24 May 2009

Sira Part 2


Nak STIK! Nak makan STIK!
Time bulan mengambang kan, kalo sesape tak kasi aku makan STIK aku bertukar jadi serigala. Serigala ganas. Auuwwwww........



Alkisah 7 tahun dahulu di suatu malam bulan penuh...

Sira (bukan nama sebenar) ialah seorang budak berumur 12 tahun yang sangat lincah dan baek ati. Tapi, si Sira ni pendiam sangat-sangat. Dia tak banyak cakap. Susah sangat nak tengok dia bukak mulut. Takut kuar emas ke hape taktaula kan. Cara dia komunikasi? Angguk. Geleng. Angguk. Geleng. Orang angguk dia geleng. Macam tu lah lebih kurang. Nak kate bisu, tak jugak. Sebab time makan, Haa, terbukak la mulut dia tu. “Mak. Nak nasik!” “Mak! Nak ikan goreng.” Teruk betul la si Sira nih. Ish3...

Suatu malam, nak dijadikan cerita, pulanglah si Sira dari kelas tuisyen UPSR dengan mengayuh basikal BMXnye. Nak bawak moto ke...kete ke... lesen L belum ada. Apatah lagi lesen P atau lesen CPL. Fuh! Penat rase. Yelah kan. Pagi sekolah. Petang sukan. (Kate pendiam? Masuk sukan jugak ke? –Eh mesti la. pendiam, pendiam jugak. Yang penting lincah!) Malam tuisyen lagi. Disebabkan tak sabar nak balik rumah tido, maka mengayuhlah Sira basikalnye dengan sangat laju. Macam Le Tour d Langkawi la pulak.


Kayuh punya kayuh, skali BEDEBUK! tayar pecah. Da jatuh. Tergolek semua. Ish. Malu giler. Pandang keliling dulu. Whew! Nasib baik takde orang nampak. Takde orang pun. Gelap je jalan tu. Kiri kanan semak. Lampu jalan lak, dah macam lampu disko, kejap ON. Kejap OFF. Masa angkat beskal tu, Sira nampak semak kat depan tu bergerak-gerak. Cam ada something... (wahai pembaca blog sekalian, seram kan?)

JENG...JENG...JENG...

Tiba-tiba keluarlah sekor binatang kaler oren daripada celah semak. Mulut binatang tu, muncung. Cam Sinyu kawan si Doraemon tu. Ceh! SERIGALA rupanya. Sira ingatkan ape la tadi. Ingatkan gajah ke... harimau ke.. buaya ke... SERIGALA rupenye. Serigala jer“Ish. Ini tak boleh jadi nih. Ko tak takut ngan aku???!” kata Serigala dalam ati. Marah punye pasal, serigala tadi yang pada asalnya makan ayam-ayam hutan je, tetiba pegi gigit kaki Sira. Sakitnye bukan kepalang.

Apelagi, menjerit panjang la budak tu

ADOIIII!!!! SAKIT WEI! SAKIT!

Jerit macam mana pun, serigala tu buat dek je. Cis! PUNAWEK punye binatang. Berbekalkan sisa-sisa tenaga yang masih ada, Sira pun menendang-nendang mulut bermuncung serigala tu ngan kakinya yang sebelah lagi. Lepas meninggalkan kesan gigitan barulah serigala tu berlalu pergi. Nasib baik. Dengan kaki yang berdarah sakit, buku sekolah, basikal pecah tayar lagi, terincut-incut Sira pulang. Kesian betul. Kesian.

Awan di langit bergerak menampakkan bulan purnama yang bercahaya. Sira mendongak ke langit. “WAH!!! CANTIKNYA....” kata Sira. Tiba-tiba badannya mula rasa lain. Rasa pelik. Seram sejuk semacam. Kepala rasa berpusing-pusing. Cam nak pitam pun ade.


“MAAKKKKK KAU!!!!” menjerit Sira bila melihat seluruh tangannya tumbuh bulu. Bukan bulu roma. Pun bukan bulu kucing. Tapi bulu panjang-panjang, kaler oren cam bulu ORANG UTAN. Pergh! Giler ekzotik. Macam.... kaler badan serigala tadi. (HUHUHUHU) Bukan setakat tangan je, kaki, muka, satu badan berbulu oren. Takyah habis duet pergi dye dekat salun. Bertukar otomatik camtu jer. MISTERI giler. Gigi Sira pun da berubah. Tumbuh gigi taring. Oh TIDAK!!!!!! Sira sudah jadi serigala jadian!!~

Begitulah akhirnye hidup Sira. Tak siapa yang tahu. Setiap kali dia terpandang bulan penuh, komfem akan bertukar jadi SERIGALA. Kadang-kadang time pilihan raya pun boleh bertukar jugak. Ye la kan, ayik tengok bendera PAS tergantung dekat sana-sini. Bertukar la dier. (Ish~ seperti ada unsur-unsur POLITIK pulak. Hati-hati! Kamu boleh didakwa di mahkamah!) Dah puas dah mak bapak si Sira bawak dia pergi berubat. Dekat DOKTER dah, dekat BOMOH pun dah. Tapi macam tu le jugak keadaannya. Takde perubahan pun. Setiapkali bulan penuh diorang terpaksa la tutup mata Sira ngan kain hitam (HAHA! Macam main DATUK HARIMAU~) pastu kurung Sira dalam bilik bawah tanah.



"Banyak la ko punye bilik bawah tanah. Tak habis-habis mengarut. Hari-hari post benda mengarut! Kalo post bahan-bahan ilmiah takpe jugak. TOLONG YE. Matang sket!"



Alah. Nak komen pun agak-agak ar. Citer tak abes lagi ni~

Nak skrip lagi best, macam ni ha, Sira tu kan, kalo nak buang sumpahan
SERIGALA JADIAN tu, dia kena cari cinta sejati, pastu kawen ngan cinta sejatinye. Hilang terus sumpahan. Macam dalam drama petang-petang kat TV3 tu. Ape namenye.... Zati & Si Mawas. AHAHAHAHAHA.





MORAL OF THE STORY:
Aku nak STIK! Tak kesah la STIK Victoria Station ke... PAPA CHOP MAMA GRILL ke... CHOP&STIK ke... sticker pun boleh.


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE