sejak kecil, aku memang penonton katon yang paling tegar. kau sebut aje katon ape, semua aku tengok. Sailormoon? Ninja Boy? Dave the Barbarian? Anna Anaconda? semua dalam tangan aku ah. nama watak, sinopsis, dengan waktu siaran dia aku dah hafaz siap-siap dalam palotak supaya boleh pergi bercangkung depan TV awal-awal. malah masa sekolah dulu aku sanggup ponteng kelas fardhu ain pagi sabtu semata-mata hendak tengok episod akhir Dragon Ball Z, alah yang Goku berlawan dalam gelanggang dengan lembaga kulit hijau tu... peh.
tapi, sejak beberapa tahun kebelakang aku perasan, katon dekat TV dah tak berapa nak kick macam dulu. entahla. mungkin sebab aku jarang menonton sekarang? dalam banyak-banyak katun yang terdapat dekat pasaran sekarang, ada dua yang aku menyampah gilaaaa sumpah aku tanak tengok. (no offense, this is just my personal thoughts ok?)
yang pertama, WONDERPETS
bagi siapa-siapa yang belum kenal, tiga makhluk comel yang kecik-kecik ini gelarkan diri mereka Wonderpet. tidak, mereka memang takde kaitan langsung dengan Wondergirl yang korea tu. memang takde kaitan salasilah keturunan darah daging langsung. sebab Wondergirls ialah manusia tapi mereka bertiga ini... well, sejenis binatang peliharaan (pet).
aku paling teruja hendak tahu, kenapa mereka gunakan 'WONDERPET', adakah sebab mereka selalu tertanya-tanya (wonder) samada hendak selamatkan dolphin yang dalam kesusahan atau tidak... selamatkan atau tidak... tapi akhirnya, mereka tidak pergi selamatkan dolphin pun, sebaliknya, mereka pergi bersiar-siar dengan kapal layar yang boleh terbang. merepek betul.
yang aku paling geli-geliman lagi , tagline mereka
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
APEYANGPENTING? KERJASAMA......
macam takde modal betul asyik nak ulang-ulang frasa (frasa? WOW ayat bombastik) yang sama. macam, TOLONGLAH!!! IDEA BARU PLEASEEEEE! banyak lagi boleh guna kan? DEDIKASI ke, SOPAN SANTUN ke, BAIK HATI ke, PEMURAH ke, ini tidak. balik-balik KERJASAMA. balik balik KERJASAMA. hampagas betol menatang tiga ekor neh. sedut pakai hampagas sekoq sekoq kang.
yang kedua, UPIN & IPIN
yang ini lagi satu, tak abes-abes dengan dia punya 'betul betul betul'... mula-mula aku boleh terima, okayyla comel. tapi bila dah seploh doploh kali duk ulang benda sama betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul betul ai naik FEDAP jugak ati aku neh. yang comel pun boleh bertukar jadi takcomel. lepastu satu Malaysia nak ikut 'betul betul betul' dengan harapan boleh kelihatan comel macam UPIN & IPIN (or IPIN & UPIN, whatever...) DAH LA WEI... TAK COMEL LAAAAA... sekali kau cakap macam tu depan aku siapla... ade jugak yang dapat pedepanggg karang.
OK YANG INI TAK APA, YANG NI TAK GELI TAPI YANG NI COMEL GILAAAAAA! <3
beb beb beb bebbbyeee! (dibaca gagap)