03 December 2009

Paranormal, Entiti, Ektoplasma

Masa malam raya aritu...


Dua orang sepupu aku iaitu si Angah dengan si Aqib main rakam video. adik aku Syafiq join skali.. Aku takde masa tu. 

Diorang bukak lagu Aizat, Hanya Kau yang Mampu dekat background lepas tu miming gerak-gerakan mulut, kononnya macam diorang yang menyanyi. (Sengal je. Nampak sangat terdesak nak masuk AF tapi tak dapat HAHA) Yang merakam nye ialah Kak Yong, kakak diorang yang sama baya dengan aku. Dia record pakai kamera 2.0MP handset Nokia. Masa rakaman smooth giler, peh menyanyi punye syok macamla lagu tu dia yang punye. Real giler kot dia miming! My kazen Angah ni memang lawak, selalu buat jokes kasi orang gelak.



Lepas tu bila diorang tengok balik video tu, diorang nampak satu cahaya kaler putih-biru melintas dekat depan masa rakaman video tu. Betul-betul depan kamera. Laju giler, dan siap ada bunyi lagi.




Cuba korang tengok sequence gambar yang aku amik dari video ni (nak upload video lame giler sebab 50MB++), korang boleh nampak macam ada satu lintasan cahaya dekat depan kazen2 aku yang tengah menyayi. cahaya tu bergerak dari kiri ke kanan. kalau diperati betul-betul macam berbentuk lembaga. nak-nak yang gambar no 4 tu kan?


MEREMANG BULU ROMA!!!



Memikirkan kebarangkalian bahawa cahaya itu daripada lampu kereta di luar rumah; atau cahaya daripada TV memang tidak mungkin. dan pada masa tu memang komfem takde sape-sape pun yang melintas depan kamera masa diorang tengah recording. No way it could be that fast! mungkin ada ralat masa amik gambar tu ataupunada silau cahaya ke whatsoever, tapi SERIUS cakap, i am not manipulating this picture. this is real.



teringat pulak SEEKERS yang mana krew diorang pergi ke tempat-tempat keras kemudian dapat captured jirim yang diorang sebut ektoplasma atau entiti menggunakan kamera atau perakam video. Alat-alat elektronik sebegini (kamera, camcorder dll) boleh mengesan EMF (electromagnetic forces).


credits to : sila-klik-kalau-mahu-lihat-lebih-lanjut
 


wallahualam.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE