang aku ajar ialah, "Hak Kanak-Kanak" wakaka. lawak tak? lawak tak? 





kelas pukul 8, tapi aku keluar dengan Eton pukul 630 petang.sebab pegi print-out rancangan pengajaran (RP) dulu. lepas print tu dalam kol 7 kitorang jalan kaki sama-sama ke kelas sambil practice cakap-cakap. tibe-tibe... "ETONNNNN!!! Kertas Majong!!! tadi aku terlupe nak beli...........!!!" baru aku teringat kertas majong yang aku nak pakai time mengajar nanti belum beli. haramjadah. aku suruh Eton gi dulu, aku pulaknye patah balik ke kedai tadi pegi cari kertas majong. grrr.... lepas beli kertas majong 2 gulung, aku jalan gi kelas balik. sorang-sorang. masa tu pukul 725. maghrib kan awal, so dah gelap jugakla. bila gelap ni, bahaye sikit. aku tak takut ngan hantu. aku cume takut ngan binatang buas. 





baru je terpikir pasal binatang buas, tup2 aku ternampak anjing 2 ekor dekat seberang jalan. sekor kaler hitam, sekor lagi kaler oren. besar la jugak. sama besar ngan kambing. aku dah cuak dah, tapi aku bejet-bejet cool. orang kate jangan tengok dekat bijik mata hewan tu, masalahnye aku tertengok pulak. adoi... tibe-tibe yang oren tu gedik-gedik melintas jalan. alamak cuaknye cuaknye. yang hitam tu pun join skali. aku ingatkan mereka nak gi tempat lain rupenye datang ke arah aku. adoi kuase dua. aku nak nangis dah time tu, yang oren tu dekat sangat ngan aku dalam 2 meter camtu. lepastu, dia menyalak. WOOF! WOOF! T_T dasar anjing malaun nak woof woof dekat orang! apelagi. aku lempang kepala anjing oren tu pakai kertas majong. bajet samurai abes. AKU PASRAH JE APE NAK JADI!!! nasib baik yang oren tu lari. yang hitam tu pun lari ketempat lain jugak. nasib baik! heronye aku... tapi malangnye kertas majong tu dah bersentuhan dengan bulu anjing. dahjadi satu keje nak cari air tanah untuk samak kertas tu pulak. adoi. aku malasla nak patah balik beli kertas baru. takpeke kalau aku pakai je kertas tu untuk micro teaching? haram tak? lantaklah. aku pakai jelah. budak-budak ne bukan tahu pun. 





aku rasa kertas majong tu tak haram pun. tak bilas ngan air tanah pun takpe kot. sebabnye perenggan diatas adalah drama rekaan semata-mata. wakakaka jangan marah eh, ok sambung cerita. 





aku sampai kelas dalam 730, Eton tengah setting-setting komputer. aku gi solat kejap, lepastu dalam kul 8 lecturer aku sampai. cuak gilaaaaa wei. INI, ADALAH KISAH BENAR. turn aku nombor 6. sepanjang-panjang orang lain mengajar, aku cuakkk je. padahal yang datangnye belas-belas je pun. tu nak cuak. mende entah aku ne. last-last sebab nak menjimatkan masa, lecturer bagitu suruh skip-skip je part yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan ngan lakonan tu semua. so kertas majong yang aku beriye pegi beli tu tak terpakai pon. buat penat je aku ulang alik cari kertas majong. padan muka. sape suruh menipu pasal cerita anjing. kan aku sendiri dah tertipu. KARMA~ wakaka. 





bila sampai turn aku, berdebar tu takde tapi aku jadi blank. semua yang aku menghapal terus ilang daripada ingatan. macam dalam drama tv petang-petang yang orang terantuk dekat mana-mana, pastu hilang ingatan.  aku macam merepek-repek tanpa arah tujuan. lepastu aku rasa macam, budak-budak ne sume terpinga-pinga ngan ape yang aku merepekkan. wahaha. semuanya berlaku dengan sangat pantas. last-last dah abes dah aku mengajar. dah abes tu baru aku tersedar, "eh ape yang berlaku sebentar tadik?" eh blurr gila la paham tak?!!! aku tak kisah la dapat brape-brape pun markah nye janji aku dah lepas. last class ngan lecturer tu. best gila kelas ngan dia. serius! tak pecaye try tanye budak-budak ni. Selamat Menyambut Minggu Study Semorang!!! #tibetibe bye~




1 comment:

blog-tips-kurus said...

dugaan... semoga anda success!!

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE