20 December 2010

You're Beautiful


sape pernah tengok drama korea You're Beautiful lepastu rasa macam cite ni best gila angkat tangan cepat! kita satu geng! dalam masa 72 jam yang lepas aku berjaya habiskan maraton 16 episod You're Beautiful, fuhhh berpeluh. drama ni airing dekat Korea tahun lepas, agak lama jugak dah. aku kalau bab-bab hiburan luar negara ni memang pending sikit. 


drama ni mengisahkan seorang pompuan Go Mi Nyu yang terpaksa menyamar sebagai abang kembar dia, Go Mi Nam dan menjadi ahli kumpulan muzik A.N.JELL yang baru. mulalah pengembaraan hidup Go Mi Nam sebagai insan seni (insan seni WTH?). dan ya, dia terpaksa menjadi seorang jantan. walaubagaimanapun selepas ahli kumpulan yang lain mendapati bahawa Go Mi Nam sebenarnya seorang perempuan, mereka mula membenihkan perasaan cinta kepada Go Mi Nam. (suruh aku buat sinopsis, perghh amik kau skema abes ayat)



GO MI NAM (Park Shin Hye; 20 yo)


haa yang ni "Go Mi Nam" sengaja letak pembuka kata dengan penutup kata sebab dia Go Mi Nam menyamar. watak Park Shin Hye dalam cite ni lebih kurang watak Yoon Eun Hye dalam Coffee Prince, korang ingat tak? muka pun sepesen je. 


 Eun Hye (kiri) & Shin Hye (kanan) versi lelaki. boleh beza tak?


tapi satu je aku kureng, watak Go Mi Nam ni bengap semacam, asal nak marah ke ape mesti wajib kembungkan mulut, ingat comel ke? tolongla director. kot ye pun nak suruh heroin nampak comel janganla suruh beliau menjadi blurr sebegitu rupa. 

lurus bebenau aku tengok watak Go Mi Nam ni ha, IQ macam bawah 60 dah. hado. 



TAE KYUNG (Jang Geun Suk; 23 yo)


Jang Geun Suk memegang watak leader band A.N.JELL. daripada dulu kalau kau perasan, aku memang minat gile dengan Jang Geun Suk nih. banyak kali dah aku tampilkan dia sebagai prince charming dalam entri iniini dan ini. wahaha. tapi dalam You're Beautiful ni aku tak berapa nak berkenan sangat lah. sebab watak dia kerek nak mampos, i mean makdatuk punya kerek, sesuai sangatla dengan heroin yang blurr tuh. -_-' satu lagi, stail rambut rebonding dia dalam You're Beautiful aku tak tahan betul. setiapkali aku tengok mesti teringat Severus Snape. -_-' 


aku serba salah untuk mengatakan ini kepada feveret korean actor aku, tapi hakikatnya watak Tae Kyung ibarat Severus Snape dalam versi yang lebih muda. tsk tsk tsk kesian,


aku lebih prefer stail Jang Geun Suk dalam Beethoven Virus, baru macho abes.



SHIN WOO (Yong Hwa; 21 yo)


lepas tengok You're Beautiful terus minat CN BLUE. ehe. Yong Hwa ni leader band CN BLUE dekat Korea. dalam drama ni watak Shin Woo baik sangat, dahla cool, sweet pulak tu. *drools* macam Mentos perisa Strawberry, manis(sweet) dan berangin(cool). tapi kesian Shin Woo sebab cintanya di-reject Go Mi Nam. aku lagi suka kalau Go Mi Nam pilih Shin Woo instead of Tae Kyung. somehow Shin Woo reminds me of Super Junior's Donghae. (?)





JEREMY (Hong Ki; 20yo)


tak dapat disangkal lagi, Jeremy yang paling kiut antara semua! perangai dia comel gilaaa, dahla suara kiut. rambut blonde dia tu pun kiut. lepastu dalam kebanyakan scene Jeremy akan makan something. aiskrim, buah epal, pisang, dalam episod 1-2-3 aku tengok perangai dia macam beruk, terlompat sana terlompat sini haha. eh takbaik takbaik. last last rupanya Jeremy pun ada hati dekat Go Mi Nam, satu episod masa dia menangis dalam bas, betul-betul nampak REAL. sedih gila scene tu. oh, btw in real life Jeremy (Hong Ki) pun member boyband korea jugak, FT ISLAND. suara dia kiut sangat, aku sukeeee :D




yang bestnye pasal drama ni, semua main actors boleh menyanyi, even diorang sumbangkan suara untuk soundtrack drama ni. suara Jang Geun Suk boleh tahan, Shin Hye pun best jugak, ala-ala suara Yuna. tapi aku paling suka suara Yong Hwa dengan Hongki. tak heran sebab diorang memang ada band sendiri pun. sekarang aku tengah usha-usha lagu CN BLUE dengan FT ISLAND yang best aku nak download semua. winkwink



OST YOU'RE BEAUTIFUL

My Heart is Cursing (Kim Dong Wook)
Nothing Said (Jang Geun Suk)
Still (as Ever) (HongKi)
Promise (Hongki)
Song for a Fool (YongHwa)
What Should I Do (Jang Geun Suk)
Descend from Sky (Miss S)
Lovely Day (Shin Hye)
Without Saying (Shin Hye)

OST You're Beautiful ni lebih kurang je sebenarnya, tabboleh nak beza sangat pun. tapi sebab dengar banyak kali, terus semua jadi best. terus semua aku pegi download. hehe ;)






oklah nak pegi siapkan keje yang dah berapa lama tertangguh. 
bye, assalamualaikum



15 comments:

WanitaMustanir said...

suka tgk cite nih.. :D

lady-D said...

dla pun tengok dah cite ni..cite terbaru JGS [marry me, mary]hensem la syira..tengah melayan jiwa skang ni..syira pelis tgk cite GUMIHO gak sgt best smpai termimpi-mimpi..haha..tp hero dia x semat sgt..heee~~tu dia komen mcm karangan !

Nabilah. said...

try tengok movie Baby and Me by JGS.

THUMBS UP

eik`S noName said...

eh...suke2...tp xpenah tgk lagi..ahaks

N said...

citer ni best gilerr!!! mcm jd isu la sebab semua org angau ngn plakon diorng

Prettyvrach said...

ML suke jugak citer ni.Tapi skrg ade bnyak lagi citer best kan,so rase cam da tak best.kekkkee.salu camni tau =D

h.i.e.D.a.a said...

betol. mmg best cte ni. jeremy nangis bas, kita nangis depan laptop. hahaa

khadijah ahmad said...

i loikee..mmg terbaek..tgk boys over flowers yek dik..pon best:))

aien said...

dah tgk gak.. not bad la.. hehe..

belog|amiyo said...

'my GF is a Gumiho' lg best kot.. :D

[CiK cAmEn] said...

camen tengok jugak cite ni! tapi suke sangat dekat shin woo oppa sebab dia gentleman sangat! hehe

ENCIK TIKUS said...

macam gay jea group nie, hahaha

Syahira Mansor said...

shira;
suke sangat :D

dla;
tak jumpe link donlod marry me mary tu. huhu
GUMIHO yang mane? my gf is a GUMIHO ke GUMIHO hantu tu?

nabilah;
dah tengok. syira tengok cite tu dulu, pastu terus minat ngan JGS. hehe

eik;
hadoi.

seyha;
tiga2 hero dalam cite ni comel. taktau nak pilih yang mane hehehe
taekyung - semat
shinwoo - cool, gantleman
jeremy - kiut gilee

ml;
haah skg banyak cite yg lagi best2 tapi lum donlod lagi. tak sempat, dahla tenet slow pulak tu...

hieda;
scene tu sedih gila! tapi suara jeremy best la. yg dia nyanyi dengan minam dekat piano tu pun best ;)

khadijah;
boys over flower tu kan, member saya dah kasi. tapi saya pegi delete ingatkan tak best cite tu takbest. skali diorang cakap best adoi ruginye pegi delete awal2...

cik aien;
:)

miyoshu;
eh? katne nak donlod.... tak jumpe link.....

cikcamen;
yup yup shin woo oppa gentlemen gilaaaaa sian dia kene reject huhu
tapi takpe, takpe syira ade heh.

tikus;
berani kau,

WZulhilmi said...

ckp pasal cerita ni ak baru sekilas pandang kt 8tv.. suara rambut perang tu bila alih bahasa chinese jadi suara itik!! LOL!

Syahira Mansor said...

wzul;
sampai hati diorang wat camtu dekat jeremy hakuu!!!!

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE